Bab 30

250 9 8
                                    

"Kill me or I kill you." Arah lelaki itu sambil tersenyum psikopat menampakkan gigi taringnya.

Rizzkey pun terus menyerang lelaki itu. Perlawan berlangsung dengan sangat sengit. Kedua lelaki dengan ketinggian yang hampir sama itu terus membelasah lawan mereka tanpa henti. Tanpa simpati.

Hampir sejam perlawanan itu berlangsung sehingga lelaki yang melawan Rizzkey itu sudah jatuh terbaring kerana kekurangan tenaga. Kedua mereka sudah cedera teruk. Rizzkey mendekati lelaki itu lalu mencekak kolar nya. Dia tersenyum psikopat.

"Any last word?" Tanya Rizzkey. Lelaki itu memandang Rizzkey lalu tersenyum manis. Senyuman itu kelihatan lemah. Lelaki itu mengusap kepala Rizzkey.

"You're big now. Jangan gaduh-gaduh dengan Naim. Jangan nakal-nakal..." Ujar lelaki itu dengan suara yang melemah.

"Papa sayang Daim."

.

.

.

Rizzkey memandang kosong kubur lelaki yang dibunuhnya itu. Payung di tangannya dilepaskan begitu sahaja. Hujan lebat terus membasahinya. Tangannya dilihat. Tangan yang digunakan untuk membunuh orang itu.

Papa kandungnya sendiri.

Rizzkey dongak memandang langit.

'Papa sayang Daim.'

Sayang?

Satu senyuman manis terukir di bibir Rizzkey. Tapi kemudian dia ketawa. Benar-benar psikopat.

Selepas puas ketawa tak jelas, Rizzkey menunduk semula memandang kubur Sang Ketua Dark Blood itu.

"Daim pun sayang papa." Ujar Rizzkey. Dia menguak rambutnya yang basah itu.

"Sayang sangat-sangat."

.

.

.

"Boss!"

"Hah?! Dah bangun ke?!"

"Buka mata boss buka! Jangan tutup balik!!"

"Assalamualaikummm, selamat pagii. Lailahaillallah~" Potong line betullah suara siapa tu.

"Weh kang boss tidoq balek canne?"

"Boss! Aku ni! Zack!"

"Tch, bisinglah." Rizzkey berdecit. Annoying dia dengat suara-suara bod*h itu memanggilnya. Sudah la dia tengah sakit kepala, ditambah lagi dengan suara sumbang konco-konconya itu. Kena mental betul woo.

"Boss, minum air ni. Dah sebulan tak minum air mesti dahaga kan?" Zack menghulurkan segelas air kepada Rizzkey sementara yang lain membantu lelaki itu duduk. Rizzkey pandang Zack.

"Sebulan?" Tanyanya keliru. Zack angguk.

"Sebulan boss koma boss. Ah, minum dulu baru aku cerita." Zack terus minumkan air itu untuk Rizzkey. Rizzkey menolak tangan Zack begitu merasakan Zack begitu kasar.

"Sinilah aku minum sendiri!" Stres. Rizzkey rampas gelas itu lalu minum air itu sampai habis.

"Nak lagi ke boss?" Tanya Zack. Rizzkey geleng. Asal hilang rasa dahaga tu kira okaylah tu.

"Boss, sebenarnya dah sebulan lebih boss koma. Aku tau yang jaga boss selama boss koma ni. Solat lima waktu boss pun tak tinggal." Cerita Zack. Berkerut dahi Rizzkey dengar cerita Zack itu. Solat?

"Aku pun jaga boss juga boss. Kalau takde Zack, aku ganti." Salah seorang konco Rizzkey menyibuk.

"Jap jap, berapa tarikh hari ni?" Tanya Rizzkey keliru. Zack garu kepala.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now