Bella terjaga dari tidurnya apabila tangisan Hariz memecah suasana sunyi. Terpisat-pisat dia bangun seraya menggosok matanya.
Jam dinding dipandang. Belum pukul 6 pun. Tapi kenapa Hariz dah menangis ?
Bella segera berpaling ke kanan, menepuk-nepuk anak bongsunya yang makin kuat menangis.
"Shh, Iz sayang umi ni," pujuk Bella.
Hariz tiada tanda-tanda akan berhenti menangis. Terus Bella bawa budak itu ke dalam dukungannya.
"Eh !" terkejut Bella saat dia memegang kepala anak bongsunya itu.
"Subhanallah, demam rupanya anak umi ni," Bella usap kepala Hariz di dalam dukungannya.
Tubuh Hariz yang sedang meronta-ronta itu diletakkan kembali di atas katil. Dia kemudiannya berdiri dan segera melangkah menuju ke bilik air.
Air diisi di dalam sebuah besen. Sehelai kain di dalam almari yang sempat dicapainya dibasuh seketika.
Katil dituju. Besen itu diletakkan di atas meja sebelah katil. Kain tadi dicuci dan diperah untuk mengelap tubuh anak bongsunya.
Sesekali Bella memandang sekilas anak sulungnya yang masih nyenyak tidur.
"Bi..." ucap Hariz tiba-tiba.
"Hariz sayang, umi ada kat sini ya ?" pujuk Bella.
"A-bi..." sebut Hariz lagi.
Tangisannya makin perlahan namun bibirnya tidak henti menyebut 'abi'.
"Shh, tidur ya sayang ? Lailahailallah muhammadarasulullah..." dodoi Bella.
Sehingga akhirnya tepat selepas azan Subuh berkumandang, Hariz tertidur kembali.
TIDAK tenang hati Bella dibuatnya apabila mendapati kedua anak kembarnya mengalami demam panas.
Hariz yang meronta-ronta sejak bangun tadi, manakala Haraz pula masih lena tidur.
Pagi tadi, Bella sempat kehairanan ketika anak sulungnya tidak bangun lagi walhal hari sudah terang. Bila diperiksa semula, rupanya demam juga sang abang.
Jarang-jarang kembar sakit sekali. Biasanya, mesti salah seorang saja yang demam.
"Abang, jom makan," panggil Bella.
Hilman yang sedang mendodoi Hariz itu berpaling seketika. Memandang satu-satunya wanita yang sanggup menjadi isterinya di saat ini.
"Iz dah tidur ke ? Meh Bella letak dekat katil," ujar Bella.
Tak sempat Bella nak ambil Hariz dari dukungan Hilman, laju tangan kecil Hariz memeluk erat ayahnya. Buatkan Bella terkedu seketika.
"Takpe lah, aku boleh jaga dia. Jom lah makan," balas Hilman.
Bella serba salah melihat anaknya menempel sebegitu, tapi dia tak boleh buat apa. Kalau dipaksa lepas juga tu, mesti meraung anak bongsunya macam kena dera.
Akhirnya Bella tolak wheelchair Hilman ke meja makan. Nasi disendukkan ke dalam pinggannya.
"Boleh makan ke ni, abang ?" soal Bella risau seraya melihat kedua tangan Hilman kemas memeluk anak bongsunya.
Hilman mengangguk sahaja.
Tapi Bella hiraukan anggukan itu. Dia sendukkan nasi dan lauk dalam satu pinggan sahaja. Doa dibaca lalu tangannya mula menguis nasi.
"Abang, buka mulut," arah Bella bersama sesuap nasi di tangannya.
Hilman terkelu sebentar. Mulutnya dibuka, menerima suapan dari sang isteri.
YOU ARE READING
Takdir Yang Tertulis [HIATUS]
RandomBook 08 [hiatus] Start : 05 Julai 2023 End : - 🤍 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 Tertulis Takdir Kita 🤍 ♡︎ Hilman × Bella ♡︎ " Jangan persoalkan takdir , Allah sebaik - baik perancang " Nikah dengan orang yang kita suka ? Siapa jer tak nak kan . Opss , tapi itu d...