BAB 21

3.8K 173 6
                                    

Damien ralit membutangkan baju kemeja putihnya.Tiba-tiba pintunya terbuka dari luar.Perlahan dia memalingkan wajahnya ke arah tuan badan yang menguak pintu.

Mata mereka bertembung.Nana baru saja ingin membuka mulut.Tapi bila di ingat azamnya di dapur.

'Dia tak pujuk aku pun!Tak guna punya suami!'desis akalnya.

'Eh dia letak je pinggan dia kat singki!Dia ingat aku apa?'

Damien berlalu pergi begitu saja.Wah makin panas dan sakit hati gadis itu.Mahu saja dia lempar pinggan kaca itu ke arah suaminya.Biar betul sikit kepala otaknya itu.

'Tak pe kau!Aku merajuk dengan kau!Aku tak nak cakap dengan kau!'Azam Nana.Tangan melekap ke dada menarik nafas sabar.

Terus tak jadi nak tegur!Wajah suami di jeling saja.Dia terus buka langkah naik ke atas katil.Telefon di capai di atas meja sisi katil.Berkerut dahi Damien melihat kelakuan isterinya.

'Dia masih merajuk dengan aku lagi ke?'desis Damien.

Nana terasa diri di perhatikan terus mengangkat kepala memandang suaminya.Damien terus mengubah arah pandangan.

Lengan tangannya disingsingkan dan di sarungkan jam di pergelangan tangan kirinya.Lalu memalingkan wajah ke arah isterinya.

Isterinya masih kekal memandangnya.Hanya pemandangan dingin saja.

"Tak payah tenung aku macam tulah!Siap cepat!Aku nak pergi restoran aku dengan beli barang dapur rumah ni sikit."beritahu Damien.

Tapi Nana hanya dingin saja.Dia mencebik bibir.Geram dengan suaminya ini.

"Pergilah awak!Saya malas!"Ujar Nana lalu matanya kembali memandang telefon.

"Betul ni?Aku baru ingat kalau kau tak jadi pergi.Aku bolehlah ajak Elly."Ujar Damien sengaja.Itu saja ayat yang boleh dia perangkap isterinya untuk mengikutinya.

Nana terus mengangkat kepala memandang suaminya.Wajah dingin di tayang.Tiba-tiba senyuman di lakarkan di bibirnya.

"Ha'ah,okaylah!Bolehlah awak dating dengan dia nanti.Saya tak naklah menyebuk pulak jadi orang ketiga.

Sebab saya memang tak free sekarang ni.Nak main ome tv.Manerlah tahu ada yang bujang yang ikhlas nak halalkan saya!"Sinis kata-katanya.

Terbuntang mata Damien apabila mendengar kata-kata isterinya.Wah melampau.

"Buat apa dia nak halalkan kau pula?Aku ni siapa?"Soal Damien bengis wajahnya.

"Dah pergilah!Nanti sian Elly tu tunggu lama nanti!"Ujar Nana lalu baring dan menyambung melirik ke arah telefonnya.

"Negara mana erh?Kalau Korea mesti semat-semat!"Ujar Nana kuat.Sengaja betul.Damien mendengar kata-kata isterinya.

Wah isterinya ini melampau!Takkan mahu main sambil baring!Lelaki sudahlah bermacam-macam fikirnya nanti!

Damien tanpa banyak bicara lagi terus membuka langkah ke arah katil mendekati isterinya yang shok berbaring.Nana memandang sekilas ke arah suaminya lalu berubah ke arah telefonnya.

Comfert yang membaluti tubuh sang isteri di tarik kasar.Lalu terus menarik telefon sang isreri.Terkejut Nana dibuatnya.Badan isterinya terus di dukung.Terjerit kecil Nana.

"Apa masalah awak ni?!"Geram Nana mencebik bibir.

"Ingat sikit!Tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya!Jadi,mana aku pergi!Kau kena ada!"Kuliah percuma sang suami kepada sang isteri.

Makin panjanglah muncung isterinya.Damien mahu saja menarik.Lalu membuka langkah mencempung isterinya masuk ke dalam bilik air.

"Mandi!Siap!"Arah Damian.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now