BAB 44

3.9K 203 21
                                    

Telefon yang berada di dalam kocek di keluarkan.Di tekan nombor sang suami.

Panggilan pertama.Tidak terjawab.Panggilan kedua...masih sama.Sehinggalah panggilan ke tujuh kalinya.

"Huh nak apa?"Soal kasar Damien.

"Err...bila awak nak datang sini jenguk saya?Awak tak rindukan saya ke Damien?"Soal Nana.Dia mengharapkan jawapan sang suami menyenangkan hatinya tapi...

"For what aku nak kena rindukan engkau?Kau jangan buang masa aku boleh tak?Aku ada banyak kerja nak kena buat!Hari ni aku nak luang masa dengan isteri tercinta aku!"Ujar Damien sekilas.Lalu...

Tut!

Lemah rasanya hati.Kepala tertunduk.Air mata mula bertakung.Tidakkah sedikit rasa rindu akan pada dirinya?Lebih hanya pada gadis tak guna itu saja!

Dan lemah hatinya apabila sang suami melupakan hari lahirnya pada hari ini.

"Sabar Nana...suami kau sakit."Dia tetap menguatkan hatinya.Air mata di usap lembut.

Pin!

Bunyian motor di luar menyentak lamunan Nana.Cepat air matanya di serka.

"Nana?Siapa tu?"Soal Puan Dannira di dapur.

"Entahlah Umi...Nana tengok kejap ye..."Ujar Nana lalu membuka langkah keluar dari rumah.

Pagar utama di dekati.Sebuah motor sikal yang berada di luar pagar.Seperti seorang penghantar barang saja.

"Err..Cik.Nama cik...Arainna Asheera ke?"Soal lelaki itu.

"Iye...kenapa ye?"Soal Nana pelik.

"Ouh ni untuk Cik."Sejambak bunga di berikan kepada Nana.Mawar putih yang selalu dirinya dapat dulu.

"Err...boleh saya tahu nama pengirim?"Soal Nana ingin tahu.

"Err...Maaf saya tak tahu.Saya cuma penghantar saja."Terang lelaki itu.

"Ouh tak apalah.Terima kasih."Ucap Nana tersenyum kecil.

Motor lelaki itu memecut laju keluar dari kawasan perumahan.

"Damien ke yang bagi?"Gumam Nana.

Sekeping kad yang terselit di pengepit di dalam jambangan bunga itu di ambil.Di buka dan di baca isinya.

'Happy birthday sayang.'

Nana tersenyum.Dia terharu...tidak sangka suaminya mengingati hari lahirnya.Tidak mungkin?

"Eh?Bukan ke dia..."Penuh dengan tanda tanya.Damien mengalami Amnesia.Bagaimana suaminya ingat hari ini hari lahirnya?

Siapa pengirim sebenar bunga itu?

Arainna membuka langkah memasuki Mall yang terpaling megah di dalam Malaysia.Tidak perlu puji melambung...kerana itu jelas Mall bekas kekasihnya...

Dato' Leo...

Sudahlah dia tinggalkan lelaki itu tanpa khabar.Agak-agak kalau mereka bertemu semula.Jadi pertelingkahan kah antara mereka?

Memang cari nahas betul si Nana ini.Berani betul tunjuk muka.Nana harap mereka tidak di temukan untuk sekian kalinya.Bagi dirinya lelaki berumur itu hanya masa lalunya yang tak perlu di ingatkan lagi.

Dia datang Mall itu bukan saja-saja.Tapi ingin meraikan hari lahirnya...yang pastinya seorang diri tanpa sang suami.

Di kuatkan dirinya.Dia tahu ini ujian dari tuhan yang maha esa.Mungkin ini balasan setiap apa yang telah dia lakukan.Dia terima dengan hati yang terbuka.

Dia suka akan kedai yang menjual Sushi di dalam Mall itu.Kedai yang satu-satunya yang paling di sukai.Di tingkat 70.

Nana membuka langkah masuk ke dalam perut Lif.Nombor 70 di tekan.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now