BAB 4

5.7K 197 5
                                    

mybe you're not my happy ending but you will be the best chapter of my life - Arainna Asheera.

___________________________

Kaki di bawah melangkah mendekati sang ibu yang terbaring lemah di atas katil.

"Mama....jom makan.Adik ada masak ikan goreng ni."Tegur Nana riang.

Tersenyum wanita tua itu.Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut kepala anaknya.Sejuk matanya melihat anak gadisnya yang setia akan menjaga dirinya yang sudah tidak mampu berjalan lagi.

"Abah dah balik?"Soal Puan Nita lembut.

Nana terdiam.Kenapa masih mahu fikirkan tentang lelaki durjana itu?Penting sangatkah dia?

"Dahlah Mama.Lelaki tak guna tu dah bahagia dah pun dengan betina lain.Tak payah sebuklah pasal dia."Ujar Nana lembut tapi penuh dengan kebencian.

"Adik....Abah tu tetap suami Mama.Kita tak boleh nak benci dia.Besar macam mana pun dosa abah pada kita,dia tetap abah adik."Ujar lemah wanita tua itu.

Nana mengetap bibir Menahan segala rasa geram.Kalaulah wanita tua ni tahu suami yang dia sayang dan sanjungi itu mengutuk dan memburukkan dia di depan betina kesayangan dia itu.Apa perasaan Mamanya nanti?

"Dahlah,Mama.Tak payahlah cakap pasal ni lagi.Mama makan cepat.Nanti adik ada kelas tambahan dengan cikgu Syafiq."Beritahu Nana.

"Hmm yelah.Ubat Mama dah habis.Nanti tolong belikan eh?"Pinta Puan Nita dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir kecilnya.

Nana hanya diam.Sudah dua minggu ayahnya tidak balik.Dan memberi duit.Macam mana mahu membeli ubat?Mahu pakai daun?Lelaki itu memang tak guna!

"Arainna Asheera..."Panggil suara kecil itu membuatkan lamunan si gadis terhenti.Gadis itu mengangkat kepala memandang ibunya.

"Tenung apa tu?Tak ada duit ke?Nanti minta kat abah eh?"Pesan lembut wanita tua itu membelai rambut anaknya.

"Tak adalah.Ada je."Tipu Nana.Sedangkan dia tidak mahu meminta.Kerana mahu lelaki itu tahu yang dia boleh hidup tanpa seorang lelaki.

'Apa?Kau fikir perempuan tak boleh hidup tanpa lelaki yang tak guna macam kau ke?'Desis hati Nana dengan penuh dendam.

Seusai Nana menyuap ibunya makan.Dia minta diri untuk siap dan berangkat ke rumah cikgunya.

"Belajar elok-elok ye sayang.Hati-hati jalan tu.Kalau nak lintas tengok kiri kanan."Pesan risau Puan Nita.

"Iyerr... Mama."Ujar Nana dengan senyuman.Tangan ibunya di kucup dan pipi ibunya juga di kucup tanpa rasa geli.

"Adik pergi dulu."Pinta Nana.Lalu membuka langkah keluar dari rumah.Basikal di naiki dan melalui jalan kecil di simpang kampung lama.

Dia membelok ke arah kiri di mana rumah gurunya berada.Sampai saja di depan perkarangan rumah gurunya.Nama gurunya di panggil dari luar.

"Cikgu Syafiq!"Panggil Nana.

"Assalamualaikum...cikgu Syafiq!"Salam Nana.

Terdengar bunyi pintu terbuka dan di kuak besar dari dalam.Tersenyum lebar Nana.

"Ouh waalaikumusalam Nana.Marilah masuk."Jemput lelaki itu dengan senyuman manis di bibir.

"Cikgu Syafiq buat apa?Lama betul nak buka pintunya."Soal Nana.

"Saya basuh pinggan tadi.Jomlah masuk.Alang-alang saya ada buat kek batik.Boleh saya hidangkan sekali untuk awak."Beritahu lelaki itu.

"Wah!Nak!"Pinta Nana dengan senyuman manis.Comel.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now