𝐓𝐘𝐓 20 : SINDIR

42 6 1
                                    

Sebaik Bella melangkah masuk ke dalam rumah, dia memandang ke arah ruang tamu. Kelihatan ibu mertuanya, Puan Arissa, sedang asyik berbual dengan seorang gadis.

Khusyuk benar mereka berbual hingga kelibat Bella langsung tak diperasannya.

"Eh Bella, lambatnya balik," tegur Encik Haiqal.

Bella berpaling ke arah kanan. Puan Arissa dan gadis itu turut memandang Bella.

"Maaf abah, Bella balik lambat. Singgah makan kejap," pinta Bella sopan.

"Takpe lah. Ni, kamu mesti lapar lagi kan ? Jom kita duduk dekat dapur, dapat kunyah-kunyah pun sedap ni," ajak Encik Haiqal.

Hariz memandang bapanya sekilas. Dia tahu apa yang bermain di fikiran lelaki separuh abad itu.

Bella mengatur langkah ke mengikut bapa mertuanya. Namun sempat dia terserempak dengan Haris yang sedang melebar senyumnya.

Tapi senyum itu mati sejurus terlihat sang isteri.

"Haris," sapa Bella.

"Hmm, lewat kau balik. Pergi mana ? Dating dengan jantan mana pula ?" selamba Haris menyoal.

Terkedu Bella dibuatnya. Tergamak Haris tuduh dia sebegitu rupa ?

"Abang Ris ? Apa ni ?" soal Hariz yang kebetulan mengekori Bella ke dapur.

"Kau budak, tak payah masuk campur. Get lost !" Haris dengan sengaja melanggar bahu adiknya sebelum melangkah ke ruang tamu.

Sementara Hariz mendesis sakit. Sudah lah badannya keding sahaja, abangnya itu pula badan sasa.

"Eh, Hariz okay ?" soal Bella prihatin.

"Okay jer kak. Akak, jangan ambil hati sangat lah dengan Abang Riz tu. Dia tengah bad mood tu," ujar Hariz menyedapkan hati kakak iparnya.

Bella sengih kecil. Gelengan diberi.

"Takpe, akak faham," jawab Bella.

Walhal sebenarnya dia selalu terasa hati dengan sikap Haris yang sekarang. Bercakap kasar, tuduh itu ini.

"BEST lah kau, keluar sampai lewat petang. Ke sana ke sini, macam takde suami," sindir Haris sebaik melihat kelibat Bella keluar dari bilik air.

Bella tersentak. Matanya berkaca memandang suaminya yang elok duduk bersandar di kepala katil.

"H-hah ?" soal Bella tidak mengerti.

Apa pula lagi nak dituduhnya kali ini ? Tak cukup kah petang tadi ?

"Huh, hebat lakonan kau. Kau kalau nak keluar, beringat sikit. Kau tu dah berlaki. Tak payah perasan anak dara lah," makin tajam kata-kata Haris.

Automatik Bella memegang perutnya. Perasan anak dara ?

"Apa Haris cakap ni ? Bila masa Bella berlakon ? Bella sedar lah Bella dah ada suami. Bella keluar tadi pun dah minta izin Haris, kan ? Haris yang izinkan. Kalau Haris tak nak bagi tadi, Bella pun takkan pergi," lancang Bella menjawab.

Haris bangun dari katil dan menerpa ke arah isterinya. Rambut Bella ditarik kasar.

Sementara Bella mengerang kesakitan. Benda macam ni yang dia nak elakkan.

"Kau menjawab ? Apa tak cukup bagus lagi ke semua yang aku bagi ni ?! Kau memang tak reti beryukur, kan ?!" meninggi suara Haris.

"H-Haris... sakit... le-pas..." esak Bella.

Genggaman Haris pada rambut Bella dilonggarkan sedikit.

"Jawab lah, Bella ! Tak cukup lagi ke harta aku ni ?! Tak cukup lagi ke apa yang aku bagi ?! Apa lagi kau nak, hah ?!" tengking Haris lagi.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now