Clerkk
"Assalamualaikum adik," salam diberi sebaik Nu'man dan Nurhan melangkah masuk ke dalam.
Terhenti ketawa Bella. Serentak dia dan Hariz memandang ke arah pintu.
"Waalaikumussalam. Along, angah. Lambatnya datang," muncung sedepa Bella dibuatnya.
Kedua jejaka itu tersengih. Mereka menghampiri katil Bella.
"Alololo, sorry lah dik. Jalan jammed tadi," Nurhan mencubit pipi adiknya.
Bella apa lagi, makin memuncung lah.
"Ish, dah lah lambat. Sampai-sampai nak cubit pipi orang pula. Baik angah kutip budak ni balik," Bella tunjuk pada Hariz di sebelahnya.
"Eh hello ? Siapa yang Kak Bella panggil budak, hah ? For your information, kita beza tiga tahun jer eh," ujar Hariz tidak berpuas hati.
"Oh yeah ? But you're still underage kid," sinis Bella memerli.
Hariz menjeling ke arah kakak iparnya. Cepuk kang.
"Ish, yelah dia jer betul. Kita semua salah," Hariz berpeluk tubuh.
Wajahnya cemberut habis. Tak puas hati punya pasal.
"Eh, dah lah. Korang ni, macam budak-budak. Both of you still a kid," celah Nu'man.
"Mana ada !" serentak mereka menuturkan ayat itu.
Nu'man sudah angkat kening pada Bella. Manakala Nurhan pula pada Hariz.
Hariz roll eyes dan terus pandang tempat lain. Tak sukanya orang panggil dia 'budak' !
"Riz, korang stay sini ke ? Atau lepas ni nak gerak balik terus ?" soal Nu'man seraya melabuhkan punggung di sebelah katil Bella.
Buah apple yang dibawa olehnya diambil dan dimakan selamba. Ceh, buah tangan untuk orang sakit ke untuk alas perut dia ?
"Eh, apple adik !"
Nu'man tak hiraukan adiknya. Fokus kini pada Hariz.
"Hah ? Hariz tak tahu lah. Abah kata nak sewa dulu mana-mana hotel terdekat malam ni. Esok baru cari hotel yang selesa sikit," jawab Hariz jujur.
"Eh, stay rumah ibu jer lah. Lagi pun, ada satu bilik kosong," ajak Nu'man.
Pftt, ajak macam rumah dia.
"Eh, takpe ke ? Ibu okay ? Nanti ibu tak selesa pula," kata Hariz ragu-ragu.
Nu'man berfikir sejenak. Ada betulnya juga. Tapi, kalau ibu tahu ni pun mesti ibu akan ajak besannya tidur di rumahnya.
Tok tok
Clerkk
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam. Ha ibu, panjang umur," Nurhan menyapa.
"Hah ? Kamu berbual pasal apa pula ni ?" Puan Qamar menghampiri katil anaknya diikuti Encik Haiqal.
"Takde, ibu. Kalau abah dengan Hariz stay rumah kita jer, boleh kan ? Ibu okay tak ?" laju Nurhan menyoal.
Tidak sempat Nu'man ingin bertanya. Cepat saja sang adik memotong.
"Eh, ibu takde masalah. Duduk lah dalam bilik tetamu tu. Katilnya pun luas kan ?" Puan Qamar mengangguk setuju.
Encik Haiqal memandang anak terunanya sekilas sebelum wajah besannya dipandang.
"Eh Mar, takpe lah. Kami cari jer mana-mana hotel untuk tidur malam ni. Esok baru kami cari hotel selesa sikit. Kami ingat nak stay sini dalam seminggu macam tu," tolak Encik Haiqal.
YOU ARE READING
Takdir Yang Tertulis [HIATUS]
RandomBook 08 [hiatus] Start : 05 Julai 2023 End : - 🤍 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 Tertulis Takdir Kita 🤍 ♡︎ Hilman × Bella ♡︎ " Jangan persoalkan takdir , Allah sebaik - baik perancang " Nikah dengan orang yang kita suka ? Siapa jer tak nak kan . Opss , tapi itu d...