BAB 8

5.5K 261 7
                                    

Aku menyangkakan dialah penawar segala luka,ternyata dialah racun yang lebih berbisa.
- Araina Asheera.

_________________________________

AKAK Cinta di pandang sekilas.Senang gadis itu suruh menerima kenyataan.Sedangkan dirinya yang melaluinya.

Syafiq terdiam.Terkejut dirinya apabila melihat bayangan yang paling dia kenal.Tunangnya.

"Syafiq jomlah masuk."Ajakkan Nana lembut.

"Err....Nana.Saya tunggu luarlah."Ujar Syafiq lembut.

"Kenapa pula?Saya ajak awak teman saya!Bukannya teman perempuan ni!"Bentak Nana tidak memikirkan orang lain.

"Nana....saya rasa kalau saya ikut pun!Belum tentu boleh hidup Mak awak yang dah mati tu!"Ujar lelaki itu dengan nada suara yang ternaik senoktah.

Terdiam Nana di buatnya.Lelaki itu menaikan suara?Dengannya?Melampau!

"Saya tunggu dengan tunang saya."Ujar Syafiq perlahan.Dia tahu gadis itu pasti kecewa.

Nana terdiam.Dia tercengang dari apa yang di dengarinya tadi.Tunang?Siapa?Akak Cinta?Tunang?Seriuslah?Lelaki ini tipu dirinyakah?Soal akalnya bercelaru.

"Akak...akak Cinta ni tunang awak?"Soal Nana gagap.Air mata mula berkumpul.

Syafiq menganggukkan kepalanya perlahan.Wajah sang tunang di pandang sayu.Dia tahu dia sudah berdosa dengan tunangnya.

Habis dia!Kalau gadis ini membocorkan segalanya.Pasti mereka tidak jadi di satukan.

"Eh jantan kau sedar tak yang kau dah-"Jeritannya di biarkan tergantung.Air mata mula bertakung.

Kenapa dia perlu membuka aibnya di depan orang lain.Malulah dirinya nanti.Fikir akalnya.

"Nana....kenapa ni?Nana nak cakap Nana dah jatuh cinta dengan cikgu Nana sendiri ke?"Soal Akak Cinta lembut.Wajahnya benar-benar naif.

"Arghh!Diamlah!"Bentak Nana lalu membuka langkah memasuki bilik pesakit dengan hati yang terluka.

Ye!Jujur dia memang sudah menyukai lelaki itu!Kerana layanannya membuatkan dirinya terus berada di awang-awangan.

Tidak guna!Jantan sial itu memang tak guna!Lelaki itu gunakan dirinya untuk melempiasan nafsu sajakah?Melampau!Makin aku benci untuk kenal lelaki!Jerit akalnya.

Bertambah sakit lagi hatinya apabila melihat sekutur tubuh wanita yang terbaring di atas katil pesakit.Wajahnya di tutupi selimut putih.Air mata yang tak terbendung lagi mengalir membasahi pipinya.

Kaki melangkah lemah mendekati tubuh yang terbaring itu.Jujur dia tak kuat.Kenapa dia perlu melalui ujian ini.Tuhan membenci dirinyakah?Soal akalnya lemah.

"Mama...."Lemah suaranya.Selimut yang menutupi wajah itu di tarik ke bawah.

"Kenapa dia orang buat Nana macam ni?*sk*"

"Tak layak ke Nana nak bahagia?*sk*....Mama bangunlah..."

"Mama dah janji kan tak nak tinggalkan Nana.Tapi kenapa Mama pergi juga?*sk*"

"Mama cakap Mama teringin nak rasa masakkan adikkan?Tapi kenapa Mama tinggalkan adik?Mama dah tak nak tengok adik ke?Mama bencikan adik juga ke?"Makin lemah rasa kakinya.

"Bangunlah Mama...bangunlah*sk*..Ba..bangun..*sk"Rayu gadis itu.

Wajah pucat itu di renung.Wajah suci itu.Rindunya dia.Suaranya.Pasti dia tidak akan mendengar lagi.Hanya allah saja yang tahu bagaimana perasaanya saat ini.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now