BAB 33

293 11 0
                                    

"Suka eh kau mentang-mentang dapat island hopping" sindir Asytar semasa melihat Arisya yang seronok berenang di sebelahnya.

"Why not ? Dah lama wei aku berangan nak pergi .. lagi seronok bila pergi dengan suami "balas Arisya.

"Jimat duit aku sebab kau Tak minta aku bawak kau honeymoon pergi jauh-jauh " ujar Asytar.

"For what ? Membazir masa ajalah wei sebab aku ni bukannya kaki shopping .. kalau shopping pun shopping buku dengan makanan aja " Tambah Arisya.

"Serious talk, kau ni T20 tapi hidup kau Tak macam T20" ujar Asytar.

"Same goes to you, aku dah biasa hidup sederhana .. kalau kau tengok , kawan-kawan aku pun sederhana Tak ada yang hidup mewah " kata Arisya.

"Eee kau ni pun Tak payahlah ajak aku berborak panjang dekat sini , jomlah mandi nanti dah kena pergi pulau lain" ucap Arisya.

"Tak payah mandi , Kita duduk je dekat sini " ujar Asytar mengusik.

"Eeee!!! Kau ni Tak fun lah " marah Arisya.

"Gila ke apa bawak aku honeymoon pergi pulau tapi suruh aku duduk bermanja dengan dia aja memanjang , come on lah bukan selalu kot dapat main air laut " ngomel Arisya sambil meninggalkan Asytar.

"Wei aku tahulah kau tu lawyer tapi Tak payahlah nak mengomel sorang-sorang " Kata Asytar .

" kau punya pasal lah , orang nak have fun dengan laut kau boleh mintak aku duduk bermanja dengan kau , haduh engkau ni ada jugak yang kena kecam karang .. dahlah Kita ni dekat luar" bidas Arisya .

"Oklah janganlah muncung macam itik , meh jom Kita start mandi ." Pujuk Asytar lalu menarik tangan Arisya untuk mula berenang.
___________________________________________

" dato' Sri, pembeli Syer dah sampai" ujar
Gummy selaku secretary backup dato' Sri Zamani

" Bagi dia masuk sekarang " Kata Dato' Sri Zamani teruja.

"Assalamualaikum sahabat, ingat aku lagi ? " persoalan Tan Sri Hamzah itu membuatkan Dato' Sri Zamani bagaikan tertelan kapur.

"Kau !! Kenapa kau ada dekat sini ? " Tanya Dato' Sri Zamani.

"Jawab dulu Salam aku tu , kau mesti terkejut kan kenapa aku ada dekat sini ? Aku nak beli syer Syarikat kau lah .. kesian kau ya dah Tak ada orang nak beli syer kau tu " Jawab Tan Sri Hamzah menyindir.

"Blah lah kau Tak payah menggatal nak beli Syer syarikat aku " halau Dato' Sri Zamani.

"Wah kau menghalau aku ye? Kau lupa kalau aku Tak beli .. syarikat kau ni boleh bankrup bila-bila masa sahaja Tau" sindir Tan Sri Hamzah.

"Aku taknak kau yang beli ! " ucap Dato' Sri Hamzah .

"Apahal ? Kau fikir aku takut? Ish ish nama ada title Dato' Sri tapi pengecut , kalau kau Tak bagi aku beli syer kau Tak apa .. aku ucapkan Selamat tinggal dulu lah ye dekat syarikat kau ni sebab syarikat kau dah Tak laku " sindir Tan Sri Hamzah.

"Kenapa kau yang nak beli ? Kenapa bukan orang lain , huh?" Tanya Dato' Sri Zamani.

"Jawapan tu sebenarnya ada dalam diri kau jadinya jawablah sendiri , jadinya sekarang kau pilih nak bagi aku beli syer kau ke tak? Kalau kau Tak sayang syarikat ni Tak payahlah suruh aku beli " perli Tan Sri Hamzah.

Dato' Sri Zamani menelan air liurnya setelah diugut oleh Tan Sri Hamzah, wajah Gummy yang mempunyai seribu harapan dipandang .

" kau satu-satunya harapan aku jadinya beli lah " ujar Dato' Sri Zamani.
______________________________________

" I dah buat keputusan , Kita semua akan pindah balik Malaysia" tegas Tuan Abrashy.

