Bab 10

425 11 12
                                    

Fea menarik nafas dan melepaskannya.

"Fuhhh." Nerveous sekali. Rizzkey memandang Fea yang dari tadi tak habis-habis tarik nafas dan hembus. Minah ni kang.

"Tahun depan jelah kau ambik result, bernafas je kau kat situ." Ejek Rizzkey. Fea bernafas dengan normal semula.

"Okay, jom." Fea mengangguk sekali. Rizzkey pun terus keluar dari kereta. Fea ikut keluar lalu menutup pintu. Dia memandang sekolah yang berdiri megah itu.

"Haishh takutt." Fea memegang kepalanya. Nervous semacam dia harini. Rizzkey mengeluh lalu terus menarik tangan Fea.

"Eh- Rizzkey, jangan pegang! Nanti orang salah faham!" Bisik Fea sedikit kuat. Rizzkey terus melepaskan tangan Fea.

"Baik kau cepat kalau tak aku dukung kau masuk dalam kelas." Dia ugut guys. Fea nak tak nak terus berjalan di depan Rizzkey. Lelaki itu hanya ikut dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Mereka masuk ke dalam kelas Fea bersama-sama.

"Eh tu kan Akma, dia datang dengan siapa?"

"Hensem gila! Abang dia ke? Tapi setahu aku minah tu anak tunggal."

"Omo omo macam oppa oppa korea laa."

"Minah ni jual bapak ke? Minta perhatian la tu bawa mamat hensem wakilkan bapak dia."

"Ba*i hensem si*t. Denyut jantung ku berdebar."

"Vibe vibe mafia kat wattpad dowh I wan'tttt."

Fea tahan sabar je dengar mulut-mulut yang sangat celupar itu. Ni la kenapa dia tak nak Rizzkey datang. Panas telinga aku.

"Akma." Fea dan Rizzkey memandang Haqiem yang memanggil Fea itu. Fea tersenyum.

"Haqiem, awak dah ambil result ke?" Tanya Fea sambil tersenyum. Haqiem tersenyum lalu mengangkat fail berwarna coklat di tangannya.

"Dah." Haqiem angkat-angkat kening. Fea buat muka tak percaya.

"Awalnya, awak nampak macam happy je. Mesti result awak bagus kan?" Tanya Fea teruja. Rizzkey tengok je dua manusia dok sembang macam dia takde.

"Bolehlah. Eh, ni?" Haqiem tunjuk Rizzkey. Fea pun pandang Rizzkey lalu memandang Haqiem semula.

"Ni  kawan ayah saya. Sebab ayah saya kerja harini dan kawan ayah saya ni free sekarang so dia wakilkan ayah saya haha." Fea menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tipu sunat jap. Haqiem mengangguk.

"Saya Haqiem, kawan Akma. Salam kenal ya pak cik." Haqiem menunduk sedikit kepada Rizzkey. Rizzkey memandang Haqiem tidak percaya. Pak cik dia panggil? Padahal beza umur mereka hanya 3 tahun.

Rizzkey memandang Fea ingin menyatakan ketidakpuasan hatinya melalu isyarat mata. Fea senyum sahaja bermaksud jangan ambil serius kata-kata Haqiem itu.

"Em awak nak balik dah ke? Mana parents awak?" Tanya Fea.

"Parents aku dah gerak dulu. Nanti aku balik naik bas je. Tunggu member lain. Nak makan sama-sama lepasni."

"Wow macam merdeka gayanya."

"SPM nanti baru merdeka." Haqiem angkat ibu jari. Fea tersenyum.

"Saya cek result dulu eh?" Ujar Fea ingin meminta diri. Haqiem mengangguk.

"Semangat." Ujar Haqiem. Fea angguk.

"Thanks."

Rizzkey dan Fea pun berlalu pergi selepas itu. Mereka duduk di kerusi bagi menunggu giliran. Fea hanya menunduk menahan kegelisahannya. Kakinya diayunkan tanda dia sangat gelisah. Rizzkey pegang tangan Fea kejap bagi menghentikan aktiviti gadis itu. Fea memandang Rizzkey.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now