Dengan susah-payah, Bella pegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Sakit di kepala mencengkan ditambah pula sakit pada perutnya.
"Aku kat mana ni ?" soalnya sendirian.
Clerkk
"Adik !" teriak Puan Qamar lalu pantas menghampiri anak bongsunya.
Selepas beberapa saat, baru dia dapat mengecam tiga susuk tubuh yang berada mengelilinginya.
"Ibu... ?"
"Adik, alhamdulillah adik bangun juga. Lama kami tunggu adik sedarkan diri," ujar Puan Qamar syukur.
Nu'man dan Nurhan tarik senyum lebar. Syukur adik kesayangan mereka sudah sedarkan diri.
"Ibu, adik kat mana ni ? Macam mana adik boleh ada kat sini ?" soal Bella keliru.
Nurhan sudah berasa lain macam. Ada sesuatu yang tak kena pada adiknya.
Soalannya nampak biasa, tapi sebenarnya sesuatu sangat.
"Ibu, along, angah keluar sekejap," pamit Nurhan.
Tanpa menunggu balasan, Nurhan terus sahaja memboloskan diri keluar dari wad Bella.
SUDAH dia duga bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan adiknya itu. Patut lah nampak lain.
Langkah dilajukan menuju kembali ke wad adiknya. Namun perlahan-lahan langkahnya terhenti.
Melihatkan keramaian di luar bilik, segera dia menghampiri.
"Ibu ?" sapa Nurhan.
Kelihatan Puan Qamar sedang menangis teresak-esak dalam pelukan Nu'man.
"Along, kenapa ni ?" soal Nurhan ingin tahu.
Kepala Nu'man menggeleng perlahan.
"Adik mungkin hilang ingatan," tuturnya.
Nurhan sudah agak !
"Dia tak ingat keluarga mertua dia sendiri. Dia tak ingat pun dia pernah berkahwin," sambung Nu'man.
Nurhan berpaling. Memandang dua susuk tubuh yang kaku dari tadi.
"Abah, Hariz" sapanya.
"Angah dari mana ?" soal Nu'man pula.
Terdiam Nurhan dibuatnya. Tapi dia perlu jujur.
"Angah, dari bilik doktor," kata Nurhan lemah.
Masing-masing diam menanti bicara lelaki 20-an itu.
"Doktor sahkan adik amnesia. Masa dia accident, hentakan dekat kepala dia kuat sangat. Jadi, dia tak ingat apa-apa sekarang. Doktor kata, mungkin dia cuma ingat ahli keluarga dan orang terdekat jer," jelas Nurhan panjang lebar.
Lagi sebak Puan Qamar rasakan. Bagaimana nanti dengan keadaan kandungan anaknya ?
"Ibu, sabar ibu. Kita doa banyak-banyak supaya adik boleh ingat semula. Kita jangan berhenti berdoa untuk adik," pujuk Nu'man.
Puan Qamar mengangguk. Allah tempat mereka berharap sekarang.
"YOU, bila kita boleh kahwin ni ? Bila you nak ceraikan isteri kesayangan you tu ?" soal Rafina atau lebih dikenali sebagai, Dhea Rafina.
Runsing kepala Haris memikirkannya. Sudah lah serabut dengan bapanya, yang ni pula sibuk tanya bila itu bila ini. Semak !
"Sabar lah baby, nanti dah settle semua urusan, I akan ceraikan dia and then kita kahwin. Kan I dah janji nak kahwin dengan you secepat mungkin ?" Haris peluk erat pinggang Dhea di ribanya.
Dhea ketawa manja. Suka diperlakukan begitu.
"You janji tau, ceraikan dia and kahwin dengan I. I janji akan bagi kebahagian sepenuhnya dekat you. I takkan kecewakan you sayang," tali leher Haris ditarik perlahan.
Haris makin ketatkan pelukannya di pinggang Dhea buatkan perempuan itu makin menggedik teruja.
"You akan jadi milik I tak lama lagi, Haris,"
"KAU suka lah, kan ? Bukan ini apa yang kau nak ?" soal Encik Haiqal menahan amarah.
Haris merengus kecil. Penat dia drive dua jam lebih, semata-mata nak dengar ceramah tak bertauliah bapanya ?
Huh, sangat buang masa.
"Aku tanya kau ni, ini yang kau nak ? Tengok isteri kau terlantar macam tu. Tulang kaki dah retak, hilang ingatan, dah tak ingat siapa-siapa. Puas lah hati kau sekarang lepas dah seksa dia ?" berang Encik Haiqal.
