BAB 52

4.9K 280 29
                                    

Seusai mendirikkan solat.Nana duduk bersimpuh di atas sejadah.Tangannya mengusap lembut perutnya.

"Nanti Papa Hayden mesti tolong kitakan?"Gumam Nana.

Tangan di tadahkan.Segala permintaan di ajukkan kepada pencipta yang maha esa.

"Ya allah...kau sihatkanlah kandunganku.Kau kuatkanlah aku untuk menjalani pahitnya kisah dan ujianku.

Berikanlah kemudahanku untuk bersalin membesarkan bayi ini walaupun tanpa seorang suami di sisi..."Air mata mengalir membasahi pipinya.

Pegawai polis yang berada di luar dan menjaga.Hanya mendengar saja doa yang di sebutkan oleh gadis itu.Mahu saja dia menangis mendenhar tapi di kuatkan.

"Ya allah...aku terlalu bodoh mencintai suamiku.Aku mencintainya...Aku terlalu mencintainya ya allah...sukar untuk aku ikhlaskan dia pergi.

Jika dia bukan orang yang tepat untukku.Kau matikan rasa cintaku buat suamiku,Qarizh Damien untuk selama-lamanya.

Kau terimalah taubatku.Ampunlah segala dosa yang telahku lakukan kepadamu.Kepada keluarga dan suamiku dahulu.

Jika gadis itu yang terbaik untuknya.Aku ikhlaskan gadis itu menjadi pilihan dan mendapat tempat di hati suamiku.

Kau tutuplah pintuku untuknya ya allah...jauhkanlah aku dari dirinya.Kuatkan aku ya allah...demi anak dalam kandunganku ini."Air mata tidak berhenti mengalir begitu juga hati yang tidak berhenti mendoa.

"Aminn...ya rab."

"Arainna Asheera...ada orang datang melawat."Nana mengangkat kepala.Berkerut dahinya.Nana menyerka air matanya.

Siapa lagi yang datang?Siapa lagi yang ingin datang dan hanya menyakitkan hatinya?Desis akalnya yang sudah penat.

Nana membuka telekung yang di pakai dan di lipat elok dan meletakkan di atas sejadah.

"Cik...tolong papah saya?Saya susah nak bangunlah.Perut saya dah besar.Berat saya nak bangun."Pinta Nana mengusap perutnya.

Tanpa berfikir panjang wanita tua itu terus membuka langkah mendekati gadis itu.Di papah lembut gadis itu untuk berdiri.

"Terima kasih Cik...Anak Mama...cakap tq kat acik ni..."Ujar Nana mengusap perutnya.

"Eh..."Hanya tendangan menjadi balasan.

"Hehe...dia tendang..."Tergelak kecil gadis itu di buatnya.

"Mari..."Ajakkan lembut Wanita tua itu.

Nana akur dan mengikuti langkahnya.

Air matanya kembali berair apabila terlihat kelibat seorang gadis yang berada di kerusi hadapannya.

Telefon di ambil dan di lekapkan di cuping telinga.

"Mia..."Air mata mengalir.

"Nana...aku minta maaf."Ujar Mia tertunduk.

"Untuk apa?"Soal Nana keliru.

"Aku yang call Hayden dan bagitahu kau yang culik dan nak bunuh Elly."Jujur gadis itu dengan tangisan.Jujur dia rasa serba salah sungguh.

Nana terdiam.Terpampan.Kenapa orang yang dia percaya selalunya akan mengkhianatinya?Desis akalnya.

"Aku bukan nak khianat kau Nana.Tapi aku terpaksa.Aku tak nak kau jadi seorang pembunuh.Aku tahu kau kecewa...tapi itu bukan jalannya Nana.

Aku buat semua ni...sebab aku tak hilang kawan macam kau.Aku tak nak kau akan di bawa ke tali gantung.Aku tak nak...

Kau orang pertama yang kenalnya erti persahabatan.Sumpah aku sayangkan kau Nana...Maafkan aku."Tertunduk wajah gadis itu dek rasa malu yang mendatang.

Nana tersenyum nipis.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now