Fea memandang Rizzkey yang sedang bersandar pada kerusi pemandu sambil tangan diletakkan di atas wajah menutup mata itu.
"Awak ni, gaya nampak sangat sakit. Saya nak cek tak bagi." Ujar Fea. Rizzkey turunkan tangan lalu memandang Fea. Kepalanya digaru sekejap. Ha, tak dapat jawab kau.
"Sini, sekali je saya cek." Sekali lagi Fea ingin menyelak jersey Rizzkey itu tapi laju tangan lelaki itu menahan. Mata Fea bertaut dengan mata tajam milik Rizzkey itu.
"I said no." Hang tok pehe ke? Tapi Fea kisah apa?
"I don't care." Fea tolak tangan Rizzkey yang menahan tangannya itu. Berlaku pergaduhan tangan di situ ya. Sorang nak tarik, sorang tak bagi tarik. Susah susah.
"Fea, takyah lah."
"Awak yang tak payahhh."
"Ya Allah budak ni ark-" Pedih rasanya bila Fea pukul perutnya itu. Hang degil, hang kena bro.
"Degil sangatlah awak ni. Bagi jela saya cek." Stres tau menahan curious dan kerisauan dalam masa yang sama.
"Tsk." Rizzkey berdecit sahaja apabila dia tidak dapat menghalang Fea yang sudah muktamad ingin memeriksa perutnya.
"Ih, kenapa ni?" Fea dongak pandang wajah pasrah Rizzkey itu. Perut lelaki itu ada kesan jahitan yang pastinya masih baru. Tidak kecil, tidak besar. Sederhana sahaja.
"Kau tau kerja aku Fea." Malas nak jawab. Fea gigit jari dibuatnya. Panik panik.
"Habistu dah tau sakit kenapa main lagi? Tak sayang nyawa ke?" Mula dah nak membebel. Ni la Rizzkey malas nak bagitau Fea. Minah ni kuat bebel woo. Bukan tak suka dengar, cuma tak suka jika wanita itu merisaukannya. Tambah lagi satu beban dalam fikiran isterinya itu. Waduh waduh.
"Aku okay sayang, faham ke faham?" Rizzkey tolak lembut tangan Fea itu lalu tarik bajunya supaya perutnya tertutup semula.
"Kena apa tu? Pisau ke?" Tanya Fea takut-takut. Penakut betul minah ni.
"Em." Angguk sekali.
"Eee dalam ke?"
Geleng.
"Sorry saya pukul tadi. Tak sengaja." Yela tu. Rizzkey senyum lalu mengusap kepala Fea. Comel sangat ni wak.
"Sokay."
"Em, siapa yang jahit tu?" Tanya Fea lambat-lambat. Rizzkey garu kepala yang tidak gatal.
"Doktor aku la."
"Arin ke?" Dah tu? Rizzkey angguk sahaja. Fea hanya buat mulut bentuk 'o' sambil angguk-angguk. Yelah, ooo sahajalah. Nak apa lagi?
"Arin tu umur dia berapa?" Tanya Fea lagi. Takde kena mengena lah soalannya dengan sakit Rizzkey itu.
"22."
"Ooooo." Angguk-angguk.
"Yang awak amnesia haritu sebab apa?" Baru terfikir nak tanya.
"Arin kata jarum yang kena cucuk kat aku tu racun yang boleh rosakkan saraf otak. Kalau aku tak kuat, boleh gila. Lagi teruk, mati terus."
Terdiam Fea mendengar penerangan daripada Rizzkey itu. Apa benda yang kuat sangat mamat ni?
"Bahayanya." Tacod.
"Ni nama dia balasan dosa lama." Ujar Rizzkey. Fea angkat kening.
"Hah?"
"Kalau nak banding dengan apa yang aku buat kat orang lain, apa yang aku kena ni sikit je. Bukan sikit orang hidup susah sebab aku." Ujar Rizzkey. Wajah lelaki itu kelihatan seperti sedang memikirkan banyak benda. Bak kata Dheo Han, old sins have long shadows. Ya, saya promoter tidak berbayar. Sila beli novel Dheo's by Anjel kalau stok masih ada ya. Best tuuu.
YOU ARE READING
FATE (HIATUS)
RomanceRizzkey Daim, sebut sahaja namanya seluruh ahli kongsi gelap pasti mengenalinya. Dia ketua Dark Ball yang digeruni dan dihormati semua. Menjadi ketua sejak umurnya 15 tahun dan lebih berkuasa apabila dia membunuh ayahnya sendiri, ketua Dark Blood. S...