Bab 3

509 14 8
                                    

"Aih, jammedd." Fea memegang kepalanya. Otaknya seperti tidak dapat berfungsi untuk menjawab soalan addmath tersebut. Sudah lebih 15 minit dia di muka surat yang sama tetapi tidak juga menjumpai jawapannya.

Klak.

Mimpi ngeri dah datang. Fea memandang ke arah Rizzkey yang baru masuk itu. Rambut lelaki itu berserabai. Rizzkey membuka butang kemeja hitamnya itu. Fea yang sememangnya tidak bernafsu itu terus mengalihkan pandangan kepada buku addmath nya semula.

Kedengaran pintu bilik air dibuka dan ditutup semula. Tahulah Fea suaminya itu masuk ke dalam bilik air. Dia memandang pintu bilik air yang sudah tertutup itu.

"Agaknya aku survive tak hidup ngan mamat ni?" Tanya Fea kepada diri sendiri juga kepada readers. Agaknya dia survive tak everything?

Rizzkey keluar semula dari bilik air tapi kalini sudah tidak berbaju. Fea yang reflek memandang lelaki itu kerana mendengar pintu bilik air terbuka, terpandang tatto Rizzkey yang ada di bahu kanan lelaki itu. Mungkarnya Fea rasa bersuamikan Rizzkey. Dia memandang buku addmath nya semula seperti tiada apa yang berlaku.

Rizzkey dengan selamba mengambil tempat di sebelah Fea sambil bermain dengan Iphonenya. Habis tak khusyuk member nak buat kerja sekolah.

"Hello Kai." Rizzkey sedang on call dengan seseorang. Konconya yang pasti. Rizzkey bangun semula lalu berjalan ke beranda. Talian diputuskan lalu dia menghubungi orang lain.

"Zen, kau jumpa Kai suruh dia chat aku. Aku call dia pompuan gila mana entah yang jawab. Cepat eh, 30 minit dia tak chat aku korang dua aku ajar." Perbualan Rizzkey dengan konconya itu dapat didengari oleh Fea. Gadis itu menelan liur. Apehal seram bebeno nya?

Talian diputuskan dan Rizzkey kembali mengambil tempat di sebelah Fea. Tapi kalini lelaki itu baring terbalik. Kaki di bantal, kepala di hujung katil. Kepala lelaki itu betul-betul bersebelahan sahaja dengan buku addmath Fea. Otak yang jammed makin jammed jadinya.

"Asal kau pakai tudung?" Tanya Rizzkey selamba. Fea diam sahaja. Dah soalannya vodo amat.

"Buka." Arah Rizzkey ikut suka hati. Fea memandang Rizzkey lalu menggeleng takut-takut. Apa ni, tak suka tak suka.

Rizzkey duduk semula. Fea dah telan liur. Mamat ni gerak sikit pun dia dah dup dap dup dap. Takut ajal sampai je. Pahala belum cukup haha.

"Asal?" Tanya Rizzkey sambil tersenyum. Fea geleng sahaja. Malas cakap dengan orang vodo.

"Buka. Kalau tak aku yang bukakan." Dia ugut daa. Fea memandang Rizzkey tak suka. Apa ni, hormat privasi orang please.

"Cepat." Dia suruh cepat pulak. Makin Fea geleng kepala la.

Dan Rizzkey tetap Rizzkey. Lelaki itu menarik Fea sehingga tiada jarak antara mereka. Fea kaget. Tangannya bergetar hebat. Dengan selambanya Rizzkey menarik tudung Fea lalu mencampaknya jauh. Fea rasa nak maki mamat ni tapi dia sayang nyawa.

"Cantik je kau freehair, nak juga pakai tudung." Ujar Rizzkey lalu membuka sanggul Fea. Rambut lurus gadis itu terurai hingga ke punggungnya. Panjang woo. Rizzkey tersenyum.

Fea mengalihkan pandangan. Apaan lu buka-buka tudung gw bang? Adabnya mana adab? Mau gw ruqyah?

Rizzkey menyandarkan badannya pada kepala katil tanpa melepaskan Fea.

"Tidur." Suka hati dia je arah-arah orang.

"Kerja... Kerja sekolah saya belum siap." Ujar Fea takut-takut. Rizzkey duduk tegak semula. Buku addmath Fea itu diambil lalu dibaca sekejap.

"Kau faham ke tak cara kira dia ni?" Tanya Rizzkey. Fea geleng sahaja. Rizzkey pun menepuk katil di sebelahnya supaya Fea duduk situ. Fea akur sahaja. Asalkan takyah duduk kat mamat ni eee jiyjiks.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now