Keluarga Encik Haiqal menikmati makanan dengan penuh selera. Mereka berbual-bual terutamanya dengan Hanan dan Asyraf.
Sedari tadi Bella hanya senyap. Tiada apa yang dia faham. Semuanya tentang keluarga mereka. Apa jer yang Bella tahu ?
Dia ni dah lah menantu 4 hari. Baru masuk ke keluarga ni.
Lain lah si Asyraf. Mereka sudah berkahwin lama. Walaupun menetap di luar negara selepas berkahwin.
"Bella okay ?" teguran dari Hanan mematikan lamunan Bella.
Kini perhatian teralih pada Bella. Malu jadinya bila orang lain kini memandangnya.
"Eh, okay jer," Bella senyum kekok.
"Makan lah lagi, sayang. Tambah jer," selit Puan Anissa.
"Takpe, ibu-- eh mama. Banyak dah Bella tambah ni," ujar Bella.
Padahal dia baru tambah sekali. Itu pun sikit-sikit jer.
Bella tertunduk malu. Dia baru jer tersasul memanggil Puan Anissa itu 'ibu' !
"Bella, Bella naik dulu," pamit Bella.
Segera dia bangun dari duduknya dan menuju ke sinki. Kemudian langkah diatur naik ke bilik.
Puan Anissa pelik. Kini dialihkan pandangan pada Haris.
"Isteri kamu tu okay tak ?" soal Puan Anissa.
Haris mengangguk laju. Dia sendiri pun tak tahu Bella okay ke tidak.
"Takpe lah, dah sambung makan. Haris, nanti pergi tengok Bella," ujar Encik Haiqal.
Haris buka perlahan pintu biliknya. Memandang sekeliling bilik yang sudah gelap.
Pintu ditutup perlahan. Langkah diatur ke arah katil. Melihat seorang gadis yang sedang menyelubungi dirinya di dalam selimut.
"Bella--" Haris memegang lembut tubuh Bella.
Bella terkejut. Dia terjerit kecil lalu membuka selimut dan memandang ke arah sang empunya tangan.
"Haris, terkejut aku," Bella mengelap air matanya.
"Kau kenapa ? Kau okay ?" soal Haris prihatin.
Bella mengangguk. Senyuman kecil diberikan buat Haris.
"Kau, ada benda nak cerita ? Cerita lah, aku dengar," sambung Haris lagi.
Bella menggeleng. Dia tak mahu bebankan Haris.
"Kenapa ni ? Kau rindu ibu ?" soal Haris lagi.
Akhirnya Bella angguk perlahan. Tertunduk dia seraya menggenggam selimut.
"Kalau kau rindu ibu, nanti bila-bila kita pergi lah tengok ibu," ujar Haris.
"Takpe, aku tak nak susahkan kau. Nanti, pandai-pandai lah aku pergi sendiri," tolak Bella.
Haris mengeluh perlahan. Degil !
"Bella, ibu tu ibu aku juga. Takpe lah, nanti aku free aku bawa kau balik rumah ibu. Esok ke ?" kata Haris.
Bella pandang Haris sekilas dan mengangguk perlahan.
"Sorry, aku susahkan kau," pinta Bella.
"Mana ada susahkan. Kau kan isteri aku," Haris tarik Bella ke dalam pelukannya.
Bella hanya diam. Menikmati pelukan Haris.
Selesai Bella memakai baju, dia terus mencapai phone nya dan membuka chat WhatsApp dengan si abang sulung.
YOU ARE READING
Takdir Yang Tertulis [HIATUS]
RandomBook 08 [hiatus] Start : 05 Julai 2023 End : - 🤍 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 Tertulis Takdir Kita 🤍 ♡︎ Hilman × Bella ♡︎ " Jangan persoalkan takdir , Allah sebaik - baik perancang " Nikah dengan orang yang kita suka ? Siapa jer tak nak kan . Opss , tapi itu d...