Bella makan dengan penuh berselera. Perutnya terasa begitu lapar. Lepas sarapan, terus tak makan apa. Memang lapar lah.
Kiri kanan tak pandang dah. Haris pun di abaikannya. Nasib baik Haris memahami.
Hingga Bella habis makan, dia menolak pinggannya ke tengah. Air coklat yang dipesannya tadi di capai sebelum diteguk.
"Alhamdulillah, I'm full," ujar Bella.
Lelaki-lelaki itu terus makan tanpa hiraukan Bella. Padahal portion makanan Bella lagi banyak dari diorang, tapi Bella habis dulu.
Nampak sangat lah 'kelaparan' Bella tu.
Haris perasan Bella seperti mengira-ngira sesuatu. Dia tertanya juga, apa yang sibuk dikirakan tu ? Lagaknya seperti bendahari kehormat sahaja.
"Kau kira apa ?" tegur Haris.
Bella memandang Haris dan menggeleng perlahan.
"Takde. Aku tengah fikir nak beli barang apa. Sebab seingat aku, sunscreen and moisturizer aku dah habis. Kita singgah Watson dulu boleh ?" pinta Bella.
"Okay then. Tak perlu rush sangat pun, awal lagi ni," Haris belek jam di tangannya.
Bella mengangguk kecil. Dia memandang sekeliling sebelum memandang Haris lama.
Haris yang leka dengan phone nya langsung tidak perasaan akan pandangan Bella.
Irfan, Amir dan Tariq yang melihat Bella berasa teruja. Andai mereka dapat pandangan sebegitu dari bakal isteri mereka suatu hari nanti.
Tapi mungkin itu angan-angan semata !
"We're done !" ucapan tiga lelaki itu menyentakkan Bella.
Automatik dia berpandangan ke arah lain. Haris pula bangun dan ditarik Bella sekali.
"Korang nak gerak balik dah, ke ? Aku dengan Bella nak pergi Watson kejap," ujar Haris.
"Takpe lah, dik. Terima kasih," perli Amir.
"Adik pergi lah berdating tu, ya ? Abang-abang ni tak nak kacau," sindir Tariq pula.
Serentak mereka bertiga tergelak melihat pandangan tajam Haris.
Padahal selama ni elok jer. Tapi depan bini, berubah 100%. Acah cool lah !
"Dah lah Amir, Tariq, jom pergi makan aiskrim. Lepas tu kita balik office. Biar lah depa," ajak Irfan.
"Semua sekali RM161.30, cash or card ?" soal cashier itu ramah.
"Card please," ujar Bella.
Haris di sebelah memerhati Bella yang tidak keruan itu. Padan muka !
Bella touch card pada mesin dan resit dihulurkan kembali padanya.
"Thank you miss. Please come again,"
Bella angguk. Langkah diatur keluar dari Watson.
"Nah," Bella hulurkan kad berwarna biru pada Haris.
"Untuk ?" soal Haris pura-pura.
Bella merengus geram.
"Kau ni, ambil lah balik. Aku ada duit aku lah. Tak payah lah keluarkan duit kau nak beli barang aku. Dah lah aku beli banyak," bebel Bella geram.
"Sebab tu aku bagitau masa kau dah nak bayar. Kalau aku bagitau masa awal kita masuk Watson tadi, takdenya kau nak ambil semua ni. Silap-silap kita keluar tangan kosong," Haris pula membebel.
YOU ARE READING
Takdir Yang Tertulis [HIATUS]
LosoweBook 08 [hiatus] Start : 05 Julai 2023 End : - 🤍 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 Tertulis Takdir Kita 🤍 ♡︎ Hilman × Bella ♡︎ " Jangan persoalkan takdir , Allah sebaik - baik perancang " Nikah dengan orang yang kita suka ? Siapa jer tak nak kan . Opss , tapi itu d...