BAB 49

245 11 0
                                    

Sebulan telah berlalu Dan sebulan lagi Asytar bakal pulang berjumpa dengannya , Namun selama sebulan ini , dia tiada Selera untuk menjamah makanan .

" Puan , Are you okay ? Puan nampak Pale hari ini " tegur Sarina.

"Oh , memang Tak sihat tapi Tak apa masih ada kudrat lagi untuk teruskan kerja " cegah Arisya.

Tiba-tiba

" allahuakbar, Puan .. bangun Puan " kejut Sarina dengan nada yang cemas. Telefon Arisya yang kebetulan masih lagi belum terkunci di capainya Dan mendail nombor Asytar kerana itulah nombor teratas yang dia jumpa .

"Hello , Assalamualaikum.. Encik ni suami Puan Arisya ke?" Soal Sarina.

"Waalaikumussalam ya saya" balas Asytar.

"Encik, saya nak bagitahu ni yang Puan Arisya dikejarkan ke Hospital sebab dia pengsan dekat office tadi " Ucap Sarina .

" Hah ? Pengsan ? Allahuakbar Mak saya datang teman dia next week , Tak apalah awak teman Isteri saya dulu , saya akan Cuba minta kebenaran untuk pulang " Kata Asytar.

Langkah kanan dia dibuatnya apabila melihat Brigedier jeneral Alauddin berada di sekitar kawasan itu lalu langkahnya dipercepatkan.

" tuan.." tabik Asytar.

"Kenapa kamu datang berjumpa saya ni , leftenan kolonel?" Soal Brigedier jeneral Alauddin pelik.

"Izinkan saya pergi ke Johor seketika , Tuan.. tadi saya baru dapat panggilan bahawa Isteri saya dikejarkan ke Hospital sebab dia pengsan dekat office dia tadi " Luah Asytar.

"Pergilah , nanti kalau Isteri kamu dah betul-betul okay baru balik sini semula ... habiskan tempoh kamu melatih budak-budak sampai lah diaorang habis" ucap Brigedier jeneral Alauddin.

"Eh , bukan saya kena 2 Bulan aja ke , tuan? "Soal Asytar pelik.

" tak ada pelatih lain yang boleh mengajar mereka terutamanya pasal terbangkan kapal terbang ni , sebab tu kamu di extend kan masa untuk melatih mereka , bukan Tak percaya pelatih daripada Pangkalan lain tapi kamu sebagai ketua coach untuk subjek Dan skip ni Tak dapat diaorang gantikan " seloroh Brigedier jeneral Alauddin.

" baik tuan , saya pergi dulu tuan " Asytar meminta izin untuk pergi.

Teringat bahawa dia tidak mempunyai kereta untuk dibawa , Asytar segera mendail kawannya yang bekerja di Lapangan terbang alor setar di bahagian kaunter terutamanya penjualan tiket.

"Huz , urgent ni Huz .. Tolong tengokkan ada lagi tak tiket Alor setar pergi Johor hari ni , sekarang ni? Secepat yang mungkin ?" Tanya Asytar.

" alhamdulillah ada rezeki untuk kau , Tiket tu ada lagi Dan penerbangan tu lagi 1 jam daripada sekarang " Jawab Huz.

"Thanks Huz , pegangkan untuk aku Huz .. aku ada urgent walaupun aku tengah train budak baru " sambung Asytar.

" cepat sikit datang sini , aku cuma tolong tiket je kalau kau minta aku inform pilot untuk delay memang Tak boleh sebab aku Tak tahu siapa pilot yang bawak kapal " seloroh Huz.

____________________________________

"Sayang .. " panggil Asytar sebaik sahaja dia masuk ke dalam wad Arisya .

"Abang.. macam mana abang boleh ada dekat sini? Bukan ke abang ada train budak dekat Alor setar ? " duga Arisya.

"PA sayang call abang guna Telefon sayang , dia bagitahu yang sayang pengsan dekat office sebab Tak cukup rehat lepastu lepas abang dapat tahu pasal ni abang terus rush pergi sini lepastu kena balik sana semula " Kata Asytar sambil mencepung badan Arisya.

"Bukan setakat Tak cukup rehat aja abang , ada punca yang lain juga" ucap Arisya sambil mengusap perutnya.

"You're pregnant? Our little lawyer is there ? " Tanya Asytar dengan air mata bergenang di matanya.

"Yes abang , 3 weeks .. kecil lagi" Jawab Arisya.

" sayang .. abang minta maaf , esok abang dah kena balik Alor setar semula tapi Kali ini abang memang kena train diaorang sampailah diaorang habis which is 6 Bulan itupun kalau tak diganggu dengan misi lah " Asytar mengucapkan perkataan yang ingin dikatakannya.

" jangan risau lah Dan , bonda ada jagakan menantu kesayangan bonda ni " sampuk Puan Farhanah yang tidak tahu daripada mana kemunculannya itu.

"Ergh macam mana bonda boleh ada dekat sini ni ? Bukan bonda cakap bonda pindah minggu depan ke ? " Tanya Asytar .

" Naluri bonda yang bawa bonda untuk datang sini cepat " Jawab Puan Farhanah sambil memandang ke arah Asytar yang memakai baju uniform tentera udara, tahu sangat dia bahawa Asytar kelam kabut untuk ke sini.

"Memandangkan bonda dah sampai sini , Esok bolehlah Wildan teruskan train budak-budak baru sampai diaorang habis " ucap Asytar.

"Nasiblah sekarang ni kamu Tak ada misi ... kalau tak, mesti dah merayu gila-gila dengan pihak atasan sebab nak balik jumpa Isya walhal memang Takkan mampu untuk balik selagi musuh Tak tewas " sindir Puan Farhanah.

"Mestilah , Dan sanggup balik demi isteri tercinta Tau.. dengar dia pengsan dekat office pun rasa macam nak pecah jantung Dan ni , bonda " seloroh Asytar.

Akta Cinta Where stories live. Discover now