𝐓𝐘𝐓 28 : BERTEMU SEMULA

53 4 0
                                    

Nu'man bangun dari duduknya dan lantas mendapatkan dua orang sahabat karibnya dari zaman persekolahan.

"Nu'man, tak sangka jumpa kau kat sini," Lukman bersuara.

"Iya weh, lama dah tak jumpa kan ?" Nu'man senyum lebar.

Mereka berpelukan melepaskan rindu. Setelah 8 tahun mereka terpisah. Pertemuan terakhir mereka adalah semasa di sekolah menengah.

Kemudian, masing-masing pergi membawa diri untuk sambung belajar. Selalu juga mereka menyapa di WhatsApp, namun entah sejak kebelakangan ini masing-masing kelihatan sibuk.

"Eh kau kenapa ni ? Alright tak alright, bro ?" soal Nu'man seraya mendukung Haraz.

"Hmm, panjang cerita dia..." sayu nada Hilman seraya menunduk.

Lukman menghela nafas perlahan. Bahu Hilman ditepuk memberi semangat.

"Kawan kau ni accident bulan lepas. Koma seminggu, and doktor sahkan dia half paralyzed. And now, he's going for physiotherapist appointment," jelas Lukman.

Terbit perasaan serba salah di hati Nu'man kerana dia tidak mengambil tahu hal itu bahkan tidak sempat melawat sahabatnya.

Apa lagi setelah melihat keadaan Hilman kini memakai wheelchair, lagi sebak dia rasakan.

"Sorry tho, I'm late. Aku busy sangat lately ni," ujar Nu'man serba salah.

"No worries lah, kau dah banyak tolong aku masa sekolah dulu. Kali ni mungkin giliran Lukman. Yelah, dia kan suka buli aku dulu," Hilman cuba menghidupkan suasana.

Terlepas ketawa tiga sahabat itu.

"Angah," sapa Puan Qamar yang baru tiba selepas selesai membeli-belah bersama anak bongsunya.

Nurhan berpaling. Matanya terus menangkap mata Bella yang laju memandang Hariz di dukungannya.

"Amboi, amboi, sedapnya makan aiskrim. Ni siapa yang beli ni ? Iz minta pak ngah, eh ?" Bella sudah merapat pada anaknya.

"Ta... Az nak !" Hariz tunjuk pada abang kembarnya.

Bella pandang pula pada anak sulungnya. Wajah si kecil itu sudah berubah suram. Tercebik bibirnya dengan mata yang mula berkaca.

"Umi..."

Melihatkan itu, Bella tak sampai hati nak marah. Cepat betul hati keibuannya terusik.

"Along," panggil Bella.

Serentak tiga pasang mata di situ memandang Bella. Namun mata Bella laju menangkap sepasang mata hazel yang amat dikenalinya.

"Hmm ? Adik dah sudah beli barang dengan ibu ?" soal Nu'man.

Pantas Bella larikan matanya pada sang abang. Air liurnya terasa sukar ditelan.

"A-adik dah siap. Along, n-nak borak ke ?" soal Bella seraya cuba mengabaikan pandangan Hilman terhadapnya.

"Oh, takde lah. Nak balik dah ?" soal Nu'man lagi.

Bella mengangguk pantas.

"Oh, okay," Nu'man mengangguk mengerti.

Laju sahaja kepala Bella berpaling membelakangi abang sulungnya.

"Ya Allah, lamanya aku tak nampak dia. Apa jadi dengan dia tu ? Kenapa dia macam tu sekarang ?" soal Bella sendirian.

Hati Bella terusik dengan kehadiran jejaka yang amat ditunggu itu. Sebak dia rasakan apabila mereka kembali bersua muka.

Namun lebih sadis sebaik Bella melihat keadaan jejaka itu. Apa dah jadi sebenarnya ?

BELLA cuit bahu abang sulungnya yang asyik menonton tv. Entah rancangan apa yang menarik sangat.

"Hmm ? Kenapa, dik ?" Nu'man betulkan posisi duduknya di sofa.

Punggung Bella labuhkan di sebelah abangnya. Kepalanya berpaling ke kiri dan kanan, memerhati keadaan.

Macam spy pun ada.

"Apahal pula ni ?" soal Nu'man kebingungan.

Bella tayang sengih lebar. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Takde. Saja nak borak-borak dengan along," alasan diberi.

Nu'man mengangguk mengiyakan. Apa-apa saja lah adik bongsunya ini.

"Along, tadi first time jumpa ke ?" soal Bella perlahan seraya merapat pada Nu'man.

"Who ?" soal Nu'man pura-pura tidak mengerti

Bella berdecit perlahan. Dahinya dikerutkan.

"Don't ask lah. You know exactly who I mean to,"

Perlahan terukir senyum kecil di bibir Nu'man. Dia bagai dapat menghidu sesuatu di balik pertanyaan itu.

"Yes, our first met. Kenapa nak tahu sangat ni ?" soal Nu'man lagi.

"Takde lah. Saja tanya. Sebab adik tengok, keadaan Abang Hilman tu macam kesian. Kenapa dengan dia, long ?" soal Bella menutup gugupnya.

Nafas berat dihembus Nu'man.

"Dia accident bulan lepas. Doktor pula kata dia half paralyzed. So yeah," perlahan nada Nu'man bercerita.

Terangguk-angguk kepala Bella mengerti. Dia rasa simpati dengan nasib kawan abangnya itu.

"Kesiannya dia. Berat betul ujian dia," Bella luahkan rasa.

Nu'man mengangguk bersetuju.

"Kan. Dah lah dia nak kahwin bulan depan,"

Mata Bella automatik membulat besar. Kenyataan yang baru diberitahu oleh abangnya membuat jantung berdegup lebih laju.

"Hah ? Kahwin ?" terkejut Bella menyoal.

Nu'man angguk kepala.

"Dia dah bertunang lama dah, ada dalam 6 bulan macam tu. And dia sepatutnya kahwin bulan lepas, tapi cancel sebab dia accident. Tunang dia pula terpaksa bawa diri ke luar negara sebab ada kerja. Now, tunang dia tak tahu pun dia dah sedar,"

Retak seribu rasanya hati Bella mendengarnya. Hancur berkeping-keping hatinya itu.

"Kenapa tak bagitau tunang dia ?" soal Bella cuba menahan sebak.

"Dia kata sebab dia malu, dia dah cacat. Dia half paralyzed, jadi dia takut tunang dia tak boleh terima dia. At the same time, dia tak nak putuskan hubungan diorang sebab dia sayang sangat dengan perempuan tu," cerita Nu'man lagi.

Air mata Bella rasa seperti tidak dapat ditahan lagi. Hancur benar hatinya tatkala ini.

"Along, kenapa hidup adik selalu macam ni ?"

"Adik ?"

🤍 BERSAMBUNG...

[ 13 Februari 2024 , 16 : 47 p.m. ]

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now