𝐓𝐘𝐓 03 : ANNUAL DINNER

48 6 0
                                    

Bella menilik dirinya di hadapan cermin. Rambutnya di ikat gaya half curl. Lip tint dicalit di sedikit pada bibir.

"Bella, dah siap ke ?" Haris buka pintu dan pandang Bella di cermin.

Terpegun seketika Haris melihat Bella yang cantik mengenakan dress berwarna dark blue itu. Make up yang tidak terlalu tebal menyerlahkan lagi keanggunannya.

"Haris, I'm done. Dah jom," Bella mencapai handbag nya lalu melangkah menghampiri Haris.

"Wow Bella. You look beautiful," puji Haris.

Berkerut dahi Bella memandang penampilannya. Cantik ? Rasa macam biasa jer.

"Ha yelah Haris. Cepat lah sikit. Nanti abah tunggu," Bella tarik lengan Haris untuk bergerak keluar rumah.

Haris ikut sahaja Bella yang sedang menariknya keluar rumah.

"Dah. Mana kunci kereta ? Cepat lah," gesa Bella.

"Kunci kereta ? Dah ada driver dah pun dalam tu," Haris tunjuk ke arah Alphard yang elok terparkir di luar rumah.

Bella ternganga. Driver ?

"Malam ni driver abah yang akan ambil dan hantar kita. So, tak payah lah susah-susah aku nak drive," Haris berjalan mendahului Bella.

Susah-payah Bella mengejar langkah Haris dengan heels di kakinya.

Sebaik pintu dibuka, Haris beri laluan pada Bella masuk dulu.

"Huh, thank you," Bella hembus nafas lega.

"Your welcome, signora,"

"Haris, mana abah ? Aku tak selesa lah orang ramai macam ni," bisik Bella.

Haris terus tarik pinggang ramping Bella merapat padanya.

"Don't worry, aku ada. Kau duduk jer dengan aku," balas Haris.

Tanpa kata, Bella terus memeluk lengan Haris buatkan lelaki itu terkejut sekaligus tersenyum lebar.

"Jom kita jumpa abah kat sana," Haris tunjuk satu arah, terus dia tarik Bella pergi dengannya.

"Assalamualaikum abah," sapa Haris.

Encik Haiqal berpaling. Memandang anak kedua dan menantunya.

"Haris, Bella, baru sampai ?" soal Encik Haiqal.

Keduanya mengangguk serentak selepas bersalaman dengannya.

"Mana mama, abah ?" soal Haris apabila kelibat ibunya tidak kelihatan.

"Ada tadi. Biasa lah dia kalau dah jumpa kawan. Pergi berborak lah tu," jawab Encik Haiqal.

Haris mengangguk. Dia jatuhkan pandangan pada wanita baya ibunya dihadapan mereka. Ah sudah, bala !

"Girlfriend kamu ke ni, Haris ?" tegur Datin Adella, rakan sekerja Encik Haiqal.

Haris hanya mengangguk. Nak kata bini, kang macam-macam orang tua ni bising pulak.

"Lah, dah ada girlfriend ya kamu. Baru nak kenalkan dengan anak Datin. Yang nombor dua tu, tengah sambung belajar lagi," ujar Datin Adella lagi.

Haris senyum kekok. Tak minat betul dengan spesis ulat bulu macam anak dia tu. Gatal !

"Tapi kalau kamu nak cari lain nanti, calling-calling lah Datin. Senang Datin nak kenen kan kamu dengan dia," sambungnya.

Haris sengih kecil.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now