Klak.
Fea memandang Rizzkey yang baru masuk ke dalam bilik itu. Rizzkey berjalan mendekatinya.
"Aku nak bawa Nisya kat Naim jap." Ujar Rizzkey. Fea pun bangun perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan Nisya yang sudah tertidur lena. Rizzkey mendukung Nisya penuh berjaga-jaga. Fea tersenyum lalu membetulkan rambut Nisya yang menutup wajah budak itu.
"Slow slow." Ujar Fea kepada Rizzkey. Rizzey mengangguk lalu membawa Nisya ke bilik Naim dan kembali masuk ke biliknya semula.
"Apa kau sembang dengan Nisya? Ke dia terus tidur lepas kau letak dia kat katil?" Tanya Rizzkey setelah duduk di sebelah Fea. Fea tersenyum.
"Nisya cakap kat saya kalau sebelum tidur, kita kena cium dahi orang yang kita sayang supaya dia gembira masa nak tidur. Daddy dia selalu cium dia sebelum nak tidur katanya. Tak habis-habis dengan daddy nya. Comel betul." Fea tersenyum teringat kecomelan Nisya. Dia suka cara interaksi antara Nisya dengan Naim. Comel.
"Kau gembira ke kalau kena cium dahi?" Tanya Rizzkey sambil memegang tengkuknya. Fea tersenyum.
"Mestilah, tadi Nisya cium saya aing kiyowo betull." Member wipped. Rizzkey pegang dahi sendiri.
"Aku belum pernah kena." Ujar Rizzkey. Fea memandang Rizzkey.
"Pergi minta Nisya ciumkan haha." Ujar Fea sengaja. Rizzkey memandang Fea.
"Dia dah tidur."
"Minta kat abang awak lah." Seronok dia kacau.
"Aku tak sayang dia."
"Eleh tipu la. Saya tutup mata pun boleh tau awak sayang dia."
"Gila aku nak sayang mamat buruk tu."
"Eh dia ni." Fea pukul tangan Rizzkey. Ngejek je kerja. Rizzkey biar je.
"Fea." Panggil Rizzkey.
"Hm?" Fea angkat kening.
"Aku sayang kau." Tibe confess. Fea terdiam. Mereka memandang satu sama lain tanpa berkata apa. Jantung dua-dua mereka berdebar bagai nak gila.
"Aku nak tidur tapi aku tak gembira... Buat aku gembira." Pinta Rizzkey. Fea terdiam sejenak. Dia kemudiannya mencium tangannya sendiri lalu meletakkan tangannya itu di dahi Rizzkey.
"Have a nice dream." Fea mengusap rambut Rizzkey sekali lalu berbaring membelakangi lelaki itu.
'Apa aku buat ni?!! Matilahh!!' Member dah cringe.
Rizzkey tersenyum lalu berbaring juga. Dia memejam mata dan memegang dahinya.
Gembira
...
Rizzkey menumbuk-numbuk punching bag itu. Sudah hampir 3 jam dia berlatih sendirian di dalam gym rumahnya itu. Dia hanya memakai seluar slack nya sahaja. Tak tau la pehal tak suka pakai baju.
Tiada bunyi tapi Rizzkey tahu ada yang masuk ke dalam gym itu. Dia pura-pura tidak perasan hingga orang yang masuk itu menyerangnya dari belakang. Rizzkey laju berpusing lalu melayangkan penumbuknya tetapi belum sempat kena, orang itu menunduk menyebabkannya dia hanya menumbuk angin.
"Wow not bad." Puji Naim sambil tersenyum psikopat. Dapat dia rasa angin daripada tumbukan Rizzkey tadi. Padu gile weh. Kalau kena tu yakin patah 3 batang gigi.
"Sape jatuh dulu kena buat permintaan sape yang menang, deal?" Ujar Rizzkey juga tersenyum psikopat. Mereka seperti bercakap dengan cermin sahaja gayanya.
"Deal!" Naim terus menyerang Rizzkey. Mereka bertarung dengan serius. Walauapapun terjadi mereka tetap berusaha untuk tidak jatuh. Walau ditumbuk berapa kali sekalipun.
YOU ARE READING
FATE (HIATUS)
RomanceRizzkey Daim, sebut sahaja namanya seluruh ahli kongsi gelap pasti mengenalinya. Dia ketua Dark Ball yang digeruni dan dihormati semua. Menjadi ketua sejak umurnya 15 tahun dan lebih berkuasa apabila dia membunuh ayahnya sendiri, ketua Dark Blood. S...