Bab 29

299 10 4
                                    

"Okay done." Fea senyum tengok diri sendiri di dalam cermin. Dia kemudiannya memakai beg tangannya lalu berjalan ke ruang tamu. Kelihatan Rizzkey sedang khusyuk bermain dengan iPhone nya. Fea mendekati suaminya itu.

"Saya dah siap, jom la." Ajak Fea. Rizzkey pandang Fea lalu memasukkan iPhone nya ke dalam poket seluar. Lelaki itu tersenyum.

"You look pretty." Puji Rizzkey. Fea tahan senyum mendegar pujian itu. Wow, dia pakai biasa-biasa macam tu pun kena kata pretty hokhok kembang ler.

Rizzkey bangun lalu berjalan keluar rumah diikuti Fea. Lelaki itu memakai kasutnya dan kemudian memakai kaca mata hitamnya. Stylo giler.

"Kenapa pakai spek?" Tanya Fea.

"Silau." Siapa yang selalu drive time matahari berleluasa tu fahamlah perasaan abe Rizzkey kite ni ye.

"Ooo." Fea angguk-angguk je. Masalahnya mamat ni pakai spek hensem gile, kang ada yang sangkut naya.

"Please come in, my queen." Rizzkey membukakan pintu kereta untuk Fea. Fea senyum lalu memegang tangan Rizzkey yang dihulur kepadanya. Delulu jadi kaum diraja jap. Permaisuri Sofea hoho.

"My pleasure." Hoho klise. Rizzkey senyum lalu menutup pintu. Dia masuk ke tempatnya selepas itu dan memandu Lamborghini hitam berkilatnya dengan kelajuan sederhana. Jarang-jarang mamat ni drive lambat-lambat.

"Rizzkey." Panggil Fea setelah lama mereka hanya diam. Diam yang selesa.

"Ya sayang?" Saya tau yang baca ni single, gi la nangis kat bucu katil. Fea pula dah senyum. Mamat ni sengaja guys.

"Apa yang buat awak nak tolong ayah?" Persoalan yang bermain di mindanya dari tadi diajukan juga.

"Panjang ceritanya." Ngada la engko.

"Cerita jela, saya dengar." Tak nak pendekkan nanti tak best.

"Pada zaman dahulu, iaitu 2 tahun lepas, aku gi solat maghrib kat masjid." Rizzkey mula bercerita dan Fea khusyuk mendengar.

"Lepas solat, ada ustaz tu bagi ceramah. Time tu ceramah dia pasal mertua dengan menantu. Kena betul dengan aku." Ya, benar.

"Ustaz tu cakap, derhaka kita kat mertua tu sama je derhaka kita dengan parents kandung. So, kat situ baru aku sedar dosa aku buat ayah cantu. Aku cari dia and minta maaf la. Then aku tawar kerja ngan aku. Dia okay je. Begitu lah." Tamat. Fea senyum. Omagad habibi keur.

"Ni barulah menantu mithali." Fea angkat ibu jari. Rizzkey senyum berlagak. Bagi kang.

"Lepastu ayah ada cakap pasal saya ke?" Nak tau gak an?

"Banyak. Dia cite dia rindu kau. Dia menyesal. Tapi dia kata dia belum ready nak jumpa kau. Kalau nak tau info pasal kau, dia tanya aku. Yang kau datang time birthday aku tu, aku bagitau la dia pasal kau datang. Lepastu dia cakap nak jumpa." Begitu. Fea angguk-angguk dengar cerita Rizzkey itu.

"Tak sangka lah, tapi alhamdulillah." Fea senyum nipis. Rizzkey menguak rambutnya.

"Jahat macam mana pun sorang ayah tu, aku yakin sebenarnya dia sayang gila kat anak dia." Betul betul betul. Fea pun angguk-angguk setuju.

"Kita tak tau apa yang ayah kita lalui sampai dia jadi cantu an. Kita just salahkan dia sebab tak treat kita macam anak yang dia sayang." Okay, ni cam emo je. Fea pandang Rizzkey.

"Macam kita tau je apa yang dia lalui sampai nak salahkan dia." Rizzkey senyum. Senyum macam mengejek. Tapi juga... Menyesal?

"Ayah sebenarnya dia sayang je an, tapi dia tak tunjuk." Sambung Rizzkey lagi. Apahal Fea rasa kesian sangat ni? Rasa nak nangis.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now