Nasib lah di area parking ini tiada orang. Bergema juga suara Encik Haiqal.
"Abah, biarkan lah dia. Dia sedar pun dah cukup bagus. Apa lagi yang abah nak ?" soal Haris tak puas hati.
Menggelegak rasanya darah Encik Haiqal. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menampar anak keduanya itu. Biadap !
"Aku tak pernah ajar anak-anak aku jadi kurang ajar, eh. Aku takkan biarkan kau hidup senang dekat sana sedangkan isteri kau menderita dekat sini. Aku akan aturkan kau memandangkan kau susah nak buat keputusan," putus Encik Haiqal.
Laju Haris menggeleng. Tidak ! Dia ada plan lain !
"Tak, Haris takkan duduk sini dengan dia ataupun bawa dia balik tinggal dengan kita ! Fine ! Disebabkan abah tak bagi Haris ceraikan dia, Haris akan tetap kahwin dengan Dhea. Biarkan mereka hidup bermadu," sinis Haris menuturkan ayat itu.
"Haris-- !"
"Stop ! Haris tak minta persetujuan abah. Haris cuma nak abah tahu. Haris takkan ambil kisah pasal Bella dah, dan Haris akan kahwin dengan Dhea hujung bulan depan. Haris harap abah takkan merosakkan perkahwinan kami," sejurus itu, Haris memboloskan diri ke dalam keretanya.
Kereta hitam itu kemudian menderum laju meninggalkan lelaki separuh abad yang masih terpinga-pinga.
Laju dadanya naik turun mengambil oksigen. Terasa panas telinganya dengan berita yang didengar sebentar tadi.
Cepat-cepat Encik Haiqal beristighfar menenangkan hatinya. Tangannya naik mengusap dada.
"Astaghfirullahalazim. Ya Allah, apa jadi dengan anak aku ni ?"
ENCIK Haiqal tertunduk ke bawah. Dia tahu ceritanya itu pasti menyakitkan hati keluarga besannya.
Dia juga tak sangka dengan perubahan drastik anaknya. Entah apa kena.
Kelihatan Puan Qamar melepaskan keluhan berat.
"Aku minta maaf sangat-sangat, Mar. Aku dah tak tahu nak buat apa dengan dia. Aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh berubah macam tu sekali," suara Encik Haiqal memecah kesunyian.
Senyuman tawar terbit di bibir Puan Qamar.
"Takpe lah, Qal. Nak buat macam mana ? Benda pun dah jadi. Kau pun dah tegur. Doa jer lah dia berubah semula," ujar Puan Qamar tenang.
"Macam mana dengan anak kau lagi dua orang tu ? Diorang mesti sakit hati kalau tahu berita ni. Nanti tak pasal-pasal si Haris tu mengamuk pula," Encik Haiqal meluahkan kerisauannya.
"Pasal tu, kau jangan risau. Aku sendiri akan cakap dengan anak-anak aku. Pandai lah aku pujuk diorang nanti," Puan Qamar membuang pandangannya ke tempat lain.
Suasana sunyi seketika.
"Mar, aku harap kau sabar ya ? Aku pun terkejut keadaan Bella boleh sampai seteruk ni. Tapi alhamdulillah, dia kuat. Bella masih mampu bangun dan menjalani kehidupan," nasihat Encik Haiqal.
"Kau tu patut bersabar. Sudah lah perangai anak sulung kau memang macam tu. Ni tambah pula dengan isteri dan anak kedua kau. Nasib baik kau masih ada anak bongsu tu ha,"
Air limau ais disisip sedikit oleh Puan Qamar.
"Tapi kau jangan risau. Insya-Allah satu hari nanti diorang akan berubah tu. Kita doa jer yang baik-baik, ya ?" sambung Puan Qamar.
"Insya-Allah,"
🤍 BERSAMBUNG...
[ 18 November 2023 , 22 : 32 p.m. ]
YOU ARE READING
Takdir Yang Tertulis [HIATUS]
عشوائيBook 08 [hiatus] Start : 05 Julai 2023 End : - 🤍 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 Tertulis Takdir Kita 🤍 ♡︎ Hilman × Bella ♡︎ " Jangan persoalkan takdir , Allah sebaik - baik perancang " Nikah dengan orang yang kita suka ? Siapa jer tak nak kan . Opss , tapi itu d...