Tup
Bella tutup pintu bilik Hilman lalu melepaskan keluhan kecil. Dia nampak betapa kecewanya lelaki itu setelah disindir tadi.
Kini dia ingin membuka langkah ke dapur untuk memasak. Perut sudah meronta minta diisi.
"Umi ! Umi ! Ma-in !" teriak Hariz seraya berlari ke arahnya.
Sementara Haraz sibuk menonton cerita kartun di televisyen. Sengaja Bella pasang kartun supaya kembar tidak menganggunya memasak nanti.
"Iz, tak boleh sayang. Umi nak masak ni, kesian abi belum makan," tegur Bella lembut.
Cemberut wajah Hariz memandang ibunya.
"Iz nak ma-in ! Umi..." ajak Hariz lagi.
Ditarik-tarik tangan Bella supaya main bersamanya.
"Hariz sayang, umi nak masak kejap. Awak pergi lah tengok kartun dengan abang awak tu," Bella melutut menyamai ketinggian anaknya.
"Iz nak umi..." terkapai - kapai tangan Hariz memujuk ibunya.
Bella mengeluh kecil. Dia mendukung Hariz lalu berjalan ke arah ruang tamu menghampiri anak sulungnya.
"Az sayang, tolong umi jaga adik ni. Umi nak masak," panggil Bella.
Haraz berpaling. Memandang adiknya yang sedang meronta-ronta tidak ingin dilepaskan oleh sang ibu.
"Okay umi," pantas Haraz bangun.
Dia menghampiri si adik seraya memeluk tubuh kecil itu.
"Iz tak nak, umi nak macak," pujuk Haraz.
"Iz nak umi..." menangis Hariz di pelukan Haraz.
Bella sudah bangun namun kakinya dipaut oleh Hariz. Si Haraz pula sedaya-upaya memujuk adiknya.
"Adik takmo la..." pujuk Haraz.
Bella mengeluh. Dia menyamai ketinggian anak-anaknya.
"Iz, Iz kenapa ni sayang ? Kan umi kata nak masak, abi awak lapar. Iz main dengan Az dulu boleh ?" pinta Bella lembut.
Laju kepala Hariz menggeleng. Leher ibunya dipeluk erat.
Sekali lagi keluhan kecil keluar dari bibirnya.
"Takpe lah Az, Az tengok kartun ya ? Umi pergi dapur masak kejap, Iz umi bawa," ujar Bella.
Haraz angguk namun mukanya jelas serba salah.
"Ma-af umi," pinta Haraz sayu.
Bella senyum kecil.
"Takpe sayang. Dah, Az tengok kartun ya ?" pujuk Bella.
Kenal sangat perangai anak sulungnya yang cepat rasa bersalah namun mudah meminta maaf.
"Okay umi,"
BELLA hidangkan lauk di atas meja. Sebuah pinggan berisi nasi dan lauk diasing dan diletakkan di dalam dulang. Kemudian, dia pergi ke ruang tamu sebentar untuk melihat keadaan anak-anaknya.
"Umi," panggil Haraz sebaik terlihat kelibat ibunya.
Kaki sang ibu dipeluk. Rindu.
Bella ukir senyum kecil. Di usap perlahan bahu anak sulungnya seraya memandang adik bongsu yang sedang terlena di sofa.
"Az dah lapar ke ?" soal Bella.
Haraz angguk seraya mencebik kecil.
"Az sayang, Az boleh tunggu umi kejap ? Umi nak bagi abi makan dulu, boleh ?" pinta Bella lembut.
YOU ARE READING
Takdir Yang Tertulis [HIATUS]
RandomBook 08 [hiatus] Start : 05 Julai 2023 End : - 🤍 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 Tertulis Takdir Kita 🤍 ♡︎ Hilman × Bella ♡︎ " Jangan persoalkan takdir , Allah sebaik - baik perancang " Nikah dengan orang yang kita suka ? Siapa jer tak nak kan . Opss , tapi itu d...