" I told you , I memang taknak balik Malaysia lagi seumur hidup I! " balas Puan Yuhaira

"Silakan , you duduklah sini sorang-sorang ya, Dar.. I memang dah Tak akan balik sini lagi dah sebab I memang dah mintak tukar balik kerja Malaysia "ucap Tuan Abrashy dengan tegas.

"Balik lah , kisah apa I! I boleh cari scandal baru dekat sini "kata Puan Yuhaira.

" apa susah sangat you nak terbuka hati eh? Baru aja I ceramahkan you lepastu you nampak dah insaf , dear.. rupanya-rupanya Sama aja Tak ada yang berubah .. " ucap Tuan Abrashy.

"Kalau you nak sangat duduk Malaysia sampai hari terakhir you dekat dunia ni , lepaskan I .. I tetap Tak akan balik Malaysia langsung ! " jerit Puan Yuhaira.

" you jangan menyesal dengan kata-kata you " pesan Tuan Abrashy.

"I will not regret with my own desicion " kata Puan Yuhaira.

" ok fine , kesabaran I pun dah setipis tisu bila I pujuk you untuk balik Malaysia asyik Tak jadi aja , Yuhaira Binti Uwais , aku ceraikan kau dengan talak satu"ujar Tuan Abrashy.
_________________________________________

" Apa??? Mummy daddy bercerai ? " Tanya Puan Asnah dengan nada yang tidak percaya sambil tangannya sibuk memotong Bawang .

"Haah Makcheh , Daddy bagitahu .. Daddy dah fade up dengan perangai mummy yang kepala Batu tu " ujar Eyash.

"Eh kau ni yang kau kutuk tu tetap syurga kau sampai bila-bila " Kata Elqar sambil mengetuk kepala Eyash.

"Makcheh Tak tahu nak react macam mana , kalau dah diceraikan pun Makcheh percaya mummy kamu memang Tak akan balik Malaysia melainkan batang hidung dia sendiri yang ditimpa ujian " ujar Puan Asnah yang sememangnya tahu perangai adiknya itu.

"Yeah boleh makan masakkan Makcheh hari-hari " ujar Eyash.

" itu ajalah kau ni , kalau tak masakkan Makcheh mesti KFC .. Aku call Abang Asytar untuk train kau baru kau tahu " Ugut Elqar.

"HAHAHA abang Tak boleh call , abang Tak ada nombor abang Asytar HAHAHA " perli Eyash.

"Huh kau , Dua kali Lima ajalah " bidas Elqar.
_______________________________________

" terima kasih sebab kau mencurahkan kasih sayang kau dekat aku , Asytar " ujar Arisya sambil ralit membasahkan kakinya dengan air laut.

"My pleasure, aku pernah cakap kan yang aku akan cintakan kau , Tak susah rupanya aku nak mencintai seorang Arisya Eimara walaupun muka Dia garang + ketat memanjang " ucap Asytar.

"Kau mengata aku ke ??? Aku ikut jejak langkah Atok lah kot sebab Atok dulu bekas tentera sebab tu aku ikut ketat sekali " Kata Arisya.

" dah tu kenapa kau Tak jadi tentera sekali? " Tanya Asytar.

"Seriously kau lupa ? Aku rabun wei .. takkan tak ingat ? Lagipun tentera memang Tak ada dalam wishlist aku ... haish pasal helicopter Dan yang seangkatan dengan dia elok aja kau ingat, takkan pasal aku kau lupa ? " Sindir Arisya.

"Aku Tak lupa lah , aku saja nak test drive aku punya ingatan " kata Asytar.

Dengan perasaan yang geram , Arisya menyimbah air laut itu di muka Asytar.

"Benda Tak LAWAK lah wei , nasiblah isu melawak Tak ada dekat undang-undang kalau tak aku rasa kau dah turun naik makhamah 1000 Kali dah Tau sebab kes yang sama " ujar Arisya yang geram dengan perangai Asytar itu.

"Close the case now , Kita nak pergi pulau yang lain ni " pinta Asytar.

" pandai eh kau ubah topik ! " jerit Arisya.

" mestilah kena pandai sebab bini sendiri lawyer , Kita kenalah pandai sebab nak setanding dengan dia " selamba sahaja Asytar menjawab.

Akta Cinta Where stories live. Discover now