"Maaaa... Ooo Maaa... Buka la pintu ni... Imah dah masak... Jom la makan sesamaaa." Ujar Ella lalu mengetuk-ngetuk pintu bilik Fea itu beberapa kali.
"Tak lapar." Itu sahaja balasan Fea dari dalam. Ella dan Imah mengeluh.
"Kitorang yang lapar ni Maa. Tak nak la makan selagi kau tak join." Ujar Imah pula.
"Makan je laaa." Balas Fea. Suara wanita itu kedengaran sengau.
"Ma, janganlah siksa kitorang macam nii. Imah ngan aku mana pandai masakkk. Aduh, Akma! Buka pintuuuuuuu." Geram dah Ella. Imah tepuk bahu Ella.
"Janganla marah-marah dia!" Bisik Imah geram. Ella mengeluh.
"Akma, makan luar nak? Aku belanja. Nak eh?" Dengar suara Imah memujuk.
Senyap.
Imah dan Ella pandang sama sendiri. Mereka berdoa memohon supaya Fea buka pintu.
Klak.
"Yes!" Imah dan Ella menjulang penumbuk mereka. Alhamdulillah, doa terkabul.
"Biar aku masak." Ujar Fea. Mata wanita itu sembap gile. Suara pun sengau macam hidung dah tak ada ruang.
"Ya Allah Akma, mata macam cina dah ha." Ujar Imah risau. Ella usap belakang Fea.
"Takyah masak Ma. Kitorang dah beli ayam butter kat R&R tadi. Kita makan sama-sama eh?" Ujar Ella. Fea pandang Ella lalu mengeluh.
"Em." Angguk sekali. Ella dan Imah senyum nipis.
"Jom gi dapur." Ella dan Imah memegang tangan Fea lalu membawanya ke dapur. Di dapur, Ella mengetuai bacaan doa lalu mereka pun makan bersama.
"Sedap woo, tapi takleh lawan ayam butter Akma ah. Ayam butter Akma is the best." Ujar Imah sambil angkat ibu jari. Ella angguk.
"Kalau Akma punya, sampai menjilat jari." Dua orang ni sengaja. Mereka berdua tersenyum memandang Fea. Tapi lepastu mereka panik apabila melihat muka Fea macam sedih dan kemudian jatuh air mata di pipi wanita itu.
"K-kenapa Akma? Weh, sorry doh Maaa." Ella laju mendekati Fea lalu memegang bahunya. Imah juga sama. Dua-dua panik. Terharu sangat ke kena puji?
"Jangan canni Ma, aku sedih ah." Ujar Imah, rasa nak nangis sekali. Fea hanya menangis terisak.
Buka apa, tapi ayam butter itu mengingatkannya pada Rizzkey. Rizzkey sangat menyukai ayam butter buatannya. Memikirkan lelaki itu kehilangan ingatannya, Rizzkey pasti sudah lupa kenangan mereka masak ayam butter bersama. Sedih sekali.
"Hiks... Dia suka ayam butter Mahhh..." Adu Fea, masih terisak.
"Kau la ni La, sape suruh beli ayam butter! Ayam masak merah kan ada!" Imah marah Ella pula. Ella bilek : Apa la dosa aku.
"S-sorry Ma, aku tak tau." Ella meminta maaf. Fea geleng. Air matanya dilap. Aduh, emo la canni.
"D-dah la, jom makan." Fea geleng-geleng kepala nak hilangkan sedihnya. Tak baik la sedih-sedih time makan ngan member. Ella dan Imah tepuk-tepuk belakang Fea.
"Jangan sedih-sedih. Ayam tu tak tenang di sana tengok kau nangis depan dia." Ujar Imah. Fea ketawa kecil. Tersenyum Ella dan Imah melihat Fea ketawa. Akhirnyaaa!
"Haha apalah."
...
Sudah dua minggu berlalu, Rizzkey dan Fea masih juga tidak berhubung. Bukan apa, tapi Fea tau kalau dia chat Rizzkey, lelaki itu tidak akan layan. Jadi, daripada sakit hati baik dia diam je. Hanya mampu berdoa dan berdoa sahaja supaya Rizzkey dipulihkan ingatannya.
YOU ARE READING
FATE (HIATUS)
RomanceRizzkey Daim, sebut sahaja namanya seluruh ahli kongsi gelap pasti mengenalinya. Dia ketua Dark Ball yang digeruni dan dihormati semua. Menjadi ketua sejak umurnya 15 tahun dan lebih berkuasa apabila dia membunuh ayahnya sendiri, ketua Dark Blood. S...