Bab 5

479 13 3
                                    

Kalau semalam Rizzkey yang mengejut Fea, harini Fea pula yang terpaksa kejut Rizzkey. Fea sudah siap pakai tudung dah pun. Dia perlu ke sekolah sekarang tapi siapa yang akan menghantarnya kalau bukan suaminya ini kan?

"R- Rizzkey." Fea menggoncang tubuh Rizzkey perlahan. Tiada sebarang pergerakan dari Rizzkey. Lelaki itu masih tidur lena.

"Rizzkey bangun bangun! Bangun..." Ditampar wajah Rizzkey lembut tapi banyak kali. Rizzkey mengelip-ngelip matanya mamai. Lelaki itu seperti ingin tidur semula.

"Eh eh no! Wake up wake up! No sleep sleep!" Fea goncang tubuh Rizzkey lagi. Dan kalini Rizzkey buka mata.

"Apa?" Tanyanya dengan dahi berkerut. Suara lelaki itu serak-serak basah. Fea telan liur. Alamak, inilah padahnya kejut harimau yang sedang tidur.

"H- hantar saya, pergi sekolah."

"Tch." Rizzkey bangun lambat-lambat.

"Takpelah kalau awak ngantuk. Ha tido balik tido. Saya jalan kaki aje." Fea terus berlalu. Patutnya dari tadi lagi dia jalan je. Kenapalah dia mesti minta tolong mamat ni kalau dia boleh je pergi sendiri kan? Haha mungkin kakinya akan melecet apabila tiba di sekolah nanti. Tapi better kan daripada dihantar harimau? Eee mungkin tak sempat sampai sekolah pun. Ngeri.

Langkah Fea terhenti apabila Rizzkey menahan tangannya. Dia berpusing semula memandang Rizzkey. Lelaki itu bangun dari katil.

"Dah makan belum?" Tanya Rizzkey. Lelaki itu pergi mengambil T-shirt hitamnya dari dalam almari.

"Belum."

"Makan dulu. Pastu aku hantar." Rizzkey menyarungkan T-shirt hitam itu ke tubuhnya. Fea mengangguk lalu turun ke dapur. Dia makan sendirian kerana Rizzkey lambat turun pula. Kalau mamat tu tidur balik memang kena ngan aku.

Rizzkey duduk di depan Fea. Rambut lelaki itu basah. Mungkin pergi bilik air kot tadi, tu lambat tu. Rizzkey tidak makan. Dia hanya bermain dengan Iphonenya.

Fea melihat Rizzkey yang memicit bahu sendiri itu. Ha tulah, bunuh orang lagi kan dah kena. Eh, tak baik tuduh. Kalau tak tau diam aje gitu (Fea dunno anything).

"Awak tak nak makan ke?" Tanya Fea. Rizzkey memandangnya kejap lalu menggeleng. Fea diam sahaja. Nak tanya kenapa kang kena kata busybody ye dok? Kita diam je mampu hm.

"Aku tunggu kat kete." Ujar Rizzkey lalu terus berlalu. Fea makan laju sikit. Dia mencuci pinggannya lalu berlari anak keluar rumah. Dia ni jenis tak suka buat orang menunggu. Boek kan?

Setelah Fea masuk dan memakai tali pinggang keledarnya, Rizzkey terus pecut. Dah la baru bangun tidur, takut-takut je Fea kalau mamat ni nampak lampu isyarat merah macam warna hijau nanti.

"Rizzkey, awak hantar jauh sikit eh?" Tanya Fea.

"Asal?"

"Kawan saya ada yang nampaklah, semalam pun dorang tanya naik kete sape. Saya cakap pak cik baik hati tolong tumpangkan. Takkanlah harini pun sama kan? Nanti dorang curiga pulak."

"Kau cakap je ah bofren kau hantarkan."

"Ish, memang taklah."

"Asal?"

"Nanti kena kata pisau cukur lepastu nanti kena ejek lagi perempuan murah eee no no dislike dislike. Sanggup lagu saya jalan kaki kalau macam tu."

"Kau balas ah 'korang jeles la tu bf aku kaya, bf korang bocah smk makan pun emak yang suap' ha auto terdiam."

"Ish toxic nya awak ni." Dipukul lengan Rizzkey. Itu reflek ya guys. Rizzkey ketawa. Ketawa ikhlas yang membuatkan para wanita cair termasuk Fea. Gadis itu diam sahaja walaupun jantungnya berdegup kenchwang.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now