𝐓𝐘𝐓 02 : BINI GARANG

55 5 0
                                    

Bella bangun awal pagi itu. Dia segera bersiap-siap sebelum turun ke bawah. Sempat dia melihat Haris yang masih lena dibuai mimpi.

Langkah dituju ke dapur. Melihat sekeliling rumah sunyi, Bella hairan. Walaupun awal, tapi takde lah awal sangat.

Dah pukul 8, mustahil mertuanya belum bangun.

"Ahh lantak lah, baik aku buat sarapan," ujar Bella sendiri.

Bella menuju ke dapur, mencari apa yang boleh di masak untuk sarapan. Seketika matanya terpandang bihun di dalam almari.

Jadi, Bella memutuskan untuk masak bihun goreng sahaja. Air teh dibancuh panas-panas.

"Bella ! Bella !"

Terkejut Bella mendengar jeritan kuat dari seseorang yang menyeru namanya. Hampir-hampir senduk yang dipegangnya terpelanting.

"Bella ! Ishh, Bella !"

"Apa dia ?" soal Bella geram.

Kelibat Haris menyapa kornea matanya. Dengan baju tidur elok tersarung di tubuhnya.

"Bella, kenapa kau tak kejut aku ? Aku dah lewat nak pergi kerja !" gelabah Haris.

Bella berkerut. Kerja ?

"Kerja ? Abah kata kau cuti seminggu, kan ?" soalan Bella menyedarkan Haris.

Haris terdiam. Begitu juga Bella.

"Eh, haah lah..." perlahan suara Haris.

Sumpah Bella rasa nak goreng Haris dalam kuali sekarang.

Api dapur ditutup. Senduk dipegang disebelah tangan.

PAKK

"Aduh, sakit Bella..." desis Haris.

"Engkau ni kenapa, Haris ? Daripada semalam mengigau. Malam tadi, nak jatuh tangga. Pagi ni, duk terjerit-jerit nama aku macam takde hari esok. Nyanyuk eh kau ? Naik pekak telinga aku ni kau duk 'Bella, Bella, Bella'. Alhamdulillah aku ni sihat walafiat lagi. Takde masalah pendengaran pun," bebel Bella panjang lebar.

Seketika Haris tersedar. Garang nau bininya pun. Bebel pun boleh tahan !

"Iya Bella, sorry," pinta Haris tertunduk.

Bella akhirnya mendengus kasar. Geram sungguh dengan Haris. Rasa nak cekik-cekik !

"Dah lah, blah sana. Aku nak masak pun tak senang," halau Bella.

Mangkuk diambil sebelum dia mencedukkan bihun goreng tersebut ke dalam mangkuk.

Haris memerhati dengan penuh minat setiap perlakuan isterinya. Comel.

"Haris, nak apa lagi ? Pergi lah sana," naik malu Bella apabila sedar dirinya diperhati.

"Nak breakfast lah," ujar Haris.

"Tak boleh. Kau naik, pergi mandi dulu. Lepas tu baru kita makan," arah Bella.

Mata Haris bersinar melihat Bella.

"Kita ? Makan ?" soal Haris teruja.

Bella mengeluh kecil. Dia ni tak faham bahasa, ke ?

"Tak lah. Aku nak makan seorang," perli Bella.

Automatik Haris mencebik. Langkah dibawa ke meja makan.

"Eh, pergi lah mandi sana. Aduh, bendul lah kau ni. Pergi mandi, kita makan sama-sama," arah Bella lagi.

"Betul ni ? Makan sama-sama ?" soal Haris kurang yakin.

"Kau lambat, aku makan dulu," Bella berura-ura ingin menceduk bihun ke dalam pinggannya.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now