𝐓𝐘𝐓 40 : CARING HUSBAND

68 5 0
                                    

Bella sudah tidak sabar lagi ingin pulang ke rumah ibunya. Teruja gayanya seraya mengemas beg baju milik Hilman.

Beg dia dan kembar sudah disiapkan malam tadi. Rela dia tidur lewat kerana terlalu gembira setelah Hilman membuat keputusan untuk pulang ke rumah Puan Qamar.

Beg baju Hilman dibawa keluar lalu pintu bilik ditutup. Terukir senyum Bella tatkala dia terpandang ke ruang tamu. Di situ, ada Hilman yang sedang mendodoi kedua anak kembarnya sehingga tertidur pulas di atas sofa.

Langkah diatur ke arah pintu yang sedia terbuka. Beg-beg baju yang sudah tersedia Bella masukkan dahulu ke dalam kereta. Lantas diri dibawa masuk semula ke dalam rumah usai selesai.

Nampak sahaja kelibat Bella, terus Hilman bersuara.

"Masukkan kembar dulu dalam kereta," arah Hilman sebelum sempat Bella menghampirinya.

Macam tak tahu Bella, apa-apa mesti dahulukan dia sebagai seorang suami. Kadang sampai Hilman kena suruh, baru lah Bella dahulukan anak-anaknya.

Bella angguk kecil. Lalu dia angkat Haraz terlebih dahulu.

Sementara Hilman berpaling. Dia ingin melihat keadaan rumah sebelum meninggalkannya. Pantas wheelchair nya dibawa ke dapur.

Siap dengan Haraz, Bella masuk semula dan angkat Hariz pula. Elok sahaja dua bayi lelaki itu tidur di dalam car seat baby.

"Abang ?" panggil Bella.

Hilman berpaling. Bella menghampirinya seraya menolak wheelchair itu keluar dari rumah.

"Kunci pintu dulu," Hilman bersuara.

Bella angguk. Dia kunci pintu sambil Hilman memandangnya untuk memastikan Bella sudah kunci pintu dengan baik.

Kemudian Bella bantu pula Hilman masuk ke dalam kereta. Wheelchair nya diletakkan di bahagian bonet kereta.

Akhirnya Bella memboloskan diri ke dalam kereta. Enjin yang sudah dihidupkan sedari tadi membuatkan kereta tersebut berasa sejuk. Terbit rengekan kecil dari Haraz dan Hariz.

"Selimutkan lah tu, sejuk," ujar Hilman.

Bella angguk. Selimut di antara Haraz dan Hariz dia capai lalu dibentangkan buat anak-anaknya.

"Dah, jom gerak. Bismillah,"

BELLA pandang ke arah side mirror nya. Kelihatan kereta mula membanjiri jalan raya yang tadinya lengang. Sekilas jam di tangan dipandang.

"Patut lah pun, lunch hour dah," gumam Bella sendiri.

Tiba-tiba Haraz bergerak sedikit. Matanya dikelip-kelip, cuba untuk dibuka.

"Umi..." panggil Haraz yang masih mamai.

"Eh, sayang umi. Kenapa bangun, Haraz sayang ?" soal Bella lembut.

"Az nak... shushu..." tangan Haraz terkapai-kapai cuba mencapai sang ibu di hadapan.

Jeda seketika. Bella terfikir, bagaimana dia hendak memberikan botol susu pada anak sulungnya itu dalam keadaan dia sedang memandu begini ? Nak diminta tolong dengan sang suami, sudah lena pula.

"Haraz sayang, sekejap eh. Sekejap jer lagi, nanti umi bagi susu," pujuk Bella seraya cuba mencari petrol pump berdekatan.

"Nak... shushu..." tidak semena-mena Haraz menangis kuat.

Buatkan Hariz di sebelah turut terjaga dan menangis sama akibat terkejut.

Bella terkelu seketika. Kedua anaknya kini sudah terjaga dan sedang menangis di belakang, sementara dia tidak boleh berbuat apa-apa.

"U-mi ! Shushu !" teriak Haraz.

Hariz menangis lebih nyaring akibat dia terganggu dengan tangisan abangnya tadi. Makin bingit lah suasana dalam kereta itu sehingga menyebabkan Hilman sendiri terjaga.

"Abang..." panggil Bella perlahan.

Hilman berpaling, memandang anak-anaknya yang sedang menangis di belakang.

"Kenapa ni ?" soal Hilman seraya menggosok matanya.

"Haraz nak susu, tapi saya tengah drive ni. Tak sampai pula nak ambilkan susu dia. Terus dia menangis tadi. Hariz pun terbangun sebab terkejut," ujar Bella.

Hilman hela nafas perlahan.

"Kenapa tak kejut aku ?" soal Hilman lalu terus berpaling ke belakang.

Botol susu di bahagian beg Haraz dicapai dan terus disua pada anak sulungnya. Laju tangan kecil itu menangkap botol susu dari sang ayah.

Haraz sudah diam seraya meminum susu, giliran Hariz yang masih menangis kuat. Dia mencapai tangan Hilman dan ditarik-tarik.

"Abi ! Nak... abi !" rengek Hariz.

Bella pandang side mirror untuk lihat anak bongsunya. Habis lah, kalau Hariz bangun dan merengek, memang dia nak duduk dengan abi dia.

Nasib baik akhirnya ada petrol pump di sebelah kiri jalan. Terus Bella beri signal ke kiri dan masuk lalu parkir di ruangan kosong hujung sebelah tempat pam tayar.

Bella keluar dari kereta dan terus membuka pintu belakang. Haraz dia pastikan dalam keadaan baik-baik sambil bayi itu meminum susunya. Hariz pula Bella angkat dari car seat baby.

"Abang, tolong kunci pintu sekejap," pinta Bella lembut.

Tanpa menunggu balasan Hilman, terus sahaja pintu ditutup. Bella mengorak langkah ke dalam kedai bersama Hariz di dalam dukungannya yang mula bertenang.

Tidak lama kemudian, muncul kelibat Bella dan Hariz bersama satu plastik merah di tangan Bella menghampiri kereta. Hilman terus unlocked pintu dan biarkan Bella memboloskan diri ke dalam kereta.

"Abi..." terkapai-kapai tangan Hariz ingin mencapai sang ayah.

"Iya, sayang abi ni. Sini, sayang," Hilman hulurkan tangannya supaya Hariz sambut.

"Abi..." Hariz ketawa suka.

Leher sang ayah dipeluk erat seraya dia sembamkan wajahnya di bahu Hilman. Ketawa-ketawa kecil dan comelnya masih kedengaran.

"Abang mesti lapar, kan ? Makan roti dulu, eh ? Nanti sampai rumah ibu, Bella masak makan tengah hari," Bella suakan roti yang sudah dibuka pada Hilman.

Hilman diam. Dipandang Bella dan roti itu silih berganti.

"Kenapa ? Abang tak makan roti ni ke ?" entah kenapa Bella tiba-tiba dipaut rasa sedih.

Melihatkan itu, Hilman jadi serba salah.

"Kau makan lah. Kau nak drive nanti," ujar Hilman.

"Abang kan pegang Hariz ni. Nah, Bella suapkan," ceria Bella menyua kembali roti di tangannya.

Akhirnya Hilman makan segigit. Selebihnya dia suruh Bella makan. Alasannya, Bella nak drive kejap lagi. Dia kalau nak roti tu, dia boleh makan bila-bila jer. Pegang Hariz, setakat satu tangan pun boleh.

Dad will be dad !

🤍 BERSAMBUNG...

[ 06 JUN 2024 , 11 : 33 a.m. ]

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now