Bab 14

409 11 43
                                    

Fea memeluk perutnya sendiri. Sakit di perutnya sangat menyengat. Rasa macam nak meletop. Fea tidak suka rasa ini, period pain. Jarang kena tapi bila dah kena sakitnya astaghfirullah. Dia tidak kuatt:(

"Fea, kenapa?" Kedengaran suara Rizzkey yang seperti risau. Dalam keadaan begini, Fea rasakan semua benda sangat annoying. Suara lembut Rizzkey itupun tidak masuk dalam hatinya. Emosi ni emosi.

"Sakit perut ke?" Rizzkey menarik Fea supaya berbaring menghadapnya. Dia menyandarkan kepala Fea di lengannya. Fea tidak menjawab malah memegang kemeja Rizzkey kuat. Member stres tahan sakit.

"Mana sakit?" Rizzkey tolong mengurut perut Fea. Fea menarik tangan Rizzkey supaya urut ditempat yang betul. Hah, adalah nyaman sikit walaupun masih menyengat rasanya.

Fea mengeluh apabila rasa sakit itu tidak juga hilang. Rasa macam nak pengsan woo.

"Bawa air dengan panadol, Fea sakit." Kedengaran suara Rizzkey bercakap pada telefon. Setelah beberapa minit, seorang maid perempuan mengetuk pintu dan masuk bersama segelas air dan beberapa biji panadol lalu diletakkan di atas meja. Dia keluar selepas itu dan menutup pintu semula. Rizzkey berhenti mengurut Fea lalu mengambil gelas dan panadol itu.

"Duduk jap makan ubat." Rizzkey membantu Fea untuk duduk. Fea dengan susah payahnya duduk lalu menelan panadol yang diberi Rizzkey itu. Dia minum air lalu berbaring semula. Harap-harap cepatla panadol ni bertindak. Dia sudah sangat tersakiti ni.

"Kau salah makan ke?" Inilah dia lelaki yang tak pernah hidup dengan perempuan. Tak peka dia guys. Kecam dia kecam. Fea hanya mampu menggeleng.

"Habistu kenapa? Nak pergi hospital? Kite suruh doktor cek." Biasanya kalau sakit perut, keracunan makanan aje sebabnya. Tak pun salah makan ataupun gastrik. Pasal makanan lah kebiasaannya.

"Tak payah." Fea geleng kepala stres. Please la diam bro, saya amat sensitif sekarang ni.

"Macam mana nak tau kau sakit apa? Kalau teruk macam mana?" Lain kali bijak sikit bang.

"Senggugut la." Dipukul tangan Rizzkey geram. Dia memang tak nak bagitau, tapi mamat ni lembap sangat. Apa boleh buat la?

"Hah? Macam mana nak rawat ni?" Rizzkey tak sangka senggugut akan sesakit itu. Fikirnya sakit perut biasa sahaja.

"Baik awak diam." Stres ni. Rizzkey yang tidak tahu apa salahnya hanya mampu diam seperti yang disuruh Fea. Dia sambung mengurut. Sian bini teman. Fea tertidur semula setelah lama merasakan kesakitan yang luar biasa itu.

Tidak sedar yang dia sudah lambat untuk ke sekolah.

...

"Unclee!!"

Rizzkey mengeluh. Kalau budak kecik Nisya ni masih ada, bapak budak ni pun mesti ada. Semalam dah kata nak berambus. Malas dah Rizzkey asyik nampak batang hidung kembar sendiri wkwk.

Nisya berlari kebelakang Rizzkey lalu memeluk kaki lelaki itu sebagai pelindungnya. Kena kejar dengan Fea. Yang sekarang ni, Rizzkey nampak Fea memang macam bocah. Berlari tak hengat dunia. Biasalah, Fea suka budak. Dia sanggup buat apa-apa untuk bermain dengan budak dan membuat mereka gembira. Dia tahu, semua budak mesti suka bermain. Dia juga begitu dulu (sekarang pun sama hokhok).

Nisya ketawa bagai nak gila apabila Fea dapat mengusiknya. Ditariknya seluar Rizzkey brutal. Bergoyang-goyang mamat tu dibuatnya. Dengan Fea yang tidak sengaja asyik menolaknya kerana ingin menarik Nisya. Stres Rizzkey dibuatnya. Tapi still rasa nak ada anak tu masih ada awogaa.

"Uncle tolong Nisya!" Dia minta tolong la pulak.

"Hahaha nak lari manee." Fea rasa nak ketawa macam orang tak waras melihat Nisya yang begitu 'takut' diusiknya.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now