BAB 73

5.8K 201 9
                                    

Arainna membuka langkah mendekati sosok seorang di dalam restoran.

"Assalamualaikum... ingat saya lagi?"Soal Nana.

"Walaikumussalam..."Lelaki itu mengangkat kepala memandang seseorang yang memberi salam kepadanya.Terpinga-pinga dirinya.

"Mestilah saya ingat... awak isteri Damienkan?"Ujar lembut lelaki itu.

"Awak lupa ke?Saya bekas isteri dia."Ujar Nana tertunduk.

"Eh duduklah dulu."Jemput lelaki itu.Bagi memujuk hati kecil gadis itu yang sedang berduka.

Nana akur saja.Lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan dengan lelaki itu.

"Eric... saya tahu awak pakar tentang agama.Jadi saya nak minta tolong boleh?"Soal Nana inginkan pertolongan dari lelaki itu.

"Nampak macam awak betul-betul perlukan saja?Apa tu?"Soal Eric sedikit tertawa.

"Eric... benda ni serius.Saya cuma nak tanya... allah akan bencikan saya ke kalau saya berzina?Walaupun saya tak tahu saya dan Damien tiada apa-apa lagi?"Soal Nana inginkan jawapan.

Eric mengeluh kecil.Wajah gadis itu di pandang sayu.

"Awak tetap berdosa Nana... Allah boleh bencikan awak tak bertaubat."Ujar lelaki itu serius.

"Awak betul ke ni?"Resah Nana.

"Ye... Tapi awak jangan risau.Saya ada jalan untuk ubah semuanya."Ujar lembut lelaki itu bertutur.

"Awak boleh ubahkan?Macam mana?"Soal Nana pelik.

"Jom ikut saya."Ajakkan Eric.Dia terus bangun dari kedudukan.

Nana masih terpinga-pinga.Apa yang di ajak oleh lelaki itu?Mahu kemana?Desis akal Nana.

"Jomlah... kalau awak lambat.Lambat allah maafkan awak,nak ke?"Ujar Eric membuat gadis itu takut.

Nana terus bangun dari kedudukan.Dia mengikuti saja langkah lelaki itu.

"Awak naik kereta saya ye?"Ujar lembutnya.Nana hanya akur saja.Yang di cuma satu... dia mahu dosanya di ampuni saja.

Cukuplah masa lalu telah menghantui hidupnya...Dan dia tidak mahu benda itu berlaku lagi...Dia mengharapkan seseorang boleh memimpin dirinya.

Di dalam perjalanan Nana hanya diam saja.Kereta itu di belok ke kiri dan hadapan lagi ianya belok ke simpang kanan pula.

Nana mulai tidak sedap hati... Tapi hatinya bersemangat untuk berubah.Tak salah dia cuba bersangka baik.Lagipun lelaki itu rakan Damien.Pasti baik-baik saja.Desis akal Nana.

Ya allah... Nana!Tak kesahlah kawan siapa!Tak semua manusia mempunyai hati yang baik...Desis akal Nana.

"Awak... kita nak ke mana?"Soal Nana pelik.

"Nak buang dosa awaklah."Jawab tenang lelaki itu.

Nana sudah tidak sedap hati.Lorong gelap di lalui kereta mereka.Sampai saja di depan hotel bajet.Dahi Nana berkedut seribu.

"Kita buat apa kat sini?"Soal Nana takut.

"Jom."Tidak di jawab hanya mengajak saja.

Nana terus keluar dari perut kereta.Kaki di bawa melangkah memgikuti jejak langkah lelaki itu.

"Eric?"Panggil Nana berbisik.

Tapi lelaki itu hanya mengabaikan saja.Dia terus bergerak ke arah kaunter.Apabila selesai... kaki di bawa melangkah mendekati gadis bunting itu.

"Jom..."Ajakkan Eric terus meninggalkan gadis itu.Nana sudah tidak sedap hati.Nana terus memberhentikan langkahnya.

Eric menoleh memandang gadis itu.Senyuman manis di tayang.Perlahan-lahan kakinya kembali mendekati gadis itu.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now