𝐓𝐘𝐓 12 : RUMAH IBU

31 6 0
                                    

Nu'man dan Nurhan melipat sejadah mereka lalu digantungkan di dalam rak. Sejadah Puan Qamar turut dicapai oleh Nurhan.

"Bila lah adik nak balik, kan ? Rindu ibu dekat adik," suara Puan Qamar memecah suasana sunyi.

Nu'man dan Nurhan berpandangan. Benar, mereka juga rindu pada adik bongsunya yang seorang itu.

"Ibu, dia selalu cakap nak balik. Tapi takde orang nak hantar. Kesian dia," ujar Nu'man.

"Ibu kalau boleh pergi tengok dia, ibu dah pergi tengok dah. Ini tidak, rumahnya dah lah jauh. Ibu pun tak larat dah," mendung wajah Puan Qamar.

Keluhan berat dilepaskan. Rindu yang tidak berpenghujung.

Semenjak Bella keluar dari rumah, suasana jadi sunyi. Kadang-kala kedengaran bunyi gelak tawa mereka bergurau di dapur.

Tapi bila Nu'man dan Nurhan keluar bekerja, semuanya sunyi. Puan Qamar keseorangan.

"Dah lah ibu, jom kita keluar. Nanti kita free kita video call adik, ya ?" cadang Nurhan.

Puan Qamar mengangguk. Langkah turut di atur menuju ke dapur, ingin membuat sarapan untuk mereka.

"Kitorang pergi siap dulu tau, ibu," pamit Nu'man dan Nurhan serentak.

"Yelah," balas Puan Qamar tenang.

Selesai Puan Qamar membasuh pinggan, dia melangkah ke ruang tamu melihat dua anak terunanya.

"Along dengan angah nak pergi dah, ke ?" soal Puan Qamar.

"Along pergi lewat sikit pun takpe," Nu'man melipat kemejanya ke paras siku.

"Angah pun. Hari ni free sikit sebab appointment customer banyak semalam," selit Nurhan pula.

Puan Qamar mengangguk. Dia terpandang ke arah pintu utama.

"Kenapa ibu ?" soal Nurhan pelik.

"Tak, semalam ibu ada dengar bunyi dari pintu masuk ni," Puan Qamar cuba mengingat sesuatu.

"Semalam ? Bila ibu ?" soal Nurhan lagi.

"Dalam pukul 3 pagi macam tu ? Rasanya lah. Sebab ibu turun ke dapur nak minum air. Ibu tak berani lah nak buka, dah ibu seorang," cerita Puan Qamar lagi.

Nu'man dan Nurhan berpandangan. Bunyi apa pula ni ?

"Biar along pergi tengok lah," putus Nu'man.

Puan Qamar mengangguk sahaja. Membiarkan anak sulungnya pergi ke pintu untuk memeriksa keadaan.

Clerkk

Pintu dibuka luas. Kepalanya dijengah keluar. Seketika sebelum pandangan Nu'man jatuh ke bawah.

"Astaghfirullahalazim, ibu sini !" teriak Nu'man.

Berlari kecil Puan Qamar dan Nurhan ke arah pintu. Ingin melihat apa yang dilihat Nu'man.

"Ya Allah, adik !" Puan Qamar menghampiri Bella yang sedang tertidur di hadapan pintu rumahnya.

Terpisat-pisat Bella bangun selepas keriuhan menyapa pendengarannya.

"Adik, kenapa ni ?" soal Puan Qamar.

"Hmm ? Ibu..." Bella peluk ibunya erat.

Terdiam Nu'man dan Nurhan memandang adiknya. Macam mana Bella boleh tiba-tiba ada depan pintu ni ?

Usai Bella makan, pinggan di angkat dan di letakkan ke dalam sinki.

"Tinggal jer situ, dik. Nanti ibu basuh. Adik meh sini duduk dengan ibu," panggil Puan Qamar.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now