𝐓𝐘𝐓 34 : NEVER GIVE UP

40 7 0
                                    

Bella melangkah sambil menjinjing sebuah beg berisi bekas makanan yang dimasaknya sendiri menuju ke wad suaminya. Walaupun dia takut Hilman akan menolaknya lagi, tapi dia tetap berusaha supaya dapat menjaga suaminya dengan baik.

Senyuman manis dihadiahkan pada pesakit-pesakit lain di wad itu. Dari jauh, dia boleh melihat Hilman masih lena dibuai mimpi.

Bella senyum kecil. Beg diletak di atas meja lalu dikeluarkan satu persatu bekas makanan di dalamnya itu. Kali ini, dia memasak menu seafood.

"Assalamualaikum abang," Bella sentuh sedikit bahu Hilman.

Dan dengan senangnya lelaki itu terjaga dari lena walau dengan sentuhan kecil. Dia menggosok matanya sebelum mengalih pandangan ke kiri.

Susah-payah dia cuba duduk di atas katil itu. Bila Bella mahu membantunya, segera ditepis tangan itu.

"Aku dah kata kan, berambus. Aku tak nak tengok muka kau. Apa yang kau tak faham sangat ?" dingin suara Hilman.

Bella senyum kecil sahaja.

"Abang, Bella ada bawa makanan untuk abang. Bella nak minta maaf pasal semalam. Sebab tu hari ni Bella masakkan lauk seafood untuk abang," kata Bella seraya menunjukkan bekas-bekas makanannya.

"Ini pun Bella tanya mama. Mama kata, abang alergi ayam dengan telur. Jadi lepas ni, Bella takkan masak ayam dengan telur untuk abang dah," Bella buka penutup bekas makanan itu buatkan haruman makanan menusuk ke hidung.

Hilman terkedu. Pandangan segera dialihkan pada Bella.

"Kau bagitau mama, aku kat hospital ?" soal Hilman kasar.

Bella angguk polos buatkan Hilman ketap gigi menahan amarah.

"Apa hal kau bagitau dia ? Ada aku suruh, ke ? Tak payah nak buat mak ayah aku risau boleh tak ?" meninggi sedikit suara Hilman namun masih dikawal.

Terhinjut bahu Bella mendengarnya.

"Abang, Bella mesti lah kena bagitahu mama papa pasal keadaan abang. Bella tak tahu apa-apa dan Bella tak tahu mungkin akan ada something serious berlaku pada abang. Bella cuma ambil langkah berjaga-jaga," luah Bella.

Hilman meraup rambutnya kasar. Dijeling perempuan di hadapannya itu.

"Tak payah nak sibuk hal aku lah. Aku hidup ke, mati ke, kau tak payah ambil tahu. Pandai lah aku urus hidup sendiri," kata Hilman.

Rimas apabila Bella terlalu menjaganya hingga benda sekecil itu pun mahu dicerita pada ibu bapanya.

"Bella minta maaf kalau abang tak suka. Tapi, abang nak kan makan makanan Bella masak ni ?" soal Bella cuba mengubah topik.

Hilman pandang makanan itu seolah ianya terlalu jijik untuk dimakan.

Tiba-tiba datang seorang petugas yang mengedarkan makanan. Kebetulan dia melihat bekas makanan di atas meja, maka dia bertanya dahulu sama ada Hilman mahu atau tidak makanan itu.

"Bagi saya, cik. Tolong letak atas meja tu," Hilman tunjuk pada meja di hadapannya.

Bella pandang petugas itu dan senyum kecil. Kemudian, dia halakan pandangan pada Hilman.

"Blah, aku nak makan," Hilman cepat-cepat capai sudu dari pinggan makanan hospital itu.

Remuk hati Bella sebaik dia melihat Hilman makan makanan hospital tapi langsung tak usik makanan yang dia masak.

Sedangkan itu lauk ayam. Memang dia tak makan ayam tu, dia cuma ambil nasi dan sayur. Tapi kan Bella dah bawakan lauk. Apa salahnya makan nasi dengan lauk tu ?

"Oh btw abang, Bella dah dapat kebenaran untuk jaga abang kat sini," ceria Bella bercerita.

