Setelah tiba di Heathrow Airport
"Cepat sikit Jalan tu Elqar , Eyash.. Kita dah lambat dah ni , Kita kena pergi hospital St Thomas cepat ni" arah Encik Abrashy.
" daddy... airport ni besar sangat lah , penat Tau nak berjalan " rengek Eyash seperti biasa.
"Eee kau ni , baru separuh jalan takkan dah penat ? Bukan selalu kau jalan lama macam ni.. chill ajalah . Kau kata nak jadi askar macam abang Wildan tapi kalau baru Jalan sikit lepastu dah penat memang jadi angan -angan yang Tak akan jadi kenyataan lah jawabnya" bidas Elqar.
"Ahhh aku tukar cita-cita ajalah gini, aku dah Tak larat " ucap Eyash.
" HAHAHAHAHA lemah " sindir Elqar mengejek.
"Abaikan ajalah adik kamu yang Dua orang ni , Eima.. kerja diaorang memang bergaduh sampai Tak reti nak berhenti" pinta Encik Abrashy kerana dia perasan Arisya tersenyum sendiri melihat perangai adik-adiknya itu.
"Seharian kalau tak ada diaorang mesti sunyi kan , daddy ? Diaorang bergaduh ni hidup lah juga suasana dekat rumah " ucap Arisya.
"Itulah tapi rumah akan paling terkesan kalau Eyash Tak ada sebab tengoklah mulut dia becok macam mana kan " seloroh Encik Abrashy.
"Hoi siput ! Cepatlah sikit , kau ni membazirkan masa lah " jerit Elqar.
"Ish sabarlah sikit , rasa macam nak pengsan Tau " ujar Eyash.
" nak pengsan ? Alasan nak suruh aku dukung kau ke apa ?" Tanya Elqar.
"Nak nak .. nak kau dukung.. aku rasa macam kaki aku dah Tak wujud " Jawab Eyash.
"Banyak cekadak kau , pergi Jalan sendiri .. kau punya berat dahlah Dua kali ganda berat aku " perli Elqar.
"Astagfirullahalazim, Elqar .. Eyashhh!!! Kamu berdua ni dah besar panjang dah Tau , dah bujang dah .. kenapa perangai kamu macam budak-budak ni hah? Dekat airport pun boleh gaduh ke ? " Tegas Encik Abrashy.
" alah daddy.. Eyash penatlah .. abang dahlah Tak nak angkat Eyash "rayu Eyash. "Jangan nak mengada boleh ? Jalanlah cepat " sambung Encik Abrashy.
Tawanya ditahan , geli hati dibuatnya apabila melihat Eyash sedang menahan air matanya daripada menitis . Alahai Adikku , siapa yang berkahwin dengan Eyash goodluck !
" aduhai , ingatkan menantu daddy tu dah cukup manja rupa-rupanya adik ipar dia berkali Ganda lagi manja daripada dia " seloroh Arisya .
"Nampaknya macam itulah , Eyash memang manja sampai daddy Tak ada chance untuk bermanja dengan arwah mummy " ujar Encik Abrashy.
"Ya Allah daddy, daddy pun boleh tahan gatal jugak eh " ucap Arisya lalu keduanya ketawa serentak Dan dia baru sahaja teringat bahawa dia belum memalumkan ketibaannya di UK kepada Asytar.
"Abang.. I'm already arrived and on my way to the hospital, jangan menggatal ya abang .. sayang ada banyak CCTV dekat sekeliling abang tu "-Arisya.
" abang rasa ayat tu macam Tak kenalah kalau sayang cakap, sepatutnya abang yang cakap macam tu dekat sayang"-Asytar.
Selepas memalumkan kepada Asytar , Arisya memulakan perbualannya secara atas talian dengan Hanis kerana serba salah meninggalkan Hanis di dalam kapal menghabiskan kerjanya.
"Hanis.. hanis ada dekat mana? Akak minta maaf , kakak kena rush pergi hospital " -Arisya.
"Hanis baru keluar daripada kapal , it's okay akak.. akak settlekan dulu perkara yang penting , Kalau jumpa Hanis ni bila-bila masa aja boleh "-Hanis.
"Apa yang penting jangan berani Usha mat salleh Tau , kalau Hayyan tahu habislah akak nak kena jawab "-Arisya
"No worries adik ipar akak ni memang setia kepada satu aja walaupun ada yang lebih handsome daripada Hayyan"-Hanis.
_____________________________________" dato' Sri " ujar Jammy dengan melakukan langkahnya .
" ada apa ? "Soal Dato' Sri Zamani yang pening melihatkan dokumen di hadapannya.
" Mukmin menantu Dato' Sri didapati mati bersama dengan kekasih dia dekat club malam " Jawab Jammy.
"Hah ? Dia mati dengan kekasih dia ? Dia ada kekasih lain ? " Tanya Dato' Sri Zamani .
" ya dato' Sri, dia sebenarnya berhasrat nak buat club malam dekat area situ juga " Balas Jammy.
"Kalau kau rasa nak pergi tengok dia buat Kali yang terakhir tu kau pergilah tengok , aku dah Tak ada menantu macam dia lagi " angkuh Dato' Sri Zamani.
"Sudahlah menantu hantu , kahwin dengan anak aku sebab nak harta lepastu pandai pula kau memukau aku , memang Tak lah aku nak pergi tengok kau buat Kali yang terakhir" ngomel Dato' Sri Zamani.
Jammy mengangguk Dan hatinya sempat mengutuk Dato' Sri Zamani bersama dengan Mukmin.
" memang padanlah dia dapat menantu hantu macam Mukmin tu , perangai dia pun dah Macam species hantu"
"Jammyyyy!!! " jerit Dato'Sri Zamani.
"Argh ye, kenapa dato' Sri ? " soal Jammy.
"Kau panggil pemegang syer syarikat untuk meeting sekarang " Jawab Dato' Sri Zamani.
"Sorry dato' Sri, Tan Sri Hamzah dengan Asytar Tak available hari ini" kata Jammy sambil membelek semula maklumat di buku catatannya.
"Argh sudahlah I just want to go home , stress dengan semua ni ! " Herdik Dato' Sri Zamani.
" eh eh dia yang cari masaalah, dia yang stress . Tak fahamlah aku dengan orang tua ni . Haish orang tua ni bila lah kau nak insaf ? Nasiblah Tan Sri Hamzah tu Sudi nak beli syer kalau tak meroyan Dua kali ganda kau dibuatnya " ngomel Jammy di dalam hati.
_______________________________________
YOU ARE READING
Akta Cinta
Romancesiapa sangka Airforce dan lawyer bakal berjodohan ? begitu juga dengan Asytar Wildan Dan Arisya Eimara " kau rasa kesalahan aku yang mencuri hati kau ni merupakan satu kesalahan ? "- Asytar " tak ada undang-undang pasal tu , jadinya kau Ta...