Mundar-mandir Bella di dapur rumah ibunya pada waktu pagi kerana sibuk menyiapkan sarapan. Sementara si kembar pun mundar-mandir mengganggu Bella.
"Boys, jangan lah berkeliaran kat sini. Nanti Umi tak nampak awak, kan bahaya," mulutnya membebel sambil menggoreng bihun di dalam kuali.
"Umi..."
"Az nak umi..."
"Iz nak !"
Haraz datang menempel di kaki Bella buatkan pergerakan ibu tunggal itu terbantut.
"Astaghfirullah, Haraz Qayyum. Kenapa awak melekat dengan umi ni ? Umi nak masak cepat, kejap lagi pak long dengan pak ngah awak nak pergi kerja," Bella sambung berleter.
Haraz degil. Makin ketat pelukan di kaki ibunya. Hariz pula sibuk menarik abangnya untuk diajak main bersama.
"Az, ma-in..."
"Nak umi !"
Tercebik bibir Hariz selepas ditolak abangnya. Air mata bertakung siap pakej hingus lagi.
"Umi..."
Lagi seorang menempel di kaki Bella.
"Lailahailallah muhammadarasulullah. Astaghfirullahalazim, awak berdua ni kan. Duduk lah tepi dulu, umi nak masak ni. Bahaya, awak berdua boleh kena minyak panas," Bella dukung keduanya selepas menutup api dapur.
Kembar diletakkan di kerusi meja makan tapi merengek keduanya tak mahu lepas dari sang ibu.
"Umi !" serentak Haraz dan Hariz berteriak.
Tidak lama kemudian, muncul kelibat Nu'man dan Nurhan di dapur. Keduanya memandang pelik ke arah sang adik bongsu.
"Adik ? Kenapa ni ?" Nurhan melabuhkan punggung di hadapan Bella.
"Tak tahu, kembar ni asyik meragam dari malam tadi lagi. Tak nak lepas dari adik. Pagi ni adik nak masak pun, berkepit juga tadi. Ibu pula sakit kepala, tu yang adik tak cukup tangan nak buat kerja," adu Bella.
Kelihatan letih sungguh ibu tunggal itu menangani anak-anaknya.
"Ada apa-apa lagi nak kena buat ke ni ?" soal Nu'man.
"Tu, bihun dalam kuali nak cedok masuk dalam mangkuk. Pastu air tak buat lagi ni," jawab Bella.
"Takpe, adik jaga kembar. Biar along dengan angah settle," Nu'man menarik adik keduanya itu ke dapur.
Pasrah Nurhan mengikut abangnya. Sementara Bella masih cuba menenangkan si kembar.
"Adik, kenapa ni ?" Puan Qamar muncul dari sebalik dinding dapur.
"Eh, ibu. Kenapa ibu datang sini ? Ibu kan sakit kepala," Bella tarik kerusi buat sang ibu.
"Takpe lah, ibu dah okay sikit dah. Ni, cucu-cucu ibu ni kenapa ?" Puan Qamar mahu mengambil Hariz dari dukungan Bella tapi ditolak oleh bayi itu.
"Adik tak tahu lah, ibu. Asyik meragam dari semalam. Malam tadi tidur pun susah. Pagi ni berkepit dengan adik, tak nak lepas langsung. Adik masak tadi pun diorang melekat kat kaki ha," cerita Bella.
"Masuk angin tak ?"
"Adik dah sapu minyak angin dah,"
Puan Qamar terdiam. Dia rasa sesuatu.
"Eh ibu, adik kata ibu sakit kepala ?" celah Nurhan sambil membawa semangkuk bihun.
Sementara Nu'man menatang dulang berisi seteko teh dan beberapa cawan.
"Takpe, ibu okay dah ni. Sakit kepala sikit jer," jawab Puan Qamar.
Nurhan mengiyakan saja ibunya itu. Sakit macam mana pun, dia tetap kata 'okay' juga.
"Kembar ni macam mana, ibu ?"
KELUHAN lega Bella lepaskan. Setelah hampir seharian dia berperang dengan anak-anaknya, akhirnya kembar itu tertidur juga.
Penat menangis mungkin. Mana taknya, dari pagi bawa ke petang, tak henti merengek.
Sudah lah ini pertama kali kembar berperangai seperti itu. Bella sendiri tak tahu apa kena dengan anak-anaknya.
"Ha adik, kembar dah tidur ?" soal Nu'man seraya melabuhkan punggung di sebelah adiknya.