Terhenti terus pergerakan Hilman. Dia pandang Bella tidak percaya.

"Doktor kata sebab semua nurse kat sini perempuan dan diorang pun ada komitmen masing-masing, jadi doktor benarkan Bella jaga abang kat sini. Tapi abang jangan risau, Insya-Allah esok abang dah boleh discharge," Bella cerita buatkan Hilman terkejut.

Terus sudu dihempas kasar ke dalam pinggan lalu Bella dipandang sinis.

"Kau ingat aku budak-budak ke, nak jaga-jaga bagai ? Aku tahu lah jaga diri aku ? Kau tak payah menyemak dekat sini boleh tak ?" kasar suara Hilman menengking.

Bella terkejut dengan tengkingan itu serta-merta ingin menangis. Tapi ditahan dulu dirinya.

"Abang, Bella cuma nak jaga abang. Bella rasa bersalah sangat dah buat abang macam ni. Bella minta maaf," rayu Bella.

"Kau dengan maaf kau boleh berambus. Aku tak ingin," sedas dari Hilman.

Tapi Bella tetap Bella. Dia bukannya pergi, malah duduk di sebelah katil Hilman seraya mencapai phone miliknya.

AKHIRNYA Encik Hafiz dan Puan Fateema sampai ke hospital yang menempatkan anak sulungnya. Wad Hilman dituju.

Dari jauh terlihat Bella yang sedang sibuk mengurus fail suaminya yang baru ia dapat untuk appointment physiotherapy Hilman.

"Along ! Ya Allah, risau mama dibuatnya. Along okay tak ni ?" Puan Fateema terus memeluk anak lelakinya itu.

Bella tercengang seketika. Dia beralih jauh sedikit, memberi ruang pada mertuanya.

"Bella, Hilman macam mana sekarang ?" soal Encik Hafiz.

"Alhamdulillah, abang dah makin okay. Doktor kata esok dah boleh balik dah," jawab Bella.

Puan Fateema terpandang bekas-bekas makanan di atas meja yang masih belum disentuh. Dahinya berkerut pelik.

"Ini Bella masak, ke ?" Puan Fateema menghampiri bekas makanan itu.

"Haah. Bella masak seafood untuk abang," Bellagaru kepala yang tidak gatal.

"Sejuk dah ni. Along tak makan ?" soalan cepumas keluar dari bibir Puan Fateema.

Tidak sempat Hilman menjawab, Bella terlebih dulu memotong.

"Tak, mama. Sebenarnya, abang nak makan tu. Tapi tadi Bella sampai lewat sikit, abang dah makan nasi yang diorang bagi. Abang tak tahu pun Bella nak masak. Takpe, kejap lagi abang makan lah tu," jelas Bella.

Puan Fateema mengangguk sahaja. Dipandang lauk di dalam bekas makanan itu. Nampak menyelerakan betul. Rugi kalau tak makan ni.

Hilman pula terkedu. Dia beri pandangan tidak percaya pada Bella.

"Esok, Bella ambil Hilman ya ? Ke, nak papa tolong ?" soal Encik Hafiz.

"Eh, takpe lah papa. Esok, abang ada appointment physio dia. Insya-Allah, Bella boleh bawa abang," tolak Bella sopan.

Encik Hafiz angguk. Yakin dengan menantunya yang satu ini.

"Oh ya, kembar mana Bella ? Diorang tak ikut ?" Puan Fateema menyoal lagi.

"Kembar Bella tinggalkan dekat rumah ibu. Bella takut nak bawa diorang, takut tak sempat nak urus. Kembar dah lah buas. Kesian abang nanti kalau diorang kacau-kacau," cerita Bella.

"Oh, takpe lah kalau macam tu. Esok mama dengan papa pergi rumah ibu, tolong ibu jaga kembar. Mama pun rindu dengan cucu mama tu," kata Puan Fateema.

Bella ukir senyum kelat. Matanya perlahan bertembung dengan sepasang mata hitam yang merenungnya sejak tadi.

🤍 BERSAMBUNG...

[ 26 Februari 2024 , 11 : 25 a.m. ]

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now