Lepas dah berjaya menjadi imam, mamat ni pun baring kat sofa ruang tamu sambil tengok tv. Nak main ML sebenarnya tapi takde line. Menyedihkan. Hanya mampu tengok tv.
Fea mengangkat raga berisi kain yang berlambak itu lalu diletakkan di depan sofa. Dia duduk bersimpuh di sebelah raga itu ingin melipat kain sambil menonton tv. Bola pun bola la.
Fea terkejut apabila Rizzkey tiba-tiba duduk di belakangnya. Dia memandang Rizzkey yang juga memandangnya. Mata mereka bertaut. Fea tetap juga dup dap dup dap walaupun dah selalu kena. Rizzkey buka penyepit rambut Fea membuatkan rambut wanita itu terurai hingga ke lantai. Suka betul Rizzkey melihat Fea lepas rambut padahal Fea jenis suka ikat atau sanggul rambut. Rimas dengan rambut sendiri.
"Cantiklah kau ni, sayang." Pergh, lain maciam. Fea blushing teruks. Dia alihkan pandangannya. Lipat kain balik. Rizzkey dah senyum tengok Fea yang gelisah itu.
"Takyah la sorok, nampak dah kau blushing." Kuat mengacau dia ni. Fea gulingkan bola matanya.
"Jangan kacau la, saya nak lipat kain ni. Pergi tengok bola shuh shuh." Kan dah kena halau. Rizzkey buat-buat tak dengar dan Fea sambung lipat kain. Rizzkey main-main dengan rambut Fea. Fea hanya mampu pasrah.
Tengterereng!
Fea ambil IPhone nya di atas meja. Dia melihat mesej daripada Ella itu. Kat kampung ni bukan tak ada line langsung. Ada je cumanya hilang-hilang la line nya. Kalau main ML memang rosak mental la. Afk kot wkwk.
Ella Umbrella💋
Akmama kuerrr
Mna foto nyer
Dh gmbr ker
Share2 lerrYou
Mls laaElla Umbrella💋
Ala selfi skit2 je
Pls ler akmama
Kitorng dh smngat tau beli tu tdi
Nk tgokkkkkkkkYou
Ish yela kejap😤Ella Umbrella💋
Hehe jgn marah naaFea keluar dari whatsaap. Dia pandang Rizzkey yang masih main dengan rambutnya tapi mata pandang tv.
"Rizzkey." Panggil Fea. Rizzkey pandang Fea.
"Ella suruh saya selfie dengan awak. Nak tengok baju dia beli katanya."
"Oh, selfie la."
"Pandang sini." Fea angkat IPhone nya itu. Rizzkey pandang kamera sambil senyum nipis. Fea juga senyum. Tapi, baru dia nak tekan snap, Rizzkey memandangnya semula dan Fea juga reflek pandang Rizzkey.
Cklak.
Okay 'ter' eh 'ter'tekan. Tidak disengajakan. Fea tekan gambar yang tidak sengaja diambilnya itu. Nampak mereka pandang satu sama sendiri cumanya Rizzkey nampak macam bucin manakala Fea macam tak sedia kena pandang.
"Ee awak ni, saya kata pandang kamera."
"Sama je." Ada-ada la kau bang.
"Tak sama. Ee tak malu ke Ella nampak ni?"
"Takyah la send kat dia. Ambil lagi." Sengaja mamat ni. Fea guling mata.
"Kalini betul-betul eh." Fea angkat IPhone nya lagi. Kalini Rizzkey senyum kat kamera. Fea pula senyum ayu.
Cklak.
Fea tengok gambar itu. Nampak Rizzkey senyum nampak lesung pipit.
"Ee comelnya Rizzkeyy." Cepat whipped dia ni. Rizzkey malu la apa lagi. Orang buat muka hensem dia kata comel pulak. Dasar.
"Ceh." Sepatah perkataan sahaja tanda ketidakpuasan hatinya. Fea zoom kat muka Rizzkey itu. Dia ketawa. Asal comel sangat ni?
"Eh eh lelebih sape nak layan." Rizzkey tekan butang delete tapi laju-laju Fea sorok IPhone nya. Nasib tak sempat tekan 'agree'.
YOU ARE READING
FATE (HIATUS)
RomanceRizzkey Daim, sebut sahaja namanya seluruh ahli kongsi gelap pasti mengenalinya. Dia ketua Dark Ball yang digeruni dan dihormati semua. Menjadi ketua sejak umurnya 15 tahun dan lebih berkuasa apabila dia membunuh ayahnya sendiri, ketua Dark Blood. S...