BAB 12

4.7K 211 5
                                    

Jika sudah tiada rasa cinta,untuk apa aku,kau terus miliki lagi? - Arainna Asheera.

________________________________

Helaan nafas berat di lepaskan.Bermuncung mulut gadis itu.Kaki di bawa melangkah keluar dari pasar raya itu.Tangan menjinjit satu plastik kuning yang berisi pampers untuk sang ayah.

'Belikanlah sekejap.Nanti aku bagi duit lebih.Kau nak simpan ke?Kau nak buat apa ke?Kau buatlah!"Pinta Airian.

Terpaksa gadis itu ikutkan.Walaupun hanya 50 ringgit saja.Huh!Beli seluar dalam abangnya pun tak lepaslah satu kotak!Kutuk akalnya.

Topi keledar di capai dan di sarungkan di atas kepalanya.Sudahlah gambar topi keledarnya memang tidak boleh bawa bincang benar!Gambar angry bird.Cermin depan tak ada pula tu!Memang tiada rasa malu sungguh gadis ini.Langgar semuanya.Janji pakai ye dok!

Enjin Motor di hidupkan.Pedal motor di pulas.Perlahan-lahan dia membelok dan keluar dari kawasan pasar raya itu.

"Ish!Nak tolong itulah!Tolong inilah!Abah ni lagi satu!Menyusahkan betul!"Rungut Nana.Sambil merungut sambil itu dia memulas kuat pedal itu.Nak mati dah ke?

Motor di berhentikan di simpang depan yang adanya tiang lampu isyarat.

"Ish!Lampu isyarat ni pun satu!Ingat minyak motor dah murah ke sekarang!"Geram Nana merungut di atas motor seorang diri.

Orang-orang yang berada di dalam kereta.Pasti pelik akan gadis itu.Yang dari tadi tidak berhenti berkata-kata seorang diri.Gila ke?

Apabila lampu sudah bertukar hijau.Dengan pantas dia memulas.Angin sepoi-sepoi menyentuh wajah putih gebunya itu.

Mulut terkumat kamit menyanyikan satu lagi yang teramatlah asik baginya.

"Huh sudah!"Gumam Nana.Bibir di ketap.Sampai di satu simpang yang paling benci untuk dia lalu.Gelap.Memang gelap.

Banyak juga cerita yang mengatakan simpang ini keras!Memanglah keras!Kalau tak runtuhlahkan!Haha...ketawa akalnya.

"Bismillah...bismillah...bismillah..."Mulutnya tidak berhenti mengungkapkan kata-kata itu.Memang selalu dia tengok paranormal pak arab.Semuanya menggunakan bismillah.Jadi dia pun ikutkan saja kerana tidak penuh ilmu di dada.

Pedal di pulas kuat.Takut punya pasal.Angin malam itu sejuk sungguh.Meremang bulu romanya apabila melalu simpang yang di tepinya ada gaung yang sedikit tinggi.

Nana ingin membelok ke kiri.Baru saja ingin membelok.Ada satu sosok yang melintasi.Sempat Nana mengelak.Terguling dirinya di atas jalan itu.

"Arghh!Sakit!Along!"Jerit Nana.Nana terus bangun.Terus dia membetulkan pakaiannya.Takut orang nampak!Malu!Desis hatinya.

Terus matanya tertangkap pada satu sosok yang sedang terhenjut-henjut jalannya mendekati gadis itu.

Terbuntang mata gadis itu apabila melihat sosok itu.Wajahnya sungguh mengerikan.Penuh dengan darah baju kemeja putih lelaki itu.

"Cik...tolong saya!"Ujar lelaki itu lemah.

"Arghh!Along!"Jerit Nana ketakutan.Dia mahu melarikan diri.Tapi motornya betul-betul di sebelah lelaki itu.

Dia sudah buntu.Lelaki itu semakin dekat.Dia semakin gelisah.

