Bab 7

450 11 4
                                    

Fea menghantar mesej kepada Rizzkey apabila lelaki itu tiada di dalam bilik dan tidak memberitahu nya jika lelaki itu kerja atau kemana-mana sahaja.

You
Awak kerja ke?

Rizzkey💋
Tak ah
Aku kat ruang tamu je

You
Ohhh

Fea memasukkan Iphonenya ke dalam poket seluar. Dia bosan bila tiada Rizzkey. Jadi dia pun turun ke ruang tamu. Kelihatan Rizzkey sedang duduk di sofa sambil bermain dengan Iphonenya. Fea mengambil tempat di sebelah lelaki itu.

"Asal?" Rizzey mengangkat keningnya. Fea menggeleng. Ya, memang takde apa. Rizzkey senyum.

"Fea ada awek chat aku ah." Ujar Rizzkey.

"Siapa?"

"Entah, minah haritu kot yang cium aku."

"Apa dia chat?"

"Ajak jumpa."

"Awak nak jumpa dia ke?"

"Entah, aku tak kisah. Kalau dia ajak aku on je."

"Pergi mana?"

"Kelab ah."

Fea terdiam. Rizzkey pula tersenyum.

"Boleh tak aku pergi?" Tanya Rizzkey. Fea memandang Rizzkey.

"Kenapa tanya saya?"

"Saje. Mana tau kau tak bagi. Kalau kau tak bagi, aku tak pergi."

"Tak payahlah pergi."

"Asal?"

"Ish mana bagus pergi kelab. Haram."

"Kalau aku suruh dia tukar location? Jumpa kat restoran je. Canne? Kau bagi tak?"

"Apa tujuan perempuan tu nak jumpa awak?"

"Entah, nak ajak aku dating kot."

"Tak bolehla, itu pun haram jugak."

"Asal?"

"Dating kan? Korang bukannya halal pun."

"Oh kalau macam tu aku halalkan dia lah. Senang nak jumpa. Kat bilik pun boleh dating."

"Awak suka dia ke?"

"Asal pulak?"

"Saya tanya."

"Aku tak suka pun."

"Jadi? Takkanlah awak nak kawin dengan dia?"

"Boleh je. Kau sendiri kata ada cinta lepas kahwin."

Fea diam lagi. Dia tak pandang Rizzkey dah. Ada orang jealous guysssss. Rizzkey senyum tahan ketawa.

"Asal diam? Kau bagi ke?"

Geleng.

"Asal?"

Geleng.

"Aik? Ce bagi sebab kenapa kau tak bagi?"

Geleng.

"Tak nak jawab eh? Takpe, malam ni aku gi dating ngan minah tu."

"Ay macam cari gaduh je awak ni."

"Asal? Kau marah ke?"

"Taklah." Fea menjeling Rizzkey. Dasar lakik gak peka.

"Habistu?"

"Eh dah lah malas layan." Fea bangun dengan penyesalan kenapalah dia turun semata-mata fikir Rizzkey boleh hilangkan bosannya malah menyakitkan hati guys.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now