𝐓𝐘𝐓 37 : BEREBUT

47 5 0
                                    

Bella ukir senyum lebar seraya menyuap nasi pada anak sulungnya yang sibuk bermain dengan Hilman. Banyak betul mulutnya bercerita.

"A-bi !" panggil Haraz dengan mulut penuhnya.

"Az sayang, kunyah dulu dalam mulut tu baru bercakap," tegur Bella lembut.

Sengihan Haraz tayangkan pada ibunya. Dia mengunyah nasi di dalam mulut sambil tangannya tidak duduk diam menyentuh sang ayah.

"Umi..." satu suara muncul di muka pintu.

Serentak tiga kepala berpaling ke arah pintu bilik Hilman. Terlihat satu susuk tubuh yang sedang berdiri dengan kereta mainannya di tangan.

"Umi..." Hariz yang baru terjaga dari lenanya menggosok mata.

Kaki kecilnya dibawa melangkah ke arah katil sebelum sedaya-upaya memanjat katil tersebut.

"Abi..." Hariz selamba menolak Haraz dan duduk di samping Hilman.

Buatkan Bella ternganga seketika. Alahai anak, selamba dia tolak si abang.

"Iz !" marah Haraz.

Bella sudah pening kepala. Ini silap hari bulan boleh bawa gaduh.

Hariz makin ketatkan pelukan pada Hilman. Dia tak pedulikan sang abang yang sedang merenungnya dengan pandangan maut.

"Iz... kenapa buat abang macam tu ?" Bella akhirnya bersuara.

Bila Bella dah bersuara, maka Haraz datang menempel pula pada Bella, ingin mengadu.

"Iz nak, abi," jawab Hariz perlahan.

Hilman diam. Pandangan ia jatuhkan pada Hariz kemudian pada Haraz yang sudah berkaca matanya.

"Umi... Az nak..." Haraz tunjuk pada Hilman.

Bella buntu. Sudah, berebut abinya lah pula ni.

"Iz sayang, umi ajar apa ? Good ke no good apa yang Iz buat pada Az tadi ?" soal Bella tegas.

Hariz menunduk. Kemudian mendongak memandang wajah abinya.

"Abi... umi ma-rah..." Iz sembamkan wajah pada lengan Hilman.

Bella lagi rasa pening kepala. Ya Allah, bila masa pula dia marah ni ?

"Dah, Az sini dekat umi. Kita sambung makan. Abang nak makan lagi tak ?" soal Bella pada suaminya.

Hilman geleng kecil.

"Okay, Az sini makan,"

"Ha umi ! Iz nak..." Hariz tiba-tiba bangun sebelum menghampiri uminya.

"Eh, tadi awak nak peluk abi awak kan ? Pergi peluk sana, umi nak bagi abang awak makan," usik Bella.

Hariz apa lagi, berkaca matanya memandang sang ibu. Dia pandang abinya sekilas sebelum memandang uminya.

"Umi... Iz nak... la-par," rengek Hariz.

Dia duduk di hadapan Bella. Dengan mata bulatnya yang berkaca.

"Jawab umi dulu. Tadi apa yang awak buat dekat Az tu, good ke no good ?" soal Bella lagi.

"No good umi..." tertunduk kepala Hariz.

"Jadi umi kata, kalau no good kena ?" ketawa Bella tahan melihat gelagat anak bongsunya.

"Ma-af..."

"Kenapa cakap dekat umi ? Iz buat salah dekat siapa ?" sarkastik soalan Bella.

Hariz merangkak ke arah abangnya. Tangan dihulur tanda ingin meminta maaf.

"Az, Iz ma-af," penuh rasa serba salah Hariz meminta maaf.

Haraz salam kembali. Senyuman dilebarkan sebelum dia mengusap mata Hariz yang berkaca.

"Umi, dah," Hariz pandang pada Bella.

"Good boy. Macam ni lah anak-anak umi," puji Bella.

Keduanya tersenyum suka.

Hariz bangun dan berdiri di atas katil seraya menarik Haraz sekali. Dia berjalan berhati-hati dan akhirnya duduk di bahagian kanan Hilman.

Sementara Haraz duduk di bahagian kiri Hilman. Kedua budak kecil itu kini mengapit sang ayah. Suka betul mereka dengan Hilman.

Bella senyum nipis. Suka tengok Haraz dan Hariz yang makin lama makin erat hubungannya dengan Hilman.

"AKU nak keluar," ujar Hilman tatkala Bella sedang melipat sejadah usai solat Maghrib berjemaah.

"Hmm ? Keluar ?" soal Bella pelik.

Hari sudah malam. Ke mana pula sang suami mahu keluar ?

"Abang nak keluar ? Dah malam ni. Abang ada janji dengan sesiapa ke ?" soal Bella lagi.

Hilman berdecit halus. Kepala digelengkan.

"Siap jer lah. Bawa anak-anak sekali. Kau boleh tak drive malam-malam ?" arah Hilman.

Bella angguk kecil. Ragu-ragu.

"Pergi lah siap cepat. Aku bagi masa 15 minit jer," ucap Hilman senada.

Tanpa kata, Bella terus berlari kecil keluar dari bilik suaminya. Eh, 15 minit 3 orang bersiap ?

Fuh, memang memecut lah Bella jawabnya.

SELEPAS parkir kenderaan, Bella jatuhkan pandangan ke arah kiri. Merenung sang suami yang masih diam sedari tadi.

"Abang ?" panggil Bella.

"Mana ni, umi ?" Hariz mencelah.

Haraz dan Hariz keduanya memandang ke arah kiri dan kanan.

"Keluar," sepatah Hilman memberi arahan.

Bella menurut. Dia buka seatbelt dan terus keluar. Wheelchair Hilman dicapai. Perlahan dia bantu suaminya duduk di atas wheelchair.

Pintu belakang kereta turut dibuka. Si kembar terus terjun keluar kereta dan menghampiri abinya.

"Abi... wat apa ni ?" petah Hariz bertanya.

Haraz pula cuma mengangguk mengiyakan kata-kata sang adik.

"Haraz dengan Hariz jalan-jalan nak ?" soal Hilman lembut pada kedua anak itu.

Kembar sudah melompat teruja. Jalan-jalan ? Itu adalah hal yang paling disukai kembar.

Tapi tunggu lah nak balik nanti, ada jer ragam dia. Ada jer akal panjang bagi alasan supaya lama-lama dekat situ.

"Jadi, sebabkan Haraz dengan Hariz dah jadi good boy, abi bawa jalan-jalan ya ?" Hilman peluk Haraz dan Hariz di hadapannya.

"Yeay ! Jalan !" teriak kembar.

Hilman pandang pada Bella sekilas. Dia nampak senyuman paksa yang cuba diukir Bella.

Tapi takpe, dia mungkin akan buat senyuman itu berubah sebentar lagi.

"Abang nak pergi mana dulu ni ?" Bella bersuara menutup gugupnya.

"Kedai baju," jawab Hilman.

Bella angguk kecil. Dia gamit anak-anaknya supaya jalan beriringan dan tidak terlalu jauh.

Risau pula bila si kembar terlebih teruja. Macam-macam benda boleh jadi.

🤍 BERSAMBUNG...

[ 08 April 2024 , 21 : 22 p.m. ]

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now