Sebaik melangkah masuk ke dalam, terpegun Bella melihat kecantikan dan keunikan setiap corak serta hiasan pada dinding pejabat.
Warnanya yang tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang menambahkan lagi seri di pejabat tersebut. Meja dan kerusi disusun rapi di setiap ruang.
"Selamat pagi Tuan,"
Para pekerja menunduk hormat ke arah Haris. Tapi tidak pada Bella. Rata-rata pekerja perempuan tidak berpuas hati melihat kemesraan Haris dan Bella.
Walhal Bella siap memberi senyuman manisnya pada pekerja-pekerja Haris. Tapi sayang, senyuman manisnya ditolak mentah-mentah.
Lif dinaiki. Tingkat 16 dituju.
"Haris, kenapa diorang pandang aku macam tu ?" Bella membelek penampilannya pada cermin di dalam lif.
"Sebab diorang tak puas hati dengan kau lah tu. Kau kan cantik," Haris merangkul pinggang Bella erat dan mencium ubun-ubun gadis itu.
Tersenyum malu Bella dibuatnya. Suka sangat sweet-sweet dekat public.
Tiba di tingkat 16, Haris menarik tangan Bella menuju ke biliknya.
"Selamat pagi, Tuan," sapa Dina, Personal Assistant Haris.
Haris mengangguk dan senyum kecil. Segera Bella ditarik masuk ke dalam bilik kerjanya.
Terlopong Bella melihat bilik kerja Haris. Besar !
Ruangannya cukup besar. Bahagian hadapan sebelah pintu memuatkan dua sofa panjang dan satu meja kopi.
Di tengah-tengah, ada meja Haris yang dipenuhi dengan timbunan kertas dan fail. Sebelahnya, ada rak yang dipenuhi fail.
Dan bahagian belakang sekali, ada dua buah pintu.
"Yang belakang sekali ni pantry dengan toilet. Kalau kau lapar, dekat pantry ada makanan," termati lamunan Bella seketika.
Dipandang Haria tidak percaya. Pejabat seorang COO begini ?
Kalau sebegini mewahnya tempat kerja dia, memang tak jadi kerja. Mungkin asyik tidur sepanjang hari !
"Waa, penatnya..." Bella labuhkan punggung di sofa panjang.
"Eh eh, siapa yang drive tadi ? Ni, siapa yang kena buat kerja ni ?" perli Haris.
Bella pandang Haris tajam. Yelah, dia lah manusia terpaling penat.
"Haris, ada selimut tak ?" soal Bella tiba-tiba.
Berkerut seribu dahi Haris memandang Bella. Apa kena perempuan tu minta selimut ?
Baru Haris teringat, kelmarin ada satu bungkusan berbentuk hadiah di atas mejanya. Bila dibuka, rupanya sehelai selimut.
Entah siapa dan apa niat si pemberi, Haris harap di ikhlaskan. Berguna juga buat isterinya.
"Nah," Haris campak selimut berwarna mint green pada Bella.
"Thank you husband," senyum Bella.
Tak sempat Haris nak blushing, dia terpandang Bella yang sedang selesakan diri di sofa.
"Kau nak tidur, ke ?" soal Haris.
"Tak. Aku nak menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Tapi kalau aku tertidur, tu maksudnya ciptaan Tuhan ni terlalu indah," sengih Bella.
Haris tercengang. Bella memandang tepat ke dalam anak mata Haris.
"Fine Bella,"
Klakk !
"Haris~~" tiga orang lelaki melangkah masuk ke dalam pejabat Haris tanpa mengetuk pintu.
YOU ARE READING
Takdir Yang Tertulis [HIATUS]
RandomBook 08 [hiatus] Start : 05 Julai 2023 End : - 🤍 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 Tertulis Takdir Kita 🤍 ♡︎ Hilman × Bella ♡︎ " Jangan persoalkan takdir , Allah sebaik - baik perancang " Nikah dengan orang yang kita suka ? Siapa jer tak nak kan . Opss , tapi itu d...