"Eh, along. Dah, kembar baru tidur tu," Bella sandarkan dirinya pada sofa.
Jatuh kesian Nu'man melihat ibu muda itu. Sudah lah berkahwin di usia muda, diceraikan pula selepas melahirkan anak-anak mereka.
Dapat pula kembar lelaki, kadang tak menang tangan Bella melayannya.
"Sabar lah, dik. Allah tahu adik kuat, sebab tu Allah uji macam ni," ujar Nu'man cuba memberi kekuatan.
Dia bukannya boleh bantu apa, cuma kadang jika berkelapangan sahaja dia boleh tengok-tengokkan kembar.
Keluhan berat Bella lepaskan. Matanya dipejam.
"Adik penat, along. Kadang adik rasa tak kuat. Kenapa adik yang kena hadap semua ni ? Cita-cita adik musnah macam tu jer, along," air mata Bella tidak dapat ditahan lagi lalu mengalir di pipinya.
"Adik, jangan lah cakap macam tu. Perancangan Allah tu indah. Allah uji, sebab Allah sayang. Mungkin hari ni bukan hari adik, tapi Insya-Allah akan tiba hari adik nanti. Adik sedih sekarang, tak bermakna sedih selamanya. Akan ada sinar kebahagiaan tu untuk adik,"
Sebak Bella rasakan. Terus tubuh abang sulungnya dibawa ke dalam pelukan.
Bella bersyukur. Dia masih ada ibu, along, angah, abah dan Hariz yang menyokongnya.
Tambah pula dengan si kembar cilik, Haraz dan Hariz. Jadi, Bella rasa bersyukur dengan kurniaan Allah padanya sekarang.
"Adik jangan sedih tau. Semua orang sayang adik. Adik kuat, eh ?"
SEKALI lagi untuk hari ini, kembar terbangun tengah malam dan menangis tanpa henti.
Mulanya-mula Haraz terbangun dan hanya merengek kecil. Gayanya seperti tidak selesa.
Tidak lama selepas itu, Hariz pula menangis dengan kuat. Buatkan Haraz terkejut dan turut sama menangis.
"Shh, sayang umi ni. Jangan nangis, sayang..." pujuk Bella.
Teriak keduanya tidak mahu dipujuk. Haraz dan Hariz menggenggam erat baju Bella serta tubuh Bella dipeluk kuat.
Naluri keibuaan Bella terusik. Kenapa kembar nampak macam takut sangat ?
Menangis-nangis kembar dengan mata tertutup. Pelukan ibunya tidak mahu dilepaskan.
"Hei, sayang umi ni. Haraz Qayyum, Hariz Qayyim, sayang-sayang umi ni,"
Tiba-tiba Bella rasa dia nampak seperti ada pergerakan melalui tingkapnya. Automatik matanya mengecil untuk mencari tahu.
Tidak berpuas hati, Bella bangun dan mendukung kembar lalu pergi ke tingkap untuk melihatnya.
"Eh, siapa tu ? Dah tengah malam ni, diorang baru pindah ke ?" Bella melihat dari sebalik tirai biliknya.
Lagi kuat Haraz dan Hariz menangis buatkan Bella terkejut. Pantas dijarakkan dirinya dari tingkap itu.
"Shh, sayang umi..."
Berkerut dahi Bella memikirkan gerangan yang baru sahaja dilihatnya.
Tak, Bella tak rasa mereka bukan manusia. Cuma, timbul rasa aneh melihat mereka.
Mengapa mereka pindah masuk pada waktu larut malam ? Bahkan jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi ?
Mengapa tidak pada waktu siang ? Kan lebih senang untuk alih barang ?
Bermacam soalan bermain di fikiran Bella, tapi dia abaikan dahulu. Kerana anak-anaknya makin kuat meragam.
Menangis tak tentu pasal buatkan Bella buntu.
"Haraz Qayyum, Hariz Qayyim, hei anak-anak umi. Anak-anak umi yang soleh, yang baik ni. Jangan nangis, sayang..."
🤍 BERSAMBUNG...
[ 20 Februari 2024 , 08 : 08 a.m. ]
YOU ARE READING
Takdir Yang Tertulis [HIATUS]
RandomBook 08 [hiatus] Start : 05 Julai 2023 End : - 🤍 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 Tertulis Takdir Kita 🤍 ♡︎ Hilman × Bella ♡︎ " Jangan persoalkan takdir , Allah sebaik - baik perancang " Nikah dengan orang yang kita suka ? Siapa jer tak nak kan . Opss , tapi itu d...