"Come, buka mulut. Satu sudu lagi,"
Bella menganga mulutnya. Sesuap sudu berisi bubur disua masuk ke dalam mulut.
Air putih turut disua dan diambil lalu diminum oleh Bella. Kemudian, gelas dihulur semula untuk diletakkan di dalam dulang.
"Adik ada nak cerita apa-apa ?" soal Nurhan.
Bella menggeleng kecil. Ragu-ragu.
"Betul ? Tak baik tau menipu, berdosa," ugut Nurhan.
Sekali lagi Bella menggeleng. Sedikit yakin.
"Okay. Angah nak panggil along kejap," Nurhan berura-ura ingin bangun namun pantas ditahan oleh Bella.
"Jangan lah. Nanti along marah," potong Bella.
"Dah tu ? Cerita lah apa yang adik nak cerita," kata Nurhan lagi.
Bella tertunduk. Tangannya dikuis-kuis sesama sendiri.
"Adik rasa, adik banyak buat dosa dekat Haris," ujar Bella tertahan.
"Lah, kenapa adik cakap macam tu ?" tangan Bella dicapai dan diusap lembut.
"Yelah, adik degil. Adik tak suka orang paksa adik. Tapi, Haris suka paksa adik. Adik rimas. Kadang adik rasa adik suka melawan cakap Haris," cerita Bella.
Nurhan mengeluh kecil. Dia kenal perangai adiknya. Tapi dia juga kenal dengan perangai Haris.
"Adik, buat salah tu biasa. Tapi lepas buat salah, minta maaf. Asalkan kita sedar tu salah kita, minta maaf. Ingat, meminta maaf takkan merendahkan harga diri kita.
Lagipun, adik dengan Haris kan masih baru dalam kehidupan berumahtangga. Tak sampai setahun lagi korang kahwin. Umur pun belum masuk 20. Banyak lagi benda korang kena belajar,"
Bella jatuhkan pandangan pada Nurhan dengan mata yang berkaca-kaca.
"Adik jangan risau. Apa-apa masalah, adik boleh cerita dekat angah, along, ibu. Walaupun adik dah kahwin, kitorang tak pernah lupakan adik. Hari-hari kitorang rindu adik. Tahu tak ? Sunyi jer rumah ni bila adik takde,"
"Semua orang sayang adik tau. Angah sayang adik. Along sayang adik. Ibu lagi lah sayang adik,"
Mengalir jua air mata Bella membasahi segenap wajahnya. Lencun wajah mulus itu dibuatnya.
Tok tok tok
Clerkk
"Adik ? Angah ?" tegur satu suara.
Puan Qamar masuk ke dalam bilik diikuti Nu'man di belakangnya.
"Ibu, along," panggil Bella dengan suara serak.
"Adik kenapa ni ? Angah buli adik, ke ?" soal Nu'man berpura-pura gelabah.
Bella mencebik. Kepalanya diangguk kecil.
"Amboi angah ni, biasa dia nak buli adik. Takpe, nanti along marah angah," gurau Nu'man.
Nurhan di sebelahnya sudah menjeling.
"Ek eleh, buli konon. Entah siapa yang pujuk dia tadi entah," suara Nurhan seolah merajuk.
"Angah... jangan lah merajuk. Adik gurau jer," sengih Bella seraya mengelap air matanya.
Nurhan berpaling memandang Puan Qamar. Merajuk.
"Along, tengok angah ni merajuk..." adu Bella.
"Along tak tahu. Pandai-pandai lah adik pujuk ya," balas Nu'man.
Bella menjeling sekilas. Dasar along.
"Okay angah, adik minta maaf ya. Jangan lah merajuk, buruk lah," usik Bella.
YOU ARE READING
Takdir Yang Tertulis [HIATUS]
RandomBook 08 [hiatus] Start : 05 Julai 2023 End : - 🤍 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 Tertulis Takdir Kita 🤍 ♡︎ Hilman × Bella ♡︎ " Jangan persoalkan takdir , Allah sebaik - baik perancang " Nikah dengan orang yang kita suka ? Siapa jer tak nak kan . Opss , tapi itu d...