Bab 9

364 11 8
                                    

Harini hari PJ terakhir mereka sebelum menduduki percubaan SPM, jadi semua pelajar kelasnya boleh bermain apa-apa sahaja yang mereka mahu.

Fea yang tiada geng itu hanya mampu main sendirian. Dia main bola takraw. Entah apehal tapi dia teringat Rizzkey jadi dia main jelah bola takraw tu.

*Di kelas tadi Fea dijeling dan dipalau oleh semua rakan sekelas kecuali Haqiem. Hanya lelaki itu yang suka melayani nya seperti biasa.

"6... 7... 8... 9... 10, yes!" Fea tersenyum apabila usaha nya untuk mengimbang bola itu sebanyak sepuluh kali akhirnya berjaya. Practice make perfect gitu.

"Wow, you like a pro." Haqiem yang tak tau lah dari mana tetiba datang memuji Fea. Fea terkejut tetapi lepastu dia tersenyum.

"Aik? Bukan awak main bola keranjang dengan yang lain?"

"Perempuan ikut main, malas lah."

"Oooo. So, awak pandai tak main takraw?" Tanya Fea kerana dia ingin mengajak Haqiem bermain dengannya.

"Hmmm boleh dicuba." Haqiem angkat bahu. Fea tersenyum.

"Nah, cuba imbang." Fea terus membaling bola itu kepada Haqiem dan disambut lelaki itu dengan 'smooth' menggunakan kakinya. Bola itu terus diimbang seperti yang disuruh Fea tadi.

"Perghh." Kagum Fea melihat Haqiem yang hebat mengimbang bola takraw itu. Lelaki itu dapat mengimbang sebanyak 17 kali. Dia nak buat sepuluh kali pun kena banyak percubaan. Nampaknya Haiqem memang mahir dalam semua bidang. Respect +1.

"Kau suka main bola takraw?" Tanya Haqiem. Fea seperti sedang berfikir.

"Not really."

"Habistu? Kenapa kau main? Main la apa yang kau suka. Ni last kita PJ sebelum exam. Patutnya kau enjoy."

"Sokay, saya bukannya tak suka langsung main takraw ni. Lagipun takraw boleh main sorang-sorang. Tak macam game lain."

"Kenapa nak sorang-sorang? Kalau nak main badminton ajak je aku."

"Taklah, saya tak minat apa-apa permainan. Takraw ni pun saya main sebab ada orang ajar. Tula okay sikit."

"Wow, perempuan kena ajar main takraw? Sape ajar kau ni? Lain maciam."

"Haha, saya pun tak tau. Tapi... Saya enjoy. So, saya main aje lah. Tu pun baru boleh imbang. Maximum 10 kali jelah dapat."

"Boleh la tu." Haqiem sambung imbang bola.

"Kalau awak? Siapa yang ajar?"

"Takde. Aku belajar sendiri. Aku suka sukan so yeah." Haqiem angkat bahu.

"Multi-talented nya. Respect respect."

"Haha mana ada talent. Aku bukan hebat pun. Tapi aku usaha. Banyak berlatih. Practice make perfect right?"

"Yes yes." Fea angguk-angguk.

"HATI-HATI!" Haqiem yang melihat bola tampar yang hampir mengenainya itu laju mengelak tetapi...

"Arhh!" Fea terjatuh apabila bola tampar itu tepat kena di mukanya.

"A- Akma kau okay tak?" Kaget Haqiem dibuatnya. Kalau dia tau memang dia biar je bola tu kena dia tadi.

"Haha." Fea mengangkat ibu jarinya sambil tersenyum pasrah. Seorang perempuan mengambil bola yang terkena muka Fea tadi tanpa meminta maaf kepadanya terlebih dahulu. Mereka sambung main seperti tiada apa yang berlaku.

"Kurang aj- Akma!" Haqiem kaget lagi. Fea mengangkat kening.

"Hidung kau." Haqiem ingin membantu tetapi dia tidak tahu bagaimana. Fea memegang hidungnya yang berdarah. Aih, darah hidung lagi. Patutlah sakit. Fea mendongakkan kepalanya seperti yang Rizzkey buat kepadanya.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now