BAB 22

3.9K 166 1
                                    

Wajah sang isteri hanya masam saja.Pasrah saja nampaknya.

"Huh!Kan cantik!"Puji Damien.Nana terus memalingkan wajahnya ke arah suaminya.

"Awak cakap saya apa tadi?"Rasa bahagia pula apabila suaminya memuji dirinya.

"Tudung kau ni cantik!Tak adalah susah mana nak pakai!Lepasni!Kau belajar pakai tudung!"Arah Damien.

Senyuman yang baru terlakar di bibir sang isteri kembali hilang dek kata-kata sang suami.Huh!Susah sangat nak puji dia dah kenapa?Desis Nana geram.

"Dah jom."Ajakkan Damien terus menarik lengan sang isteri.Pantas tangan Nana mencapai bag tangannya.

"Perlahanlah sikit.Tak lari punlah pasar raya tu!"Ujar Nana geram.

Damien hanya biarkan saja.Mereka meneruni tangga.Lalu membuka langkah mendekati ibunya.Puan Dannira tersenyum melihat kecomelan dan keayuan gadis itu.

"Cantiknya menantu umi ni bertudung."Puji Puan Dannira.Nana hanya tersenyum biasa saja.Dia nak pujian itu dari mulut suaminya.

Damien memandang isterinya.Benar kata Uminya.Comel dan ayu isterinya apabila bertudung.Tanpa sengaja senyuman di bibir terlakar.

"Hmm...Umi.Damien pergi dulu eh?"Pinta Damien.

"Ha'ah.Yelah.Hati-hati bawa kereta."Pesan Puan Dannira.

"Iye...Assalamualaikum."Tangan sang ibu di kucup dengan penuh kelembutan.

Nana juga turut menguncup tangan ibu mertuanya.Damien terus menarik tangan isterinya dengan lembut.Itu pun cukup membuat Nana bahagia.Tapi tak boleh!Kau kena merajuk lagi!Desis akal Nana.

Di dalam perjalanan.Hanya bunyian radio saja memecah sunyi antara mereka.Damien memandang sisi kirinya.Dia mahu mengatakan sesuatu.Tapi perlukah?

Mahu saja dia memberitahu gadis itu.Tentang panggilan yang di buat oleh abangnya tadi.Tapi buat masa ini dia tidak mahu gadis ini ada apa-apa hubungan dengan keluarganya.

Sampai ke pasar raya.Mereka hanya diam saja.Kereta di pangkin elok di tempat yang sepatutnya.Lalu mematikan enjen dan membuka langkah keluar dari perut kereta.

"Jom..."Ajakkan Damien selepas mengunci keretanya.Kaki di bawa mendekati isterinya.Lengan isterinya di tarik lembut.Di bawa melintasi jalan.Lalu memasuki pasar raya itu.

Lengan sang isteri di lepaskan.Trolli di ambil.Lalu di tolak mendekati isterinya yang hanya tercegat di depan pintu masuk pasar raya.

"Jom."Ajakkan Damien.Tapi Nana hanya dia saja.Wajah suami sikit pun tidak mahu di pandang.

Damien tidak mahu bergaduh.Takut gadis ini buat kecoh pula.Terus dia tarik isterinya mendekat.Jari jemari isterinya di genggam.Dalam masa yang sama tangan menolak trolli yang di ambil tadi.

"Ish!Tolak jelah!Tak payah nak pegang-pegang!"Rengek Nana.Damien hanya membiarkan saja apa yang gadis itu mahu katakan.Tujuan dia sekarang nak cari barang dapur bukan nak bergaduh.Lepastu nak pergi restoran miliknya untuk membuat pantauan.

Panjang muncung isterinya.Masam wajahnya.Eleyh!Sakit hatilah tu kena palau!Nak merajuk sangatkan!Kesah lak aku!Desis Damien.

Tiba-tiba isterinya menarik kasar tangannya sehingga terlepas.Selamba isterinya membuka langkah ke arah rak yang di penuhi coklat.Huh sudah!Isterinya ini tak boleh nak tengok coklat sikit!Bicara hati Damien.

Damien mengikuti langkah sang isteri.Wajah benar-benar pasrah saja.Tak apalah Nana.Hari ini je kau dapat semua ni.Hari esok belum tentu lagi!Desis akal Damien.

Tiba-tiba telefon Damien berdering.Dengan pantas dia mencapai telefonnya di dalam kocek.Melihat isterinya yang ralit memilih coklat.Dia terus membuka langkah berdiri berjauhan sedikit.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now