BAB 9

5K 183 3
                                    

Senyumanku menutup segala rasa yang terpendam - Araina Asheera.

________________________________

Pintu di tolak kasar,kaki di bawa melangkah mendekati pintu bilik ayahnya.

"Adik....sinilah.Ayah rindu nak tengok wajah adik."Ujar Encik Arrafah lembut dengan senyuman yang manis terukir di bibirnya.

"Dah kenapa pulak orang tua ni!Dah nak mati dah ke!"Geram Nana.Sudahlah suara di kuatkan.Memang sengaja benar.Dalam bebel-bebel itu dia datang juga mendekat.

"Huh nak apa?!"Soal Nana kasar.

Encik Arrafah hanya tersenyum kecil saja.Tangan anaknya di ambil di usap lembut.Nana biarkan saja.Sebenarnya dia rindu akan sentuhan seorang ayah.Tapi dek egonya yabg tinggi.Terus dia menepis tangan ayahnya.

"Abah nak apa ni?!Tak payah nak sentuh boleh tak!"Ujar Nana bengang.

"Abah teringin nak rasa masakan Nana.Macam semalam.Telur kicap Nana semalam sedap.Abah suka."Puji Encik Arrafah ingin mengambil hatinya yang keras itu.

"Abah teringin sangat.Masakan adik saja yang sama macam masakan Mama."Ujar Encik Arrafah lemah.

"Ouh yeke?Kenapa tak suruh bini muda abah yang tersayang tu je yang masak?Ouh lupa pula!Bekas isteri!Lupa pula adik, yang betina tu dah tinggalkan abah."Perli Nana.Sengaja dia ingin menyakitkan hati abahnya.Dia tahu kesakitan kata-kata ini tak akan sama sakit bagaimana abahnya pernah memaki dan memerli ibunya.

"Adik...sampai bila adik nak ungkit benda yang lama?Kenapa susah sangat adik nak maafkan Abah?"Soal Encik Arrafah lemah.

"Kau nak aku maafkan kau ke?Boleh!Tapi kau tunggu!Tunggu kau mati dulu!Baru aku maafkan engkau atas perbuatan kejam pada mak aku!"Ujar Nana dengan penuh dendam.

"Adik!"Jeritan garau dari belakang.Membuatkan Nana hanya diam dan memutarkan bebola matanya.Sudah tahu siapa.

"Why?"Soal Nana mendatar.Encik Arrafah hanya diam saja.Dia tidak tahu mahu buat apa lagi.Dan dia tidak tahu sampai bila anaknya ingin membencinya.Atau benarkah ingin dirinya mati dahulu baru dosanya akan di maafkan oleh anaknya?

"Cakap dengan Abah tu biar beradab boleh tak?Jangan nak kurang ajar sangat.Sedar tak-"Kata-kata Airian terhentik dek....

"Along..."Encik Arrafah menghalang segala perkataan yang ingin tercetus oleh sang abang.

"Apa abah?Along patut tegur dia!Abah tahukan dia dah melampau!"Marah Airian tidak puas hati.

"Eh kau dengar sini!Tak payahlah kau halang along nak cakap!Kenapa?Kau nak tunjuk baik ke depan aku?Kau fikir aku percaya ke?Setan macam kau memang tak akan berubahlah!"Tengking Nana.

"Arainna!"

"Apa?Tak habis jerit nama orang.Tahulah sedap!"Tengking Nana hilang sabarnya.Alongnya tidak habis-habis menyeru namanya.Sedap agaknya.Getus hatinya.

Tanpa membuang masa lagi.Nana terus membuka langkah ke dapur.Dia bukannya kejam sangat.

Ayahnya mahukan telur kicapkan?Baiklah dia masak!Fikir dia kejam sangat ke bro!Sorry gua pun ada hati dah perasaanlah.Orang tua tu nak makan!Okay aku masak!Getus akal Nana.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now