Bab 18

300 9 40
                                    

3 tahun kemudian... (cepat bethols)

"Weh Akma, aku baru ingat ada mamat bagi aku surat ni tadi suruh pas kat kau. Cuba kau baca. Semart betul bagi surat zaman doraemon ni." Ella, rakan baik merangkap rakan serumah Fea itu menghulurkan sepucuk surat kepadanya. Fea ambil surat dari tangan Ella itu.

"Heish apa lagi ni." Member stres. Fea buka surat itu lalu membacanya.

"Apa ni apa ni, surat cinta ke? Nak baca jugak!" Imah, juga rakan baik merangkap rakan serumah Fea itu melanggar bahu Fea ingin membaca surat itu bersama.

"Assalamualaikum Akma Sofea." Ella tolong baca. Fea jawab salam itu. Spontan. Ella sambung baca.

"Maaf ya hanya mampu tulis surat, saya tak nak ganggu takut awak tak suka jadi kat surat ni saya nak terus terang yang saya suka awak dah lama, saya nak pastikan yang saya serius baru saya confess. HAHAHA SIOT!" Ella ketawa. Imah juga ikut ketawa. Fea pula dah malu. Pebenda ni bang?

"Sambung La sambung." 'La' itu singkatan dari 'Ella' ye guys jangan stres pikir apa maksudnya.

"Saya serius sukakan awak Akma, 2 tahun lebih dah WEH LAMA NYA SIOT LA MAMAT NI." Takleh serius dia ni. Mereka ketawa lalu Ella sambung baca lagi.

"Bukan rupa, tapi akhlak. Itu yang saya pandang pada diri awak. Maaf kalau salah menaruh rasa, saya redha kalau awak tolak. Saya Fuad dari jurusan Landskap tak nak selindung apa-apa. Saya harap awak dapat bagi kesempatan untuk saya buktikan seriusnya cinta saya pada awak. Chat whatsaap saya (017XXXXXXX) bagitau jawapan awak. Terima kasih sebab baca SAMA-SAMA BRO saya harap surat ni tak mengganggu awak. Salam sayang, yang mencintaimu ANJAY SLEBEW." Yang Capslock tu Ella la ye. Imah ketawa sampai sakit perut manakala Fea rasa macam nak pecah otak. Stres.

"Penat la canni." Fea ramas rambut stres. Harini je dah ramai yang meluahkan perasaan padanya. Dunia Universiti memang lain maciam.

"Aku rasa mamat ni jenis habibi ya maulana la Akma, kau tengok dia cakap dia redha kalau kau tolak dia fuhh semart giler, baik kau try mana tau calon imam pergh kompem boleh pilih pintu sendiri nak masuk syurga." Minah ni tak tau apa-apa (Imah). Fea geleng-geleng.

"Tak nak tak nak." Muktamad.

"Engkau ni, asyik reject aje. Cuba bersyukur dah dapat yang soleh tu. Beri kesempatan untuk diri anda dan dirinya untuk merasakan cinta yang suci." Ada-ada je kau sis.

"Laki zaman sekarang jangan percaya sangat Mah, ayat je melebih manis, *tabur puspa ke dalam sukma tapi cinta niskala gitu." Tah pape Ella ni. *maksudnya macam 'bagi harapan palsu' dalam bahasa melayu klasik. Fea geleng kepala dengan perangai dua sahabatnya itu.

"Memangla tapi boleh jadi kan mamat tu betul-betul ikhlas dan serius cintakan Akma kita ni. Sepanjang 3 tahun bersama, ni first time tau member kita dapat surat. Biasanya kena chat dengan unknown number yang bakal direject je."

"Lain manusia lain cara untuk menabur puspa ke dalam sukma tapi cinta niskala." Tak habis-habis.

"Niskala niskala, siku kang." Kesabaran member menipis.

"Dah-dah, bagi aku masa untuk chat mamat ni. Stop gaduh." Fea keluarkan IPhone nya. Ayat melebih macam dalam drama wkwk.

"Kau nak reject dia ke? Think big Akma, bagi peluang kat dia untuk buktikan ketulusan cinta yang suci." Penghasut rakan sebaya betul minah ni (Imah. Sape lagi kalau bukan dia).

"Reject je Ma, esok ramai lagi confess kat kau, takde masa nak layan mamat niskala ni." 'Ma' singkatan dari 'Akma' bukan mama ye.

"Ini bukan niskala, ini puspa." Balas Imah. Ella pukul tangan Imah.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now