BAB 30

4.6K 183 1
                                    

Damien meletakkan barang dapur yang baru di belinya tadi, di atas meja dapur.

Panjang lehernya mencari sosok seorang isteri.Tapi tidak kelihatan.Kaki di bawa melangkah ke arah bilik tidur.

Tiada langsung bayang isterinya.Berkerut dahinya.Mana pula Nana ini.Tidak beritahu langsung mahu kemana!Desis geram akal Damien.

"Argh!"Jeritan kecil dari arah belakang rumah,menyentak Damien.Dia terus membuka langkah ke arah belakang rumah.

"Abang!"Nana terus melompat ke arah suaminya.Sudahlah berat badannya semakin menambah.Nasib Damien bukan seperti lelaki yang sekeping saja.Kalau tidak pasti suaminya mati di hempap gajah.Kutuk Damien.Kalau Nana tahu kau kutuk dia habis.

Cepat Damien menyambut isterinya.Terkejut juga dia.Buka-buka pintu kena dukung gadis itu tetiba.

"Kau kenapa ni?"Soal Damien risau.Tetap juga mahu menggunakan perkataan 'kau' 'aku' dia tu!

Nana berpaling mencari sesuatu yang mengejarnya tadi.Wajahnya benar-benar menunjukkan dia dalam ketakutan.Leher sang suami di peluk.Bagaikan anak kecil di dukung saja.

"Ta...tadi..ada itik mulut panjang dia kejar saya!"Adu Nana dari tadi tidak lekang memandang ke arah belakang.Tangan di eratkan memeluk leher sang suami.

"Dah...dah tak ada dah.Tulah lain kali tak payah nak gatal sangat kaki tu nak merayap!Duduk je rumah!"Geram Damien lalu melabuhkan punggung isterinya di atas kabinet dapur.Pintu belakang di tutup.

"Saya boring...tadi Mia cakap ada sungai kat belakang tu.Saya nak pergi tengoklah.Lepastu ada itik tu serang saya!"Bermuncung mulutnya bercerita.

"Hmm...dah.Lepas ni nak pergi mana-mana jangan pergi seorang!"Arah keras Damien.

"Saya tahulah...tapi waktu tu Mia penat.Dia baliklah.Sebab tu saya pergi seorang."Ujar Nana lagi.

"Ye...lepas ni jangan ulang lagi."Pesan Damien.

"Ye saya tahulah.Tadi saya memang nak pergi-"

"Dah!Menjawab je kerja!"Potong Damien geram dengan mulut isterinya yang tidak berhenti membebel.

Nana bermuncung mulutnya.Tiba-tiba matanya tertangkap pada barang yang di beli suaminya.

"Awak beli ni je ke?Tahan ke sebulan?"Soal Nana.

"Cukup je.Kita duk dua orang je.Bukan duduk dengan anak cucu pun."Ujar Damien malas.

"Ehem...ehem...Kenapa?Awak nak duduk dengan anak cucu ke?Kalau anak tu saya masih boleh pertimbangkan lagilah.Tapi kalau cucu tu lambat lagilah kot."Nana tersenyum nakal.

Damien sudah terkaku.Matanya terkebil-kebil memadang sang isteri yang sebuk menggodanya.

Nana berbaring di atas kabinet secara menyiarap.Sengaja kedua kakinya di belakang di naik ke atas.Di hayun-hayun ke atas ke bawah.Senyuman menggoda di berikan.

Damien mengetap gigi.Terlihat jelas bentukkan tulang dagunya.Tipulah Damien kalau hati lelakinya tidak terusik akan godaan isterinya.

"Dahlah....masak tengah hari.Saya nak pergi cari kerja."Ujar Damien tidak mahu terus tertarik pada gadis itu.

Berkerut dahi Nana di buatnya.Terus dia bangun dan melompat dari atas kabinet ke bawah.

"Wait?Awak nak cari kerja?Untuk apa?"Soal Nana pelik.

"Kau boleh tanya aku untuk apa?Untuk tampung kaulah.Kau ni sehari makan bukan cukup sepinggan.Tapi berpinggan-pinggan."Selamba Damien mengutuk isterinya.
Bermuncung mulut Nana.

"Buat apa nak cari kerja.Memang awak kerja dekat tempat adik ipar awakkan?"Soal Nana lagi.

"Ya allah...sayang oi.Restoran Damien dekat KL sayang.Lagipun kita dah berhentikan dari kerja situkan."Ujar Damien.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now