Bab 2

579 14 2
                                    

Nasi lemak 2 bungkus uncle." Pinta gadis itu. Zack memandang ke arah gadis itu.

"Weh boss jodoh kau lah." Ujar Zack kepada Rizzkey yang sedang khusyuk makan roti canainya itu. Lelaki itu terus memandang ke arah yang ditunjuk Zack tersbut. Kelihatan Fea sedang membeli nasi lemak.

"Nah kau bayar pastu balik ah naik teksi ke apa. Pape roger." Rizzkey memberi 2 keping not berwarna ungu kepada Zack lalu terus memasukkan roti canai itu ke dalam mulutnya. Sumpah tak rilek. Zack akur sahaja.

"Caw." Rizzkey menepuk bahu Zack sambil tersenyum lalu berlalu pergi mengikut Fea. (Sempat cuci tangan dulu ya everything).

Fea menelan liur apabila terasa ada yang mengikutnya.

'Tolonglah, kalini je! Bagi aku balik dengan aman!' Jerit batin Fea. Dia sungguh penat ingin hadap lelaki-lelaki jahat lagi.

Tangannya direntap menyebabkan gadis yang sudah hilang kesabaran itu terus menampar wajah Rizzkey. Dia tidak ingin diganggu lagi. Tolong faham.

Lepas!" Fea menarik tangannya kasar tetapi Rizzkey tidak melepaskannya. Lelaki itu malah tersenyum.

"Awak ni sape ah?! Apehal asyik kacau saya?!" Teriak Fea emosi. Dia cukup benci dengan lelaki yang sering mengganggunya ini walaupun mereka baru jumpa semalam.

"Nasi lemak tu untuk sape?" Lain pula yang dibahas Rizzkey ni. Fea mengerutkan dahinya. Apa tak sakit ke aku tampo tadi?

"Untuk saya lah!"

"Apehal dua? Satu untuk bapak engkau?"

"Suka hati sayalah nak makan berapa banyak pun. Ish lepaslah!" Fea menarik tangannya kuat tetapi tidak memberi sebarang efek pun kepada Rizzkey. Lelaki itu malah tersenyum kepadanya.

"Dah-dah, ce diam." Arah Rizzkey dengan suara yang lembut menyebabkan Fea pun berhenti meronta. Rizzkey merapatkan wajahnya dengan wajah Fea. Gadis itu laju menarik muka. Jantungnya berdegup laju.

"Orang tua tu memang tak sayang nyawa eh? Aku dah cakap aku pukul dia dua kali ganda kalau dia pukul kau. Haha tak sabar nak jumpa ajal agaknya." Rizzkey tersenyum senget. Lebam di wajah Fea itu benar-benar mencabar kesabarannya. Wajah Rahman bagaikan ingin dihancurkan sekarang juga.

"J- jangan apa-apakan ayah saya. Saya tak kenal awak siapa dan saya tak tau apa motif awak buat semua ni tapi saya harap sangat awak jauhkan diri daripada saya dan ayah saya. Jangan ganggu kami lagi. Sebelum saya report polis." Ugutan Fea itu membuatkan Rizzkey memandangnya datar. Wajah yang sentiasa tersenyum itu kelihatan sangat menyeramkan apabila memandangnya begitu. Wajahnya datar dan tiada riak. Fea sampai menelan liur.

"Asal kau nak jaga sangat orang tua tu? Dia pukul kau kot." Tanya Rizzkey tak puas hati. Fea diam sahaja. Tiada guna dia memberitahu kepada lelaki yang tidak dikenalinya ini.

"Jawablah." Lembut sahaja suara itu mengarah. Entah nak seram ke tak.

"Saya tak kenal awak. Takde guna saya bagitau awak sebabnya. Eh, boleh tak kalau awak tak payah ganggu saya? Saya pelik betullah!" Fea terus mengutarakan ketidakpuasan hatinya.

"No, kau yang masuk dalam hidup aku dulu. Kau ingat boleh keluar sesenang je ke?"

"Bila masa pulak saya masuk dalam hidup awak ni? Semalam saya lalu taman tu sebab nak balik rumah. Awak yang tetiba sepak bola tu kat saya lepastu suruh saya main. Masih salah saya lagi ke?"

"Tak. Salah takdir lah. Sape suruh jumpakan aku dengan kau. Kau kena terima jelah."

"Wha- okay macam ni, saya urus hidup saya. Awak urus hidup awak. Antara kita tak ada apa-apa. Kita tak kenal. Okay? Now lepas."

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now