"Along!Hantu Along!Arghh Hantu darah!"Jerit Nana menutup matanya menggunakan kedua belah tangannya.

Tangisan di lepaskan.Dia tidak mahu melihat wajah lelaki itu.Suara lelaki itu tidak berhenti ingin meminta tolong.Makin lama makin dekat.

"Cik."Sentuhan di bahunya membuatkan gadis itu terkaku.

"Cik...tolong saya Cik.Saya kemalangan.Kereta saya jatuh gaung hujung sana.Tolong saya Cik."Pinta lelaki itu.Jikalau gadis ini tidak tolong pasti dia akan mati di situ.

"Arghh pergilah!Jauh!"Jerit Nana.

"Cik...Saya ni manusia!"Pujuk lelaki itu.

"Arghh!Mana ada manusia mengaku dia manusia!"Seloroh Nana.

Berkerut dahi lelaki itu.Sudahlah sakit di kepala dan badan tidak hilang lagi.Di tambah lagi dengan jawapan pelik gadis ini.

Perlahan-lahan Nana membuka matanya.Wajah lelaki itu cuba di lihatnya.

"Awak betul ke manusia ni?"Soal Nana.

"Ye...Cik.Macam mana lagi saya nak pastikan.Tolonglah jangan tinggalkan saya kat sini."Pinta lelaki itu.

"Ish!Yang awak berdarah ni kenapa?!Ada suting video ke?!"Geram Nana.

"Takutkan saya sajalah!"Jerit Nana.

"Cik saya kemalangan.Cik ingat saya belakon ke?"Lembut suara itu.

"Err.."Nana menggaru kepalanya.Apalah soalan yang dia bagi ini.

"Err...saya nak baliklah.Awak carilah orang lain.Saya malaslah nak bawa awak gi pital!"Ujar Nana malas.

"Cik...kalau tak mahu bawa saya pergi hospital.Bawalah saya pulang.Tak akan Cik nak tinggalka saya seorang dekat sini?"Ujar lelaki itu.Benar-benar inginkan pertolongan.

"Err...Awak nak saya rawat ke?"Soal Nana lalu mendekati lelaki itu.Rambut lelaki itu di tarik supaya dia membongkok.Selamba sungguh.

Lelaki itu mengadu kesakitan.Sakitnyalah.Ganas sungguh!

"Sikit je ni.Kena serpihan kaca je kan?Tak apa saya boleh rawat.Jomlah!"Ajakkan Nana lalu membuka langkah.

Lelaki itu hanya ikutkan saja.Terhenjut-henjut jalannya.Sampai saja di depan motor gadis itu.Tersenyum dia melihat gadis itu menyarungkan topi yang tercampak tadi.

Dalam keadaan gelap macam ini pun.Wajah gadis itu masih jelas terlihat.Comel.

"Arghh!"Jerit Nana menyentakkan lamunan lelaki itu.

"Ni semua salah awak!Habis Cici saya!"Ujar Nana menunjukkan body motornya yang sudah calar.

"Err ..saya minta maaf."Tergaru-garu kepala lelaki itu.

"Dahlah!Cepatlah!"Ujar Nana geram.

Lelaki itu terus membonceng gadis itu.Perlahan-lahan Nana memulas tombol itu.Berlalu pergi.

"Cik...kepala saya sakit.Boleh saya tumpang bahu?"Soal Lelaki itu.

"Boleh...tapi jangan nak ambil kesempatan pula!"Amaran keras Nana.

Lelaki terus landingkan kepalanya di atas bahu kecil gadis itu.Bau haruman rambut gadis itu telah menggerakkan hati lelaki itu.

Dia sungguh berterima kasih kepada Allah telah menemukan dirinya dengan gadis ini.Kalau tidak pasti dia sudah tiada di dunia ini.Desis hati kecil Hayden.

- THE LAST LOVE FOR US -

- THE LAST LOVE FOR US -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now