𝐓𝐘𝐓 13 : LELAKI KASAR

39 6 0
                                    

Nurhan pandang susuk tubuh yang kini berdiri tegak dihadapannya dengan tatapan tajam. Kalau diikutkan hati, mahu lunyai adik iparnya ini dikerjakan.

"A-angah, Bella ada ?" soal Haris gugup.

Senyuman sinis terbit di bibir Nurhan.

"Perlu ke kau cari dia ?" sindir Nurhan.

Terdiam Haris di depan pintu. Tertunduk kepalanya menekur lantai.

"Angah," kelibat Nu'man menjengah pandangan.

Nurhan menoleh memandang abang sulungnya.

"Biarkan dia masuk. Ini hal dia dengan adik. Biar diorang berbincang sendiri," putus Nu'man.

Penuh terpaksa, Nurhan buka pintu dan beri laluan pada Haris untuk masuk.

"Haris, masuk lah. Bincang baik-baik dengan Bella," tenang Nu'man bersuara.

Haris mengangguk laju. Langkah dibawa masuk ke dalam rumah.

"Kalau dia berani apa-apakan adik, memang angah cincang dia cukup-cukup," bisik Nurhan keras.

Nu'man jatuhkan pandangan pada adik lelakinya.

"Jangan kata angah, along pun akan buat benda sama," sokong Nu'man.

Keduanya tersenyum sinis seraya melangkah masuk.

"Haris," panggil Bella takut-takut.

Pintu ditutup rapat dan dikunci oleh Haris.

Menggigil badan Bella melihat tindakan Haris. Takut. Takut jika dirinya diapa-apakan oleh sang suami.

"Apa masalah kau sebenarnya, Bella ?" soal Haris tegas.

Bulat mata Haris memandang ke arah Bella. Namun cepat-cepat Bella alihkan pandangannya ke arah lain.

"Jawab aku, Bella Qaima. Apa masalah kau ?" soal Haris lagi.

Naik baran Haris dibuatnya apabila Bella sekadar membatukan diri dan tidak menjawab soalannya.

Wajah Bella ditarik kasar menghadap ke wajahnya. Pipi Bella dicengkam kuat.

"Bila aku bercakap, pandang aku. Aku tak suka orang biadap," ujar Haris berbaur amaran.

Air mata Bella tidak henti mengalir sedar tadi. Sungguh dia takut untuk berdepan dengan Haris. Tenaga lelakinya lebih kuat berbanding Bella.

"Ha-ris... s-sakit..." rayu Bella.

"Ohh, tahu kau sakit ? Habis aku ? Tak sakit ?" sindir Haris.

Bella pejam mata erat bila dia merasakan cengkaman Haris makin kuat.

"Aku ni tak sakit ke, Bella ?! Risaukan kau, fikir pasal kau ! Aku ni takde hati perasaan, ke ? Kenapa kau buat aku macam ni, Bella ?! Kenapa ?!" meninggi suara Haris namun masih dikawal nadanya.

"H-aris... ma-af... aku minta maaf..." pinta Bella lagi.

Cengkaman di pipi Bella dilepaskannya kasar buatkan Bella tidak dapat seimbangkan diri lalu jatuh terduduk.

"Senangnya kau, kan ? Dah buat salah, minta maaf. Aku ni yang susah. 24 jam fikirkan kau, risaukan kau, jaga kau. Ini balasan kau, Bella ?" soal Haris sarkastik.

Teresak-esak Bella memegang wajahnya. Tertunduk di menekur lantai.

"Bella, jangan buat aku ulang benda yang sama," keras suara Haris memberi amaran.

Automatik kepala Bella terdongak memandang ke arah Haris. Mata bertentang mata.

"Haris... a-ku betul-betul minta maaf..." esak Bella.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now