BAB 43

4.6K 224 23
                                    

Arainna tertunduk.Dania tidak berhenti menanyakan soalan kepada Puan Dannira.

"Dia kemalangan dekat Italy?Seriuslah Umi?Kenapa Dania baru tahu?"Soal Dania pelik.

"Sayang sabarlah..."Pujuk Qhayden cuba untuk menenangkan isterinya.

"Macam mana nak tenang.Abang...Arainna abang.Abang dengan Umi tak kesian ke dengan dia?"Dania dapat tempias rasa sakitnya.Kerana dia seorang ibu dan seorang isteri.Dan dia dapat merasakan semua itu.

"Abang Damien,tak akan abaikan tanggungjawab dia sebagai seorang suami dengan ayahkan?"Soal Dania kepada ibunya.

"Umi...umi rasa tak kot.Sebab Damienkan bukan lelaki yang macam tu."Teragak-agak Puan Dannira.

"Kalau dia biarkan Arainna macam ni saje.Tak teragak-agak Dania pergi cari dia dengan isteri baru dia tu!"

"Kecewa betul Dania dengan Akak Elly!Dania ingatkan dia dah ikhlaskan abang!Tapi...ada maksud yang tersembunyi!"Ujar Dania geram.

"Sudahlah sayang...anak dengar ni.Tak baiklah cakap macam tu depan anak."Qhayden cuba menenangkan isterinya dan juga back up abang iparnya.

"Abang...macam mana saya nak bersabar bila perangai abang saya tu tak ubah macam ayah saya!"Geram Dania teringat masa lalunya.

Puan Dannira tertunduk.Bagaimana dia boleh melakukan perkara kejam itu kepada menantunya.

Qhayden tiada jawapan.Hanya mampu mendiamkan diri saja.

"Akak..."Leret suara Dania mendekati Nana.Nana mengangkat kepala.Dia memandang ke arah adik iparnya.Air mata hampir saja mengalir tapi pantas tangannya menyerka.

"Akak sabar ye..."Dania mengusap lembut bahagian belakang tubuh gadis itu.Di tarik ke dalam pelukannya.

"Akak tahu...abang Damien tak akan abaikan akak.Akak kenal abang Damien macam mana."Ujar lembut Nana.

"Dania harap macam tulah..."

Kak Nis,menunduk hormat kepada majikannya.

"Selamat pagi Dato'."

Lelaki berumur itu hanya tertunduk saja sebagai balasan sapaan P.A nya.

"Err...Dato'."Langkahnya terhenti.Kepala di paling ke arah P.A nya.

"Yes?"Kening di jongketkan.

"Hari ni...Dato' ada meeting dengan Clien kita dari Jepun tu."Beritahu Kak Nis.

"Hm...Pukul berapa?"Soal dinginnya.

"Err...pukul 2 petang nanti."Jawab Kak Nis sambil tertunduk.Tajam pandangannya membuatkan gadis itu ketakutan.

Tiada balasan.Lelaki itu terus membuka langkah memasuk ke dalam bilik kerjanya.Pintu yang di hias dengan belian dan emas di tepinya di tolak.

Perlahan-lahan badannya di rebahkan di atas sofa rehatnya yang berada di dalam bilik kerjanya.

"Huh..."Keluhan kecil di lepaskan.Badan di baringkan.Tangan kanannya di bawa ke dahi.Di urut lemah.

"Mana kau pergi Arainna..."Mata terkatup.

Tangan di bawa ke dada.Perlahan-lahan di usap lembut.Air mata bertakung di tubir matanya.Gigi di ketap rapat.

Rindu yang terlalu dalam membuatkan dirinya lelah.Sudah puas dia mencari gadis itu.Tapi masih tidak di temui.

"Kau tinggalkan aku macam tu je...Bila aku dah mula cinta dan sayangkan engkau.Kau hilang tinggalkan aku tanpa sebarang berita."Keluhan di lepaskan.

Dia terus bangun dari pembaringan.Di tongkat wajahnya.Teringat akan kejadian 2 hari lepas.

Tentang bekas isterinya.Anna Vierra.Gadis itu di tangkap khalwat bersama lelaki simpanannya.

Selama 7 tahun perkahwinan mereka.Tidak pernah dirinya menyentuh isterinya.Dek perkahwinan mereka yang tidak pernah di inginkan.

Mereke berkahwin atas arahan ayahnya bagi menutup maruah keluarga.Tapi malangnya.Dirinya hidup bersama gadis itu hanya sesalan saja.Di sebabkan itulah,dia menggunakan gadis lain sebagai pelempiasan nafsu.

Dan rasa serba salah telah menggunakan seorang gadis untuk melepaskan nafsu 'syaitan' nya itu.Dengan tanda meminta maaf.Dia ingin mencari gadis itu semula.Dan ingin mengahwini gadis itu.Tidak kesah akan status gadis itu.Sudah di sentuh oleh ramai lelaki atau apa sekali pun.Gadis itu sudah pun berjaya menambat hatinya.

Takdir allah siapa yang sangka sehebat ini?

Dia bangun dari kedudukan.Dan membuka langkah mendekati meja kerjanya.Di labuhkan punggung di atas kerusi mewahnya.

Gambar yang berada di atas mejanya di pandang lama dan perlahan-lahan tangannya mengusap lembut gambar itu.

Tuk!Tuk!

Ketukan dari luar menyentak lamunan sang jejaka.Perlahan-lahan gambar tadi di letakkan kembali ke tempat asal.

"Masuk."Jemputnya.

Pintu di buka dari luar.Wajah Kak Nis terhias di muka pintu.

"Yes?Any problem?"Soal lelaki itu dingin.

"Err...Dato'.Err...Datin Anna nak jumpa."Ujar Kak Nis.

"Please betulkan kata-kata awak,Anis! She is not my wife!Just call the woman's name Anna!"Dingin Lelaki itu.

"Err...sorry Dato'."Ucap Kak Nis tertunduk.

"Suruh dia pergi!Aku tak nak ada siapa-siapa ganggu aku!"Ujar keras lelaki itu.

"Err...baik Dato'."Kak Nis meminta diri.

Wajahnya bengis.Membuatkan Kak Nis menjadi resah.Takut pula lihatnya.Macam singa yang dah lama tak dapat mangsa.Takut!

Wajah bengis lelaki itu berubah menjadi tenang apabila melihat gambar yang berada di meja kerjanya.Dan gambar yang berada di setiap penjuru dindingnya.Gambar gadis yang sama.

"Aku akan cari kau sampai dapat,Arainna!"Ujar lelaki itu dengan penuh keyakinan.

"Huh!"Nana terjaga dari lena.Terbuntang matanya.

Sekeliling di pandang.Resah hatinya.Berpeluh satu badan.Tiba-tiba saja badannya rasa panas yang melampau.

Wajah di usap.Air mata mengalir.Hatinya semakin takut.

"Siapa dia?Kenapa dia selalu muncul dalam mimpi aku?"Resah hatinya.

Di usap kasar rambut.Wajah lelaki itu tidak terlihat jelas.Tapi kata-kata lelaki itu memang jelas.Membuat dirinya takut.

Apa yang dia mahu?

- THE LAST LOVE FOR US -

Selamat memaki hamun Damien

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selamat memaki hamun Damien.Baik juga adik Damien ni kan?Go Dania!Cari abang kau tu!Sepak dia!Terajang dia!Huhu...

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now