BAB 31

3.6K 207 13
                                    

Damien melihat pergelangan tangannya.Jam tangan di lirik.Jarum menunjukkan sudah pukul 5 petang.

Keluhan kecil di lepaskan.Menunggu isterinya bersiap memang lama.Agak-agak kalau layan movie.Masuk movie yang kedua belum tentu isterinya sudah siap.

Damien mengeluar telefon bimbitnya dari kocek.Apps Instagram di tekan.Terpapar wajah bekas tunangnya.

Terlakar satu senyuman manis di bibir Damien tanpa sedar.Cantik.Kecantikan gadis itu tidak pernah merosot.Manakala makin cantik dan ayu.

Terlihat gambar yang berdiri di tepi pantai.Dia tahu gadis itu sedang berperang dengan pelbagai rasa.

Mahu saja dia ingin mengencat butang mesej,tapi teringat akan syarat isterinya.

'Dia pun langgar syarat aku,tak salah kot kalau aku-'

Terhenti bisikkan hati Damien apabila mendengar seseorang menutup pintu dengan kelam kabut.Kepala di angkat memandang isterinya.

Cepat tangannya menutup telefonnya dan bawa masuk ke dalam kocek seluar tracknya.

Nana membuka langkah mendekati suaminya.Wajah masam saja.Damien yang tadi tersenyum melihat keayuan sang isteri kini hilang terus senyumannya apabila melihat wajah masam gadis itu.

"Kenapa?"Soal Damien pelik.

"Tudung bawal ni tak jadi..."Rengek Nana dengan mulutnya yang tercebik.Bergetar bibirnya seperti tahu saja akan ada gunung berapi yang akan meletus.

"Alaa...dah okay dah tu,nanti kau pakai helmet ni sama je rosak balik."Damien menghulurkan topi keledar di dalam sangkar motor kepada isterinya.

"Ish!Tak mau naik motor!Dahlah tudung saya memang dah rosak!Awak nak rosakkan lagi ke?"Geram Nana.

"Alaa...dah motor ni je yang ada.Nak buat macam mana?"Jawab tenang Damien lalu memakaikan topi keledar untuk sang isteri.Helmetnya pula di sarungkan di kepalanya.

"Dah naik cepat."Lembut Damine.Enjin motor di hidupkan.Pantas Nana melompat belakang suaminya.Di peluk erat pinggang suaminya.

Di dalam perjalan.Damien hanya fokus akan jalan di depan saja.Di betulkan sedikit tangan isterinya di pinggangnya.

"Awak..."Panggil Nana.

"Hmm..."Gumam Damien.Dengar tak dengar saja.

"Lepasni...boleh tak beli baju yang muslimah ikut saiz saya?Besar sangatlah baju ni Tak selesa tahu tak!"Rungut Nana.

"Eloklah besar.Nanti kecik sangat, nampak bentuk badan pula."Lembut tuturnya.

"Haish...saya tahulah.Tapi besar, buruklah.Awak nak ke orang tengok isteri awak buruk?Huh?"Nafi Nana.

"Siapa yang kasi dorang tengok isteri saya?Awak lupa ke apa yang saya cakap minggu lepas?Hanya saya saja yang boleh tengok badan awak.Berapa kali saya nak ulang?"Keras suara Damien menjawabnya.

"Ish!Saya tahulah.Tapi saya tak selesa.Lepastu panas pula tu!"Geram Nana.Ada saja jawapan sang suami.

"Alaa...baru panas dunia.Belum kat sana lagi."Selamba Damien.Tapi sedikit pun tidak menyentuh hati isterinya beku itu.

"Ish!Awak ni main-mainlah!"

Pang!

Nana menghantukkan kepalanya ke kepala suaminya.Hantukkan helmet Nana membuatkan helmet Damien terpelanting jatuh ke atas jalan raya.

"Arainna!"Tegas Damien.Lalu memberhentikan motorsikal pinjaman itu di sisi jalan.

Di tongkat motornya.Pelukan di uraikan.Dia menuruni dari motor.Wajah isterinya di pandang tajam.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now