"Yes! Alhamdulillah!" Fea mengucapkan syukur apabila dia sudah dapat berjalan tanpa merasakan sakit di kakinya. Seminggu juga ambil masa. Kata haritu tiga hari je tapi member tambah empat hari sesuka je. Lantok nye le asalkan teman sihat.
Fea berjalan keluar apartmen itu. Dia membawa bola milik Rizzkey ke gelanggang bola jaring yang disediakan dekat dengan apartmen itu. Cun, tak ada orang. Fea pun bermain seorang diri, berlatih menjaringkan bola.
"Haih tinggi betul la." Stres teman tiangnya tinggi bebeno. Susah nak masuk bolanya.
"Kau yang rendah sangat." Entah dari mana mamat ni datang, Rizzkey mengambil bola dari Fea lalu menjaringkan bola tersebut. Masyuk. Rizzkey buat muka berlagaknya. Fea buat muka menyampah.
"Berdosa body shaming orang." Ujar Fea. Rizzkey senyum tak bersalah. Dia memberikan bola itu kepada Fea semula.
"Tu kenapa pipi tu?" Tanya Fea melihat pipi Rizzkey yang berplaster.
"Kena cakar kucing." Selamba je. Fea tak percaya tapi tak apa. Kita biarkan dulu mamat ni bermain dengan tipu helahnya muahahaha.
"Try jaringkan." Suruh Rizzkey. Fea pun akur menjaringkan bola itu tetapi tetap tidak dapat.
"Sini, tengok macam mana aku buat." Rizzkey ambil bola itu lalu membuat demo menjaringkan bola.
"Ni an, tangan kau buat canni pastu tolak guna sebelah tangan je. Lompat lah sikit sebab kau rendah." Menyempat. Fea pura-pura tak dengar yang last tu lalu mengambil bola itu dan menjaringkannya seperti yang diajar Rizzkey tadi.
"Heish lah." Stres dengan diri sendiri. Rizzkey senyum. Dia mengambil bola itu lalu memberinya kepada Fea semula.
"Lemah sangat la balingnya, tiang ni kan 'tinggi', baling la kuat sikit." Coach Rizzkey bertindak. Fea pun ikut jela cakap Rizzkey itu tetapi kalini langgar papan pula.
"Dah kuat balingnya dia langgar papan pulak lah." Stres gini. Nak ketawa Rizzkey tengok Fea stres begitu.
"Pandai-pandai la kau agak, ni main baling je memang tak la." Ujar Rizzkey. Fea pun baling lagi dan lagi.
"Yes!" Finally!
"Nice." Puji Rizzkey. Fea angkat lima jari nak high five. Rizzkey senyum lalu angkat tangan tapi ditinggikan, sengaja mengejek Fea yang rendah. Fea yang yakin dia tidak akan sampai nak high five dengan Rizzkey meskipun jika dia melompat itu memeluk diri.
"Humph." Don't want pun la high five dengan hang. Ingat artis ke? Rizzkey ketawa. Asal comel sangat bini ku niii.
"Tak ada usaha langsung la kau ni."
"Bazir tenaga je saya usaha semata-mata nak high five dengan awak."
"Kalau kau lompat kan boleh juga meninggi, tak ada la bazir tenaga." Teruskan ejekanmu itu. Fea pukul Rizzkey. Gegham aku dengan mu ni bang. Pendam je dari tadi. Rizzkey hanya ketawa suka. Suka eh kacau Fea.
"Awak ejek saya nanti awak yang pendek, tidur lepastu bangun-bangun dah jadi kerdil." Ni lagi lawak. Rizzkey makin galak ketawa.
"Takleh tidur malam aku dengar cerita kau." Ejek Rizzkey lagi. Fea menggulingkan bola matanya. Whateverrr. Fea sambung main bola itu. Dia imbang sampai sepuluh kali lalu pas bola itu kepada Rizzkey. Rizzkey sambut dan mengimbangnya.
"Nak berapa kali?" Halah ngada la engkau.
"Sebanyak yang mungkin." Cabar Fea. Rizzkey senyum menampakkan giginya taringnya. Dia terus imbang sampai Fea sendiri pun bosan.
YOU ARE READING
FATE (HIATUS)
RomanceRizzkey Daim, sebut sahaja namanya seluruh ahli kongsi gelap pasti mengenalinya. Dia ketua Dark Ball yang digeruni dan dihormati semua. Menjadi ketua sejak umurnya 15 tahun dan lebih berkuasa apabila dia membunuh ayahnya sendiri, ketua Dark Blood. S...