Bab 35

277 10 3
                                    

Rizzkey membuka pintu bilik itu. Dia memandang Fea yang berbaring membelakanginya di atas katil itu. Dia mengambil tempat di sebelah Fea.

Familiar. Rasanya dia pernah berada dalam posisi ini sebelum ini. Rizzkey baring lalu merapatkan diri dengan Fea. Dia memeluk isterinya itu dari belakang. Dapat dia rasa Fea gerak sedikit mungkin sebab terkejut. Belum tidur mati rupanya. Masih tidur hidup lagi.

Fea pusing menghadap Rizzkey. Wajah tampan suaminya itu dipandang. Rizzkey pula sudah dup dap dup dap apabila Fea memandangnya. Wajah lelaki itu memerah. Lah engkau, baru sikit dah blaseng. Fea cium tapak tangan sendiri lalu diletakkan tangannya itu di dahi Rizzkey.

"Nice dream, dear." Ucap Fea meniru ayat Rizzkey untuknya yang dahulu lalu menutup matanya. Sebelum tidur, maafkanlah dosa orang pada kita ya guys. Kalau mati time tido, mati dalam iman gitchew.

Rizzkey terkaku, terpaku, terhammer apabila tidak expect Fea akan melayaninya sebegitu baik setelah apa yang terjadi siang tadi. Dia mengeratkan pelukannya lalu juga menutup mata.

Turu bareng ayang halal guys.

...

4 tahun lalu...

"Aku terima nikahnya Akma Sofea Binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya 50 ribu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

Rizzkey tersenyum. Sekali je terus sah. Dia berpusing bagi melihat wanita yang baru sahaja bergelar isterinya itu. Melihat Fea yang berusaha menahan tangis itu tidak menghilangkan senyuman di wajah Rizzkey. Dia berjalan mendekati Fea lalu menarik tangan isterinya itu supaya berdiri.

Saksi-saksi dan beberapa konco Rizzkey mula berbual sama sendiri tanpa menghiraukan pasangan pengantin baru itu. Rahman pula pura-pura sahaja bersembang dengan beberapa saksi disitu.

"Zack." Rizzkey memanggil Zack lalu menggerak-gerakkan tangannya memanggil konconya itu.

"Ya boss." Sempat Zack tunduk sikit memberi hormat kepada Rizzkey.

"Gambar jap." Arah Rizzkey.

"Baik boss." Zack mengeluarkan iPhone Rizzkey di dalam poketnya. Member suruh tolong jagakan.

Rizzkey tarik Fea supaya mendekat. Fea yang tidak biasa disentuh oleh lelaki itu sudah bergetar ketakutan. Air matanya jatuh.

"Pengantin perempuan, sila pandang kamera." Pinta Zack. Fea telan liur lalu perlahan-lahan memandang kamera. Rizzkey mengambil jambangan bunga di tangan Fea lalu menutup wajah isterinya itu menggunakan bunga tersebut.

"Gambar je." Suruh Rizzkey. Zack angguk.

"Okay pose sikit." Ujar Zack sok sok seperti seorang cameraman.

Rizzkey memandang Fea sambil tersenyum. Fea yang merasakan dirinya dipandang itu mendongak memandang Rizzkey. Mata mereka bertaut membuatkan jantung kedua-dua mereka berdegup kencang.

"1, 2, 3."

Cklak.

Rizzkey pandang depan semula lalu senyum pada kamera. Tak sanggup dah nak tengok wajah Fea lama-lama. Jantung tak rilek.

"1, 2, 3. Nice." Dua je gambar yang diambil lepastu Rizzkey hulur tangan suruh Zack bagi iPhone nya kepadanya. Zack akur memberi iPhone itu kepada Rizzkey semula lalu berlalu pergi dari situ setelah meminta diri dan menunduk hormat kepada ketuanya itu. Rizzkey sempat memberi bunga di tangannya itu kepada Zack.

Rizzkey melihat gambar yang ditangkap oleh Zack itu. Nisek, pandai budak tu gambar. Nampak aesthetic. Kena bayar gaji lebih ni untuk Zack wkwk.

Rizzkey masukkan iPhone nya ke dalam poket baju Melayunya setelah habis melihat kedua-dua gambar tadi. Dia toleh pandang Fea yang hanya menunduk dengan muka yang begitu sedih. Tak nangis dah tapi mukanya sedih betul. Yang pasti tetap cantik lah.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now