BAB 29

3.7K 221 2
                                    

Damien meletakkan plastik pesanan isterinya di atas meja dapur.Sengaja dia mahu mengusik isterinya tadi.Bukan dia nak makn pun.

Kaki di bawa melangkah keluar dari rumah.Ingin ke pasar membeli barang dapur sedikit.

Tiba-tiba sebuah kereta betul-betul panking di depan rumahnya.Sebuah kereta Viva berwarna hijau.

"Siapa pula ni?Macam kenal?"Gumam Damien.

Seorang gadis keluar dari perut kereta.Dengan senyuman di bibir.Damien menghela nafas kecil.

"Hmm....kenapa Mia?Kau ni selalu betul datang rumah aku.Nak ajak isteri aku gosip lah tu!"Ujar Damien sudah faham dengan dua gadis itu.

"Eh sedap mulut kau!Mana ada!Isteri kau yang suruh aku datang.Ni pun aku baru balik dari hospital.Shif malam punya pasal."Ujar Mia.

"Hm...mana Nana?"Soal Mia.Lehernya panjang mencari kelibat rakan gosipnya.

"Ada kat dalam bilik.Merajuk dengan aku.Kau pergilah pujuk dia.Tu ada makanan yang dia pesan tadi dekat meja dapur.Kau suruh dia makan."Arah Damien lalu berlalu pergi.

"Hmm ye-"

"Eh!Mia!"Jerit Nana.Lalu berladi kecil menuruni tangga mendekati suaminya dan rakan gosipnya.

Mahu saja Mia tergelak akan penampilan gadis itu.Telekung yang tersarung di badannya.

"Kau solat dhuha ke ni Nana?"Mahu saja dia mecertus tawa.

"Baju dia seksi tu.Sebab tu aku suruh pakai telekung."Ujar Damien.Lalu memandang isterinya.

Apabila melihat Damien memandangnya.Dengan pantas dia menjeling.Itu saja niatnya.Kalau suami dia pandang.Dia mahu jeling.Mahu saja Damien mencungkil bebola mata isterinya itu.

"Dahlah Mia!Tak payah layan orang tua haji bakhil ni!"Sedap mulut Nana memerli suaminya.Mentang-mentang umur suaminya 31 tahun.

Terus Nana menarik lengan rakan gosipnya iaitu jirannya yang sudah mereka kenal kira-kira 3 minggu menjadi jiran.

Damien hanya mampu menggeleng kepalanya saja.Ada saja isterinya itu ingin menyakitkan hati.Lalu menaikki motornya.

Nana membuka telekungnya dan mencampak ke atas meja ruang tamu.Dia mengajak Mia untuk duduk di sofa.

"Kau kenapa ajak aku datang ni?Aku tak sempat nak balik rumah lagi ni.Penat lagi ni!"Adu Mia.

"Alaa...sekejap je.Aku bosanlah."Adu Nana.

"Eh kau ni?Ada suamikan?Apa yang boringnya?Suami pula bukan yang tak segak!Segak!"

"Melebihlah kau!Aku rasa ada laki sama je!"Bermuncung mulutnya.

Mia hanya geleng saja kepala.4 minggu berkawan sudah tahu perangai rakan gosipnya ini.

"Eh!Lupa pula aku!Tadi suami kau suruh makan-makanan yang kau pesan tadi."Ujar Mia baru teringat.Nana berkerut dahi.

"Pesan?Ouh makanan tadi!Eh?Tadi bukan dia..."Tanpa berkata apa-apa,Nana terus bangkit dan terus berlari ke arah dapur.

"Oi jangan lari boleh tak?Rumah kau ni bukan lantai besi!Ada yang roboh karang!"Jerit Mia.

Mia menguap dek rasa mengantuk.Tangan di bawa ke mulut.

"Haish...ngantuknya."

"Amboi,besarnya nguap!Kalau ngantuk tidurlah!"Ujar Nana baru muncul dari dapur.

"Macam mana nak tidur kalau ada orang tu suruh datang.Sebab apa entah?Nanti cakap aku 'selek' pula macam 4 minggu lepas!"Ungkit Mia geram dengan perangai Arainna ini.Untung Nana ada rakan yang sekepala dengannya.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now